Friday, December 3, 2010

Ikutan penulis blog

Kebanyakan blog yang saya baca berkisarkan kepada kata mengata dan memburukkan pihak lain. Penilis blog politik lebih banyak yang menggunakan perkataan yang memberi maksud mengata memburuk peribadi orang lain.

Saya tidak faham dengan tujuan mereka menulis dengan bentuk begini seolah mereka tidak irau etika dalam penulisan secara profesional. Atau mereka tidak mahu meletakkan penulisan blog mereka dalam lingkungan orang yang profesional. Menulis dengan perasaan marah, benci dan macam macam perasaan yang tidak baik digunakan.

Mengapa kita perlu memburukkan individu lain untuk memberitahu bahawa mereka melakukan perkara yang tidak betul. Tambahan mereka tidak melakukan jenayah Cuma perbezaan pendapat dlam arena politik. Mengapa perlu mengeluarkan perkataan yang buruk dan bertujuan mengaibkan pihak lain.

Saya berharap sangan penulis blog menggunakan perkataan yang lebih ilmiah dan bersopan walau tidak suka kepada individu itu. Bantahlah mereka dengan perkataan yang membawa kepada ketinggian peribadi sebagai seorang penulis.

Bukan semua penulis blog begini, ada juga yang menulis dengan keperibadian yang tinggi dan saya amat menghormati mereka ini. Saya menjadikan mereka ini sebagai penunjuk arah untuik saya mengasah bakat saya dalam penulisan blog.

Saya juga minat dalam politik kerana saya mempunyai satu tanggung jawab untuk mengembangkan dunia politik terutama dalam penulisan yang saya baru ceburi ini. Kalau kebanyakan penulis menulis dalam blog mereka menggunakan perkataan yang kurang sopan dan pembaca blog mereka sudah tentu akan terikut ikut dengan rentak dan gaya bahasa penulisan penulis blog ini.

Lebih ramailah pembaca dan pengikut politik yang akan terajar mengeluarkan pendapat dengan cara yang tidak sopan kerana telah terajar dalam bacaan mereka melalui penulis blog yang mereka ikuti.

Saya lebih gemar membaca tulisan yang bersopan walaupun penulis tidak banyak mengeluarkan butir pendapat mereka. Pembacaan tulisan yang sopan akan memberi kelapangan dalam hati kita walau kita tidak sependapat dengan penulis blog ini. Budaya kita bersopan mengapa kita menggunakan perkataan yang membewa kepada ajaran atau ikuta yang tidak baik kepda peminat tulisan kita. Berusahalah untuk mendidik pembaca kita agar mereka juga akan bersopan dalam pertentangn pendapat.

No comments:

Post a Comment