Sunday, April 3, 2011

Mendisiplin pelajar

  PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.

gambar ehsan dari Harian Metro

Kesihan pelajar ini yang dipukul seorang guru kerana disyaki mencuri. Mungkin pelajar ini tidak mengaku mencuri menyebabkan guru terus mendenda dia. Melihat kepada gambar yang disiarkan dalam akhbar teruk sekali budak ini dipukul.

Saya tak dapat bayangkan pelajar ini dipukul sampai berdarah muka dan lebam kebanyakan bahagian badan. Bagaimana agaknya guru terbabit memukul pelajar ini sehingga koma. Nampak macam guru ini melepas geram kepada pelajar ini.

Biasanya hukum mencuri tidaklah sampai mencedera badan dan kelihatan pelajar ini didera launya. Apalah malangnya pelajar seumur ini memahami tindakan yang sebegini adalah hukuman akibat mencuri.

Guru ini mengikut perasaan atau tidak dapat mengawal perasaan dengan waras bertindak sebagai guru disiplin. Tindakan kepada pelajar ini memberi satu gambaran tidak sihat kepada guru agama yang mengajar dan mendidik peradaban Islam agar menjadi manusia baik.

Guru ini perlu diperiksa tahap pemikiran beliau kerana tindakan yang diambil melampaui batas mendidik pelajar yang berumur tujuh tahun. Menjadi pengajaran kepada guru guru lain dalam menangani disiplin pelajar.

Kita juga faham bukan mudah menjaga disiplin pelajar kecil kerana mereka dalam mud bermain dan masih nakal. Mereka tidak boleh dipersalahkan apa lagi tindakan disiplin yang diambil begitu keras seperti yang berlaku.

Apa yang penting adalah keterbukaan kita dalam menangani pelajar ini agar tidak melampaui batas susila dalam ajaran Islam. Guru patut tahu batasan dalam mendisiplinkan pelajar kerana pelajar ini tidak tahu secara mendalam kenapa kita mengawai mereka dengan disiplin. Bagi mereka ini hanya menyekat kebebasan mereka. Kita kena faham pelajar seumur ini lebih banyak bermain dari menumpukan kepada pelajaran.

Kawalan yang kita patut buat adalah dalam bermain mereka dapat pelajaran. Pelajar seumur ini tidak mampu berkelakuan seperti pelajar IPT. Mereka tidak mampu mentelaah pelajaran sepenuh masa. Sifat mereka bermain masih belum habis lagi. Mereka ini masih membesar dan banyak masa dalam kehidupan mereka masa ini dengan bermain. Kita sebagai guru harus bijak mengambil peluang dengan sifat mereka menyerapkan pelajaran, bermain dan disiplin secara serentak.

Kalau dilihat kepada tindakan guru ini dapat saya simpulkan bahawa guru yang memegang jawata sebagai guru disiplin atau guru warden mestilah menjalani kursus khas bagi mengelak tindakan yang dibuat diluar batasan.

Saturday, April 2, 2011

Isteri dihalau

Dalam perbualan dengan rakan rakan ada seorang kawan membuka cerita tentang pergaduhan suami isteri sehingga membawa isteri membawa diri kerana dihalau suami.

Saya tanya kawan saya kenapa sampai suami menghalau isteri. Kata kawan saya kerana isteri dah tak tahan melihat suami yang selalu kepit perempuan sehinga mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama hati isteri yang sakit melihat perlakuan suami.

Kata kawan saya lagi perkara ini dah lama berlaku. Isteri dah lama menahan sabar dengan kelakuan suami kaki perempuan. Hati isteri teramat sakit kerana perlakuan suami tidak kesah dengan teguran isteri. Akibat dari itu pergaduhan sering berlaku dan seperti biasa lelaki akan menang dalam pergaduhan kerana lelaki dengan sifat kelelakiannya.

Perempuan mana yang sanggup berkelahi dengan lelaki yang mempunyai kekuatan melebihi kekuatan seorang wanita. Wanita terpaksa mengalah hanya mampu berdiam diri.

Perbuatan suami berlarutan tanpa berfikir perasaan isteri. Isteri mengambil keputusan untuk meninggalkan suami selepas pergaduhan besar berlaku. Padda masa yang sama suami menghalau isteri keluar. Tidak ada gunanya isteri masih serumah dengan suami yang tidak segan melakukan perbuatan terkutuk tanpa mengambil kira dosa.

Malang sungguh iseri yang mempunyai suami sebegini. Nak berlawan bukan tandingan. Sepak terajang suami mahu ke hospital si isteri. Jalan terbaik keluar dari rumah mengelakkan mata melihat kelakuan suami. Tambahan pula suami dah halau keluar walau isteri ada hak dalam rumah itu.

Untuk sementara waktu berjauhan terbaik untuk keadaa yang genting ini. Berjauhan dapat memberi ruang masing masing berfikir semula dan menilai kecintaan antara mereka. Jiak suami mempunyai kecintaan yang mendalam kepada si isteri, suami akan datang mengambil semula isteri dia. Jika sebaliknya terpaksalah isteri berdepan dengan kenyataan.

Menerima kenyataan adalah terbaik untuk kita dari menanggung penderitaan mental. Mungkin isteri tidak dapat menanggung penderitaan ini kerana kurang kekuatan ketahanan diri. Penderitaan ini akan merosakkan kewarasan pemikiran. Adalah lebih baik berjauhan dan meneruskan kehidupan dengan perasaan gembira tergalak dengan kesibukan urusan harian.

Satu cadangan bagi isteri yang dihalau suami. Mungkin ada yang terbaik dari pembaca untuk dikongsi bersama.

Dalam hidup ini

Tuhan yang Esa,

Hayat aku ini dalam keadaan lemah. Aku memerlukan pertolongan Mu. Bagaimanakah aku dapat melihat pertolongan Mu. Bagaimanakah aku harus lakukan untuk mendapat pertolongan Mu.

Aku tersangat lemah untuk meneruskan hidup ini yang aku anggap sempurna. Aku rasa terlalu jauh dengan kesempurnaan hidup. Aku terlalu lemah untuk berdepan dengan kehidupan yang aku hadapi ini. Aku tidak dapat mengelak dari menuruti keperluan kehidupan ini. Aku tidak dapat mengelak dari menuruti keperluan kehidupan ini.

Lemahnya aku hingga aku terlaku kemungkaran yang aku sendiri tidak ingin lakukan. Terlalu lemah untuk aku mengelak dari melakukan. Aku tidak berniat melakukan kemungkaran tapi aku terikut dengan keperluan kehidupan. Kehidupan aku terlalu banyak dengan kemungkaran. Kehidupan aku dikelilingi dengan kemungkaran. Selangkah aku berjalan aku akan berdepan dengan kemungkaran. Bagaimana aku dapat mengelak sepanjang perjalanan yang aku lalui.

Tuhan ku, terbalas dengan kejahatankah hayat aku ini bila aku berada dialam kekal. Malangnya aku kerana tidak dapat melepasi kehidupan ini dengan selamat. Bagaimana mati ku nanti adakah aku dalam keadaan beriman kepada Mu. Adakah Engkau akan selamatkan aku seperti janji Mu dalam kalam yang Engkau turunkan.

Aku berdoa sepanjang hayat aku kerana aku tidak dapat mengagak bagaimana akhrnya hidup ini. Bagaimana aku dapat melepasi kehidupan yang sekejap ini dari kemungkaran. Rasanya aku tidak selamat seperti manusia yang hidup sebelum aku. Tidak banyak ancaman kemungkaran persekitaran hidup mereka. Hidup aku penuh dengan kemungkaran. Terlalu banyak dan mencabar keimanan dimana aku sendiri tidak tahu setebal mana.

Bagaimana aku dapat selamatkan hidup aku ini Tuhan ku. Teringin aku melihat jalan yang pastinya aku akan selamat untuk aku lalui dan selamat untuk aku bermukim disana. Dimana itu Tuhan ku. Petunjuk Mu. Aku diajar mencari petunjuk Mu dalam hidup ini. Adakah aku telah ditunjukan. Adakah aku tidak sedar bahawa aku telah mendapat petunjuk Mu.

Ruginya aku kerana tidak dapat melihat petunjuk Mu sedangkan petunjuk Mu ada didepan ku. Bukalah mata ini untuk aku melihat petunjuk Mu. Bukalah hati ini agar aku terang dengan rahmat Mu itu.

Aku berdoa, mencari dan menunggu sepanjang masa rahmat Mu yang agung.