Friday, June 10, 2011

Ulama miskin sebagai contoh untuk masyarakat miskin

Pas sudah tidak jauh dengan kemenangan untuk menawan putrajaya. Ini dapat dilihat dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Walau ada yang tidak percaya dengan perkembangan sekarang tapi dari segi penampilah yang Pas lakukan memberi isyarat bahawa Pas telah melangkah kedepan mendekati putrajaya.

Pas mempunyai kekuatan sendiri dengan ahli ahlinya pelbagai lapisan. Kejayaan Pas membawa masyarakat dalam parti mereka adalah satu kejayaan baru. Dulu Pas dikenali dan dilebelkan parti untuk ulama dan parti untuk orang pondok. Sekarang pandangan itu tidak lagi sesuai kerana lebih ramai masyarakat profesional yang berminat dengan perjuangan Pas.

Pas meempunyai ramai ahli yang kaya raya dapat membantu perjuangan dari segi kewangan. Pas mampu mendapatkan dana dengan mudah sekarang kerana telah ramai masyarakat yang mempunyai kewangan yang kukuh sudi membantu Pas.

Kita kedepan sikit kerana kebimbangan timbul bila ramai ahli yang kaya raya dalam perti Pas. Dibimbangi perangai pentingkan atau rakus dengan kewangan dan pendapatan melalui politik akan merebak kepada ahli Pas.

Sifat ngin mendapat habuan selepas membantu parti mencapai kejayaan adala stu virus yang akan merosakkan parti nanti.semua ini telah berlaku dalam Umno sekarang. Ramai ahli yang kaya raya membantu parti dengan harapan parti akan memberi habuan bila parti mendapat kejayaan nanti. Seperti biasa dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang terutama musim pilihanraya.

Perangai ingin mendapat habuan dari parti adalah sifat yang akan merusakkan nama baik parti nanti. Sifat ini tidak ubah seperti sifat Umno sekarang. Perlu dielak jika benar benar ingin mendapat kepercayaan rakyat.

Satu lagi sifat yang dilihat dibimbangi akan memberi satu sifat tamak adalah rakus mengejar kekayaan. Dilihat ramai ulama ( diiktiraf masyarakat ) lebih gemar membina mahligai dari menumpukan kepada menjadi ikon kepada masyarakat sederhana. Sudah tentu masyarakat sederhana akan menganggap bahawa mencari kekayaan adalah kewajipan kepada umat Islam kerana contoh yang diamalkan oleh ulama contoh mereka.

Ulama ini mengajar mereka di masjid dan dipondok dengan pengajian Islam membawa contoh keduniaan yang ketara. Pandangan saya sifat ini akan mengelirukan masarakat sederhana. Mereka kan mengataakan bahawa perlu mencari kekayaan atas dunia ini kerana itu diamalkan oleh ulama. Bagaimana mencari kekayaan itu tidak pula ditunjukkan contoh oleh ulama tersebut. Penglibatan mereka dalam menbina mahligai dan berkenderaan besar hanya dilihat dari pandangan luar.

Masyarakat akan menafsirkan sendiri bahawa mencari kekayaan perlu. Bagaimana mendapatkan kekayaan tidak ditakankan kerana dorongan mereka mendapat kekayaan seperti ulama mereka.

Kekeliruan lain adalah kita mempelajari sahabat nabi yang menggantikan nabi dulu memrentah negara Islam tidaklah diisytihar sebagai seorang yang kaya setelah mereka mati. Mereka memilih kemiskinan sebagai gaya hidup mereka. Meeka ini dianggap sebagai warak dengan sifat mereka ini.

Bagaimana dengan ulama sekarang yang memepunyai mahligai besar dan kemewahan kenderaan yang dugunakan untuk kenderaan peribadi. Atas alasan apakah mereka memilih gaya hidup begini sedangkan masyarakat menganggap mereka adalah ikutan dan contoh keidupan yang diharapkan akan menjadi pendua kepada sahabat nabi dulu.

Bagaimana seorang yang miskin hendak menjalani kehidupan mereka sedangkan tidak ada ulama yang sama miskin seperti mereka. Pandangan mereka ulama juga mempunyai kekayaan. Manusia yang sentiasa mengagungkan Tuhan dan mempunyai keilmuan yang tinggi mempunyai personaliti seorang yang kaya.

Bagaimana simiskin ini hendak mendapat pedoman secara terus dengan mata sendiri mencari seorang ulama sama miskin dengan mereka. Ulama yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka bagaimana menjalani kehidupan seorang yang miskin. Ulama yang tidak mengejar kekayaan sebagai keutamaan hidup. Tentu kita tidak dapat fahami dengan baik hanya mendengar ajaran tanpa melihat sendiri kehidupan miskin dalam Islam. Kehidupan ulama adalah keperluan untuk masyarakat mencontohinya.

Mengajar masyarakat bagaimana menjalani kehidupan miskin mudah tapi hendak mengamalkan masyarakat perlu seorang yang dapat dilihat kehidupan mereka secara terus. Masyarakat golongan ini akan merasa tenang kerana ada ulama yang sama miskin dengan mereka. Ulama ini akan menyakinkan mereka bahawa miskin juga adalah sifat ulama. Ulama tidak mengejar kekayaan dunia sebagai keutamaan hidup.

No comments:

Post a Comment