Amanat yang Perdana Menteri sampaikan dalam kovensyen BN yang berakhir semalam adalah digambarkan sebagai amanat terakhir beliau sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Amanat yag disampaikan juga adalah kebimbangan beliau prestasi BN dalam memenangi hati rakyat. Banyak perkara yang timbul sekarang yang menggambarkan keruntuhan keyakinan rakyat kemampuan BN menjalankan tugan mentadbir negara.
Rata rata rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi pemimpin dari BN kerana banyak terlibat dengan masalah undang undang dan layanan kepada rakyat oleh pentadbiran kerajaan pusat.
Dari amanat yang PM ucap dalam konvensyen itu memberi gambaran bahawa keyakinan PM dalam mempertahankan Putrajaya semakin kendur. PM dalam kebimbangan kerana kukuatan BN semakin menurun dan ini perlu diperbaiki dengan segera. PM berharap sangat agar kompenan BN dapat memberi keyakinan rakyat sekali gus dapat merampas kembali kuasa dua pertiga dalam dewan.
Perlu diingat bahawa sekarang rata rata rakyat banyak memberi sokongan kepada PR kerana setiap anjuran dari PR mendapat sambutan yang menggalakkan. Sokongan rakyat menandakan bahawa PR sekarang semakin kuat dan teguh. Harapan untuk menawan Putrajaya semakin cerah.
Ada beberapa faktor yang dapat dilihat akan menambahkan sokongan rakyat akan terjadi jika perkara yang dijangkakan berlaku dalam masa terdekat ini. Jika Anuar digantung dari menghadiri persidangan parlimen banyak perkara yang akan Anuar lakukan diluar parlimen untuk memperkukuhkan lagi jentera bagi menawan Putrajaya.
Jika Anuar dipenjarakan sokongan kepada PR akan lebih kukuh kerana simpati Anuar dipenjarakan. Berapa lama Anuar dipenjarakan tidak menjadi soal apabila PR masuk Putrajaya pemenjaraan Anuar akan selesai dengan adilnya.
Akan banyak lagi faktor akan timbul jika Anuar diusik dan dianiaya. Undi simpati akan memihak kepada PR. Berkuburlah BN dengan angan angan mereka memerentah negara lebih lama lagi. Najib akan menjadi PM yang terakhir dalam hirarki BN.
No comments:
Post a Comment