Friday, July 1, 2011

Kerajaan tidak harus menganggap rakyat daif maklumat

Kelihatan seolah olah kerajaan sedang berperang dengan rakyat. Rakyat hendak menyatakan tidak puas hatinya dengan tindakan kerajaan yang menyekat kebeeasan dalam berdemo tetapi kerajaan tidak membenarkan.

Alasan kerajaan adalah akan mendatangkan darurat kepada penduduk sekitar demo yang akan diadakan. Rakyat pula tidak ada cara yang terbaik buat masa ini untuk menyatakan perasan tiak puas hati hanya dengan mengadakan demo.

Kerajaan menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaan yang perlu diambil kira dalam pentadbiran negara. Bila rakyat meminta kerajaan lebih berdemokrasi dalam pentadbiran terutama pilihanraya, kerajaan pula tidak mahu mengambil kira pandangan rakyat.

Bila rakyat marah kerajaan tidak mengambil kira pandangan rakyat dituduh rakyat melawan kerajaan dan ingin mendatangkan huru hara.

Kenapa kerajaan tidak fikirkan secara terbuka mengenai permintaan rakyat yang ingin satu ketelusan bila mengadakan pilihanraya. bukannya susah sangat untuk memenuhi permintaan rakyat. Ini untuk kebaikan bersama semua rakyat yang akan mengundi nanti.

Kita hairan juga kenapa kerajaan tidak mahu duduk bersama NGO yang ingin membetulkan keadaan yang pincang mencari jalan tengah untuk perbaiki keadaan yang dikhuatiri ada kelemahan.

Memang betullah kalau dikatakan bahawa kerajaan tidak mahu berunding dengan rakyat kerana memang kerajaan berklaku tidak adil dalam pilihanraya. Kerajaan menggunakan SPR untuk mencapai matlamat memenangi pilihanraya.

Kerajaan perlu sedar bahawa rakyat telah faham bagaimana kerajaan menggunakan SPR untuk memenangi pilihanraya. Kerajaan patut sedar bahawa rakyat memepunyai banyak cara untuk mengetahui rahsia rahsia yang kerajaan simpan.

Perbuatan kerajaan membelakangi rakyat ini akan membawa kepada kebencian yang ketara. Pendedahan yang dibuka oleh pihak yang bertanggungjawab akan menambah lagi kebencian rakyat sekali gus akan membawa perubahan sokongan dalam pilihanraya nanti.

Perkara yang akan dilihat nanti adalah pertembungan kerajaan yang memerentah dengan rakyat akan membawa kesan yang amat negetif. Kita boleh lihat kesanya seperti berlaku dinegara luar.

Semakin kerajaan berkeras dengan rakyat semakin jelas kepincangan kerajaan dalam melayani permintaan rakyat. Kerajaan harus sedar bahawa kuasa rakyat akan menjadi lebih besar dari kekuasaan tentera jika dbiarkan berterusan keadaan begini. Jangan sampai negara Malaysia mendapat sejarah penentangan rakyat terhadap kerajaan memerentah.

Kerajaan masih menganggap rakyat sekarang masih ditahap sepuluh tahun lepas. Rakyat sekarang lebih bijak dan mempunyai daya penilaian lebih tinggi. Rakyat sekarang mampu mendapatkan maklumat untuk dinilai dengan mudah kerana sekarang maklumat hanya dihujung jari. Kerajaan harus sedar perkembangan ini kerana perilaku kerajaan sekarang seolah tidak tahu kemampuan rakyat.

Saya yakin perubahan pemerentahan akan berlaku jika perkembangan yang berlaku sekarang ini tidak ada perubahan dan perkembangan positif.

No comments:

Post a Comment