Sunday, December 5, 2010

Artis Pujaan

Sepanjang pengalaman saya mengikuti perkembangan artis, tidak banyak yang dapat saya banggakan. Banyak perkara yang tidak baik dari yang baik dapat disimpulkan penglibaan artis dalam dunia seni. Banyak meroskan masyarakat dan memberi satu teladan yang tak patut diikut khususnya remaja sekarang.

Saya bimbang dengan aktiviti artis dengan kerenah dan perangai mereka banyak disiarkan dalam majalah dan siaran untuk tontonan umum. Berita tentang artis ini banyak tidak baik untuk ditonton kelaurga masayrakat sekarang. Ramai artis yang mempunyai perangai yang buruk dan tidak senonoh. Paling ketara apabila kita mengikuti mereka di set pergambaran jauh sama sekali seperti tergambar dalam drama lakonan mereka.

Banyak perangai yang tidak senonoh dapat kita lihat semasa mereka berada di set pergambaran. Kalau ibu bapa pelakon itu dapat melihat anak meeka tentu merasa malu dengan perangai yang ditunjukan. Pergaulan bebas dan tidak ada rasa malu dengan pakaian menjadikan pelakon ini diistilahkan sebagai buruk perangai.

Mereka tidak ada rasa segan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan seolah tidak ada batasan dalam agama. Susah hati melihat perangai mereka yang akan menjadi ikutan kepada masyarakat dan paling membimbangkan remaja yang semakin taksub dengan filem filem yang disiarkan.

No comments:

Post a Comment