Baru baca dari blog pro dan anti kerajaan tentang seorang YB ditangkap berkalwat dan perkara ini telah lama berlaku. Peristiwa ini baru dibangkitkan semula setelah hampir 10 tahun cerita ini disebarkan dalam laman sembang ( waktu itu masih belum ada facebook dan laman blog. Tidak ramai yang tahu hal ini telah dibangkitkan lama dulu. Tidak pula kedengaran dalam daerah tempat YB ini menyandang jawatan. Perkara ini seolah tidak pernah berlaku sepertimana diberitakan.
Cerita ini disebarkan katanya pada tahun 2002waktu itu tidak ramai yang minat membaca dalam laman sosial lagi pun waktu itu komputer tidak meluas seperti sekarang cukup senang diperolehi. Cerita itu hanya tinggal cerita kerana tidak ramai yang membaca dan bertandan pada laman sembang waktu itu.
Setelah perkara ini lama berlalu sekarang ada yang timbulkan semula katanya terdengar dari perbualan di kedai kopi. Cerita ini saya baca disini
Perkara yang saya nak bincangkan disini adalah fitnah yan gdibuat bertujuan untuk memalukan seorang YB dan menjatuhkan maruah mereka seta memberi keiaban kepada keluarga mereka.
Dalam pos bloger ini memberi bukti bahawa berita ini telah difinahkan hampir 10 tahun dahulu dan dibangkitkan untuk melariskan blog pro kerajaan yang saya kira ketinggalan dalam penyebaran berita melalui perhubungan maya ini.
Mengapa diperkatakan keburukan orang jika kita tidak menepati berita yang disebarkan. Kebanyakan berita yang disebarkan mengamil inisiatif menyebarkan dulu berita tu barulah berita itu disahkan melalui jawapan atau maklumbalas dari penerima fitnah itu. Satu tindakan kurang wajar dan berniat buruk untuk menjatuhkan maruah orang yang difitnah itu.
Tambahan pula cerita yang disebarkan itu ditambah dengan cerita yang boleh memberi tarikan kepada pembaca untuk membaca. Pembaca pula akan menyebarkan cerita itu kepada orang lain dengan tambahan dalam cerita yang dia bawa itu untuk lebih menarik lagi. Sebaran demi sebaran tambahan demi tambahan menjadikan cerita sejengkal menjadi sehasta.
Mengapa dipilih dosa begini.
Saya akhiri disini.
No comments:
Post a Comment