Dalam kehidupan yang aku kenal ulama adalah pewaris nabi. Ulama adalah orang yang akan memberi kita panduan kerana mereka tahu bagaimana ajaran nabi kepada manusia.
Kita kena menghormati ulama kerana keilmuan mereka yang mereka pelajari akan membawa kebaikan kepada kita. Mereka akan memberitahu kita ilmu Islam sebagaimana nabi dan ulama dahulu memberitahu kita menjalani kehidupan didunia ini.
Sebagaimana yang kita tahu seorang ulama yang kita gelar adalah terhasil dari pengajian yang mereka palajari samada universiti, pondok atau tempat tempat yang diiktiraf.
Bila mereka tamat pengajian dan berada bersama masyarakat mereka akan dianggkat sebagai orang yang akan memberi pengajaran kepada kita sebagaimana mereka pelajari.
Ada juga ulama yang pulang dari tempat pengajian tidak berminat untuk mencurahkan ilmu mereka kepada masyarakat. Mereka lebih minat menjalani kehidupan biasa dengan ilmu yang mereka ada. Samada mereka bekerja atau mereka menjalankan urusan sendiri.
Ulama yang baru pulang dari pengajian biasanya akan dianggkat oleh masyarakat sebagai pengajar dimasjid dan seumpamanya. Kebiasaannya begitu bila tamat pengjian mereka akan diminta duduk dimasjid memberi ceramah agama untuk kariah masjid.
Kita tidak biasa mendengar ulama berada dalam masyarakat bersama sama menjalani kehidupan seperti kita jalani. Kita tidak biasa dengar ulama yang bekerja seperti penjual berger atau bekerja sebagai buruh.
Biasakah ita mendengar seorang yang menghabiskan hidup mereka semasa muda dengan mempelajari ilmu islam dan bila tamat pengajian mereka bekerja seperti kita bekerja. Tidak mengharapkan kariah masjid memanggil untuk memberi pengajian ilmu Islam kepada jemaah masjid.
Mereka keluar bersama masyarakat untuk menjalani kehidupan biasa dengan ilmu yang mereka ada dimanfaatkan dengan mencontohi kepada masyarakat bahawa ulama juga mampu melakukan kerja seperti masayakat lakukan.
Sebagai contoh pernahkah kita mendengar ulama berkerja dibursa saham, sebagai anggota polis atau tentera dan banyak lagi.
Balajar agama dengan pengetahuan yang tinggi, bila keluar datang kepada masyarakat berada bersama masyarakat. Menggunakan pengetahuan yang tinggi dalam agama mencontohi kepada masyarakat bahawa Islam boleh berada dimana mana dan ulama memberi contoh bagaimana melakukannya.
Kita hanya mengetahui seorang ulama hanya berada atas kerusi empuk memberi ceramah atau berada diatas mimbar yang cantik memberi khutbah.
Kalau kita bekerja sebagai seorang buruh kasar bagaimana kita hendak menjalani kehidupan yang diminta oleh Islam kalau tidak ada orang yang pandai dalam Islam berada bersama kita berkerja bersama kita sebagai manusia contoh bahawa penerapan Islam yang sepatutnya boleh berada dalam pekerjaan sebagai buruh.
Seorang pekerja buruh tahu tidak banyak nilai nilai Islam yang ada pada mereka. Kita juga tahu jarang kita dengar pekerja buruh dapat mengerjakan solat dengan sempurna. Kalau tidak ada ulama yang akan bersama denga mereka sebagai orang yang akan menunjukan cara mengamalkan Islam dalam pekerjaan buruh sudah tentu ramai pekerja buruh akan hanyut dengan pekerjaan mereka.
Mereka tidak dapat mengamalkan kehendak Islam kerena mereka tidak ada orang ayang setarafnya yang akan memberi tunjuk ajar menjalani kehidupan sebagai pekerja buruh berlatar belakangkan Islam.
Dimana ulama kita yang belajar tinggi tinggi dengan niat membangunkan Islam. Saya cabar ulama uang sebegini terun menjadi masyarakat biasa dan tunjukkanlah mereka contoh bagaimana menjadi manusia yang berlandaskan Islam walau apa pun pekerjaan.
Ulama belajar sehingga mendapat Phd tidak dapat merasai perit menjadi seorang buruh kasar. Ulama ini bila balik dari belajar tunggu dirumah atau dimana sahaja orang datang bertanyakan masalah dan jawab.
Tidakkah mereka tahu bahawa orang yang bertanya itu cukup bodoh dengan pengetahuan Islam. Bagaimana mereka boleh menilai diri mereka samada dalam keadaan baik atau tidak. Hendaknya ulama ini bersama mereka bekerja bersama mereka dan ajar mereka menjalani kehidupan yang dituntut Islam.
Sanggupkah ulama begini lakukan demi menyebarkan dan menyiarkan sinar Islam seperti dituntut Islam.
Diiktiraf ulama hanya untuk bersila dan duduk dikerusi empuk. Sampai bila Islam akan berada dikemuncak semula seperti zaman nabi s.a.w.
Saya hanya dapat perhatikan kwbanyakan wakil rakyat yang berminat untuk menyelami masalah masyarakat. Ulama hanya pandai mengajar. Buat belum tentu. Menyelami kehidupan sebenar manusia yang digelar ulama tidak mampu.
No comments:
Post a Comment