Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan BN dipenghujung pemerentahan

Berjuanglah rakyat kerana BN sudah berada dipenghujung pemerentahan. Mereka tidak mamapu lagi pertahankan kuasa mereka. Lihatlah apa yang mereka lakukan sekarang sudah tidak masuk akal lagi.

Cara mereka memerentah sudah tiak menggambarkan mereka mampu menjalankan tugas dengan baik.

Mereka juga sedar bahawa mereka akan terperangkap dengan perhimpunan yang akan dilakukan nanti jika perhimpunan itu berjaya diadakan.

Kita dapat melihat mereka telah menzahirkan kegerunan mereka dengan perhimpunan ini. Mereka tidak lagi dapat berfikir secara logik dengan tentangan dari pihak rakyat.

Mereka juga sedar bahawa rakyat telah melihat mereka tidak mampu lagi memegang tampuk pemerentahan atas banyak kelemahan yang berlaku. Rakyat sekarang telah melihat dengan terang kerajaan sekarang tidak releven lagi dilantik sebagai pemerentah.

Kita telah dengar apa tindakan pihak KDN mengeluarkan arahan menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju BERSIH. memakai baju bersih dianggap sebagai pengkhianat negara dan mendatangkan huru hara kerana menghasut.

tindakan pihak NGO yang melampau dan kit dengar sendiri ucapan yang boleh disifatkan sebagai menghasut dan lebih parah memberi gambaran bahawa kekecohan akan berlaku jika perhimpunan BERSIH berlaku.

kegiatan yang mendatangkan gangguan keamanan dalam bandar juga tidak diambil perhatian oleh pihak berwajib.Sifat sebegini menunjukkan mereka tidak ada kuasa lagi untuk menahan kemaraan rakyat yang akan berhimpun nanti.

Mereka ini hanya melepaskan anjing yang menyalak bagi pihak mereka sebagai ikhtiar terakhir untuk menghalang perhimpunan berlaku. kata akhir bagi mereka tidak ada jalan lain jika rakyat mengambil bahagian memprotes kerajaan.

Jika diperhatikan kepada niat asal perhimpunan yang hendak dibuat adalah untuk menyampaikan bantahan untuk memberi jaminan pilihanraya nanti dalam keadaan demokrasi.

Bila dilihat kepada tentangan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini menunjukkan bahawa mereka telah gelabah denga perhimpunan rakyat. Sejarah telah menunjukan kehebatan perhimpunan rakyat yang tidak puas hati dengan cara pemerentah memberi kesan yang amat pedih bagi BN.

Perkara ini perlu dielak dengan apa cara sekali pun. Malangnya apa cara sekali pun itu tidak lagi ada kerana mereka tidak ada cara lain lagi untuk menahan kemaraan rakyat.

Sudah terlambat untuk mereka perbetulkan keadaa ini kerana hampir semua rakyat Malaysia telah tahu bahawa peranan BERSIH adalah untuk mengimbangkan kekurangan yang berlaku dalam demokrasi pilihanraya.

Bagi saya kerajaan BN sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan kerana telah dilihat bahawa rakyat telah memeberi respon yang amat garang untuk menunjukkan bahawa rakyat sekarang tidak suka dengan pemerentahan yang ditunjukkan oleh BN.

Rakyat sekarang sudah sedar dan mudah mendapatkan maklumat sebenar dengan penyebaran komunikasi yang hebat sekarang. Mungkin kerajaan BN tidak sedar bahawa peranan komunikasi sekarang amat memberi kesan kepada perhubungan sesama rakyat. Malangnya jika kerajaan baru sedar bahawa rakyat sekarang sedang berhubung sesama sendiri dengan kecanggihan maklumat. Tidak perlu lagi kepada berita yang disiarkan dalam TV pro kerajaan. Peranan alat penyebaran maklumat kerajaan sekarang tidak lagi sebagai alat yang diperlukan oleh rakyat. Rakyat sekarang mempunyai alat yang lebih baik dan lebih cepat untuk mendapat maklumat semasa.

Buat masa sekarang kerajaan hanya tinggal polis sahaja yang dapat membantu menahan kemaraan rakyat. Seperti berlaku sekarang polis sedang menangkap rakyat yang menyokong perhimpunan. Rakyat yang memakai baju BERSIH bewarna kuning juga ditangkap. Satu tindakan tidak masuk akal. Dalam undang undang juga tidak dinyatakan memakai baju sebagai satu kesalahan. Kerajaan sekarang bertindak diluar undang undang.

Bersabarlah rakyat hanya sedikit sahaja lagi perjaungan anda diperlukan. Selepas perhimpunan nanti sama samalah kita lihat kesan yang akan berlaku dalam pemerentahan negara. Terutama sekali dalam pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment