Sekarang banyak kedengan blogger sedang berperang. Bloger sebelah BN sekarang banyak menyerang blogger sebelah PR. Secara mudahnya blogger BN sedang berperang dengan blogger PR. Akhir akhir ini elah banyak blogger yang timbul dalam dunia maya yang menjurus kepada isu isu politik semakin hangat diperdebatkan.
Satu perkara yang membuatkan saya tidak senang hati dengan bloger yang baru timbul dan tidak kurang blogger lama menumpukan punca berita dari berita yang disiarkan untuk diulas dengan panjang lebar. Tambahan ulasan yang dibuat itu ditokok tambah menjadikan ia lebih sensasi untuk bacaan masyarakat. Malangnya blogger yang menghuraikan isu itu tidak memberitahu punca maklumat atau berita yang mereka ulas itu mereka dapat. Tulisan mereka seolah adalah dari penelitian mereka sendiri dan berita ini adalah maklumat puncanya dari mereka.
Malang sekali bagi pembaca blog tidak dapat maklumat yang betul dan maklumat yang dibaca itu telah ditokok tambah. Berita yang ditulis menjadi lain dari berita asal malah lebih menarik dan sensasi untuk di bincangkan oleh pembaca blog. Pembaca blog akan berbual dengan kawan kawan mereka berpandukan dari bacaan blog yang telah ditokok tambah dengan niat menambah pembaca blog meeka.
Kegiatan ini menjadikan blogger yang berpihak kepada BN menjadi lebih sensasi kerana banyak perkara buruk tentang PR ditulis. Blogger pihak PR pula terpaksa bertungkus lumus menangkis tulisan yang berniat buruk itu sebagai fitnah dan salah fakta. Malangnya blogger pihak PR tidak ramai yang cambah buat masa ini, maka tertinggallah dan tidak terjawab untuk menangkis tohmahan. Tidak sempat menjawab tohmahan timbul lagi satu berita yang menyerang PR.
Seterusnya pembaca blog pro BN akan mendapat lebih banyak maklimat salah tentang PR sebelum blogger PR menjawabnya. Tersebarlah tohmahan tanpa penerangan yang betul. Masyarakat lebih dahulu mendapat maklumat salah dan fitnah sebelum mendapat gambaran sebenar dari pihak blogger PR.
Perkara ini jika dibiarkan akan merebak dan keadaan akan mejadi lebih parah. Mengkucar kacir penyampaian berita dalam media.
No comments:
Post a Comment