Thursday, July 14, 2011

PR berjaya menyatukan rakyat Malaysia

Melihat perkembangan yang berlaku setelah seminggu perhimpunan Bersih berlalu menarik perhatian saya untuk mmeberi sedikit komen yang dirasa perlu untuk dikongsi bersama.

Kita tidak dapat lihat dan dengar ada rakyat yang tampil memberitahu bahawa perhimpunan yang berlansung adalah satu kesilapan. Kita hanya mendengar dari rakyat bahawa perhimpunan telah dikasari oleh pihak polis dan rasa tidak puas hati dengan layanan polis.

Tidak ada rakyat yang dipimpin oleh NGO atau orang politik yang berjaya memberi tahu rakyat Malaysia bahawa perhimpunan yang berlaku sabtu lalu adalah kesilapan dan menderhaka kepada pemerentah.

Apa yang kita dapat dengar dari mulut beberapa orang memberitahu dalam akhbar dan blog menyatakan pendapat masing masing. Kenapa tidak berada dijalanan atau memenuhi satu tempat menyuarakan kepada rakyat Malaysia bahwa ada golongan yang menentang perhimpunan itu.

Perkasa hanya melaung sebelum perhimpunan berlansung. Itupun hanya laungan kosong sepeerti anjing menyalak bukit. Selepas perhimpunan batang hidung pun tak nampak. Nampak rakyat cuba diperbodohkan oleh Perkasa.

Kelihatan tidak ada pejuang yang memihak kerajaan yang tampil mengegarkan negara memberitahu rakyat apa yang berlaku adalah salah. Mereka ini seolah hanya meraung sebelum perhimpunan berlansung. Apa tujuan mereka tidak dapat dipastikan. Kelihatan mereka ini hanya menumpang glamur pemimpin Bersih dan pemimpin politik PR.

Oleh kerana kelihatan pemimpin Bersih dan PR lebih menonjol dalam arena politik tanah air mereka mengambil bahagian untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu melakukan perkara hebat dengan menentang perjuangan pemimpin Bersih dan PR.

Satu tindakan yang dikira bodoh tapi oleh kerana mereka ini memepunyai kewangan yang banyak dan mampu mengupah untuk menyokong mereka maka kelihatan mereka disokong oleh sebilangan masyarakat. Mereka juga dapat mempengaruhi rakyat bahawa perjuangan Bersih dan PR adalah pengkhianat negara.

Dimana mereka ini selepas perhimpunan berjaya dilakukan dalam suasana penuh petriotik. Kemampuan rakyat malaysia kini berjaya berada dalam satu kelumpuk menjuang satu matlamat tampa mengira bangsa.

Slogan yang dianjur oleh kerajaan telah berjaya diamalkan dibawah kelumpuk Pakatan Rakyat. Menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia telah bersatu hati dalam menjuangkan tanah air dari dihancurkan oleh anasir yang pentingkan diri dari kemakmuran rakyat.

Apa yanag dilakukan oleh BN adalah membahagikan perjuangan membangunkan negara melalui perjuangan bangsa seperti ditentang oleh PAS. BN membahagikan bangsa dalam Malaysia mengikut parti. Parti MCA mewakili bangsa cina dan parti MIC mewakili bangsa india selain Umno mewakili bangsa melayu.

Namun itu amat berbeza denga PR yang mana dalam satu parti mampu diduduki oleh tiga bangsa sama perjuangkan Malaysia dibawah satu parti. Keadialan didokongi oleh tiga bangsa begitu juga DAP didokongi oleh tiga bangsa juga. Hanya Pas sahaja yang tidak mempunyai tiga bangsa kerana Pas parti berteraskan agama dan masih dalam pertimbangan menerima ahli dari bangsa lain yang beragama Islam serta bangsa lain yang menyokong perjuangan Pas.

Lihatlah perbezaan perjuangan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat lebih menunjukkan bahawa parti di Malaysia kini sedang berubah. Rakyat Malaysia mampu berada dalam satu kelompok dengan dihadiri dari pelbagai bangsa. Rakyat Malaysia kini telah selesa berjuang tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Rakyat Malaysia sekarang yang didokong oleh PR telah berubah menjadikan Malaysia sebagai hak rakyat semuanya bukan hak satu kaum sahaja.

Namun begitu rakyat Malaysia masih faham dengan ketuanan melayu dan hak hak diraja. Perlembagaan tidak akan berubah. Apa yang penting sekarang kemajuan negara kita bukan hanya diusahakan oleh satu bangsa sahaja kerana kita menduduki tanah air ini bersama. Kita membesar bersama dan mengalami pahit getir juga bersama.

Cina dan india juga berhak untuk memberi sumbangan kepada Malaysia kerana mereka juga rakyat negara ini. Mereka juga berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Mereka mampu berjuang bersama melayu kerena mereka faham bahawa perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia adalah tugas bersama walau terbatas dengan perlembagaan.

Semangat cina dan india tidak boleh ditidakkan kerena mereka juga telah sedar bahawa mereka terpanggil untuk memastikan negara selamat dari ketidakadilan.

Thursday, July 7, 2011

Mengajak rakyat memBERSIHkan negara

Melihat kepada pendekatan kerajaan dalam menangani masalah dengan rakyat saya tidak nampak keberkesanan yang dapat dibanggakan selain keganasan dicipta untuk menghalalkan tindakan kerajaan menggagalkan perhimpunan.

Saya hairan kenapa kerajaan mengambil pendekatan menentang dari berunding secara bijaksana demi menjaga keharmonian. Jika benar ada unsur unsur keganasan yang mungkin akan berlaku ini bukan suatu cara digunakan tanpa rundingan terlebih dahulu.

Tindakan menghalang rakyat memberitahu kerajaan keinginan rakyat bahawa perjalanan pilihanraya selama ini tidak memberi keadilan kepada rakyat kerana banyak kepincangan yang dapat dibuktikan dengan jelas.

Pemerhatian rakyat tentang kepincangan SPR tidak memberi tumpuan yang serius mengenai aduan sitiap kali pilihanraya diadakan. Semakin ramai rakyat telah buka mata dengan tindakan SPR lebih memberi ruang kepada kerajaan melakukan sewenang seperti dibuktikan.

Kenapa perkara ini masih tidak dapat diatasi sehingga rakyat terpaksa mengadakan perhimpunan untuk mendapat perhatian kerajaan agar memberi perhatian dengan aduan rakyat ini.

Ini bukan perkara kecil untuk diabaikan. Kenapa perlu berperang dengan rakyat. Ini bukan perkara kecil jika rakyat sanggup berada dijalanan untuk memberitahu kerajaan bahawa berlaku kepincangan dalam pilihanraya. Rakyat yang sanggup keluar kejalanan sehingga ratusan ribu memberi gambaran bahawa perkara ini amat serius.

Dari perhatian kerajan mengambil tindakan ini kerana kelihatan pati politik dari pembangkang memberi sokongan kepada NGO yang mengambil bahgian dalam demostrasi ini. Sifat benci kepada pembangkang atau mungkin takut dengan kekuatan pembangkang ini membuatkan kerajaan mengambil tindakan drastik menentang rakyat sebagai sindiran kepada entangan kerajaan kepada pembangkang.

Rakyat melihat dan menilai semua ini. Tindakan kerajaan jika menggambarkan kekejaman kepada rakyat akan diukur dengan pilihanraya akan datang. Seperti berlaku pilihanraya tahun 2008 adalah diyakini perhimpunan bersih pertama memberi kesan kepada keputusan pilihanraya.

Kerajaan kelihatan membimbangi dengan perhimpunan kedua kemungkinan akan memberi impak kepda pilihanraya akan datang. Dar kebimbangan itu kerajaan mengambil langkah menggagalkan perhimpunan dengan berbagai cara sehingga membelakangi titah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agung.

Mesej yang disampaikan oleh YDPA tidak mendatangkan tindakan menjunjung kasih atas ttah Tuanku. Malah berbagai helah digunakan bagi menghalalkan tindakan menggagalkan perhimpunan tersebut.

Pujian harus diberi kepada penganjur Bersih kerana bersedia akur atas nasihat Tuanku mengadakan perhimpunan distadium. Walau kelihatan pengajur Bersih lari dari perancangan asal tapi demi menjunjung kasih Tuanku bersedia mengadakan perhimpunan distadium.

Bagaimana dengan kerajaan, apa yang dapat dilahat tindakan kerajaan seolah tidak dapat menerima perjumpaan penganjur bersih dengan Tuanku. Tindakan tidak mengharaukan titah Tuanku memberi gambaran bahawa kerajaan tidak mengiktiraf titah Tuanku.

Tindakan ini memberi gambaran bahawa kerajaan mengambil langkah derhaka kepada Tuanku dalam diam. Bagaimana pun mungkin rakyat menunggu Tuanku mengeluarkan titah sekali lagi bagi memberi kejelasan kepada kerajaan bahawa Tuanku mengambil perhatian serius dengan permintaan rakyat.

Terserah kepada Tuanku untuk selesaikan kemelut ini. Harapan rakyat agar Tuanku tidak berdiam diri dengan durhaka kerajaan membelakangi Tuanku. Perlu diingat bahawa Perkasa juga memohon untuk berjumpa dengan Tuanku tapi ditolak. Ini memberi mesej bahawa Tuanku tahu apa yang berlaku diluar sana. Tuanku sedang perhatikan kekejaman terhadap rakyat.

Apa yang pastinya rakyat semakin sedar bahawa kerajaan sekarang semakin terdesak mengelak dari rakyat membuat tuntutan yang tidak mampu ditunai kerajaan. Menyedari keadaan kerajaan sekarang adalah lebih jeas bahawa tidak mampu lagi kerajaan BN mentadbir negara kerana terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerentahan. Terlalu sikar untuk dibersihkan.

Memohon kekuatan rakyat untuk memberi peluang PR mengembalikan hak rakyat dan kekayaan negara yang sepatutnya ditadbir dengan amanah.

Sunday, July 3, 2011

Posisi polis yang tertindas

Polis; apa nak jadi dengan polis. Apa kita nak letakkan peranan polis. Satu masa polis ni sebagai musuh rakyat yang amat dibenci. Satu ketika polis ni sebagai tempat bergantung keselamatan.

Saya merasa kesihan kepada diri sendiri kerana tidak mendapat pertahanan yang sepenuhnya dari kekuatan polis kerana sentiasa merasa takut dan tidak percaya bahawa polis adalah satu pihak yang akan memberi perlindungan kepada kita.

Setiap kali berurusan dengan polis saya merasakan kedudukan saya adakah akan dilindungi, dibiarkan atau mendapat layanan yang tidak adil. Semakin hari pilis tidak berada ditempat yang diharapkan kerana kelihatan polis dipengaruhi oleh tangan yang berkuasa.

Kesalnya saya dapat melihat sendiri condongnya polis menjalankan tugas tidak mementingkan sejahtera rakyat. Polis membantu pihak yang memerentah dengan kerenah mereka. Polis tidak menjalankan tugas dengan pertimbangan mereka sendiri. Tindakan tidak menggambarkan bahawa polis tidak dipengaruhi oleh pihak berkuasa dan tidak bebas dengan kebijaksanan dalam menjaga harmoni negara. Tidak nampak polis lebih mementingkan kesampaian matlamat rakyat dalam keadaa keselamatan terjaga.

Tidak nampak polis berada dalam posisi menjaga keselamatan tanpa mengira pihak mana yang memerlukan. Lebih mementingkan telunjuk pemerentah memberi gambaran bahawa polis sebagai pengikut perentah. Polis tidak ada integriti sendiri dalam menjalankan tugas. Tidak ada pertimbangan dalam mengeluarkan arahan. Polis dilihat tidak bebas dalam tugas yang dipegang.

Rakyat melihat semua ini. Rakyat menilai setiap tindakan yang dibuat oleh polis. Sengaja pihak polis membiarkan rakyat memberi gambaran bahawa polis tidak mempunyai kuasa sebenar dalam menjaga keamanan negara. Polis diberi telunjuk bagaimana untuk membuat keputusan dan menjalankan tugas.

Rakyat semakin cerdik. Rakyat semakin pandai menilai kekuasaan polis. Sekarang kita boleh lihat rakyat mampu persoalkan tindakan polis walau polis tidak menghiraukan bantahan rakyat.

Rakyat disarankan mengubah imej polis. Rakyat diajak memberi semula kekuasa polis dengan menjalankan tugas sebagai penguatkuasa undang undang. Jangan ada pihak yang menjadikan undang undang sebagai telunjuk mereka. Polis akan dilihat dayus dan tidak ada taring. Tidak ada kekuatan sendiri dan lemah dalam kekuasaan.

Saya juga yakin dengan sebilangan polis yang tidak bersetuju dengan pemerentah sekarang yanag terlampau mengawal polis sehingga tidak mampu memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat. Mereka ini mengharapkan ada perubahan dalam pemerentahan agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan berhemah tanpa campur tangan dari pihak pemerentah. Tapi apakan daya mereka tidak mampu mengubah semua itu. Hanya mengharapkan rakyat bersama mengubah pemerentahan sebegini menjadi lebih baik.

Mereka ini telah lama merasakan tidak selesa dengan tugas yang penuh dengan dosa kepada rakyat tapi terpaksa menjalankan juga kerana itu adalah arahan dari pihak atasan yang berkuasa menentukan. Mereka ini berharap ketidakadilan ini akan berakhir tidak lama lagi.