Saya merasa kesihan kepada diri sendiri kerana tidak mendapat pertahanan yang sepenuhnya dari kekuatan polis kerana sentiasa merasa takut dan tidak percaya bahawa polis adalah satu pihak yang akan memberi perlindungan kepada kita.
Setiap kali berurusan dengan polis saya merasakan kedudukan saya adakah akan dilindungi, dibiarkan atau mendapat layanan yang tidak adil. Semakin hari pilis tidak berada ditempat yang diharapkan kerana kelihatan polis dipengaruhi oleh tangan yang berkuasa.
Kesalnya saya dapat melihat sendiri condongnya polis menjalankan tugas tidak mementingkan sejahtera rakyat. Polis membantu pihak yang memerentah dengan kerenah mereka. Polis tidak menjalankan tugas dengan pertimbangan mereka sendiri. Tindakan tidak menggambarkan bahawa polis tidak dipengaruhi oleh pihak berkuasa dan tidak bebas dengan kebijaksanan dalam menjaga harmoni negara. Tidak nampak polis lebih mementingkan kesampaian matlamat rakyat dalam keadaa keselamatan terjaga.
Tidak nampak polis berada dalam posisi menjaga keselamatan tanpa mengira pihak mana yang memerlukan. Lebih mementingkan telunjuk pemerentah memberi gambaran bahawa polis sebagai pengikut perentah. Polis tidak ada integriti sendiri dalam menjalankan tugas. Tidak ada pertimbangan dalam mengeluarkan arahan. Polis dilihat tidak bebas dalam tugas yang dipegang.
Rakyat melihat semua ini. Rakyat menilai setiap tindakan yang dibuat oleh polis. Sengaja pihak polis membiarkan rakyat memberi gambaran bahawa polis tidak mempunyai kuasa sebenar dalam menjaga keamanan negara. Polis diberi telunjuk bagaimana untuk membuat keputusan dan menjalankan tugas.
Rakyat semakin cerdik. Rakyat semakin pandai menilai kekuasaan polis. Sekarang kita boleh lihat rakyat mampu persoalkan tindakan polis walau polis tidak menghiraukan bantahan rakyat.
Rakyat disarankan mengubah imej polis. Rakyat diajak memberi semula kekuasa polis dengan menjalankan tugas sebagai penguatkuasa undang undang. Jangan ada pihak yang menjadikan undang undang sebagai telunjuk mereka. Polis akan dilihat dayus dan tidak ada taring. Tidak ada kekuatan sendiri dan lemah dalam kekuasaan.
Saya juga yakin dengan sebilangan polis yang tidak bersetuju dengan pemerentah sekarang yanag terlampau mengawal polis sehingga tidak mampu memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat. Mereka ini mengharapkan ada perubahan dalam pemerentahan agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan berhemah tanpa campur tangan dari pihak pemerentah. Tapi apakan daya mereka tidak mampu mengubah semua itu. Hanya mengharapkan rakyat bersama mengubah pemerentahan sebegini menjadi lebih baik.
Mereka ini telah lama merasakan tidak selesa dengan tugas yang penuh dengan dosa kepada rakyat tapi terpaksa menjalankan juga kerana itu adalah arahan dari pihak atasan yang berkuasa menentukan. Mereka ini berharap ketidakadilan ini akan berakhir tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment