Sunday, June 19, 2011

Ku Li mungkin membuat pusingan U

tengku razaleigh speech 110310 01

Akhir akhir ini banyak kenyataan Ku Li yang memberi rasa pedas kepada pentadbiran Umno. Saya melihat satu perkembangan positif sekarang. Ku Li banyak memberi kenyataan membina kepada rakyat Malaysia bahawa negara kita memerlukan perubahan dari dalam untuk membawa kemajuan dan kemakmuran.

Rakyat sedar negara kita masih belum makmur kerana banyak rakyat yang masih dalam keadaan sukar dalam menikmati kekayaan negara digambarkan sebagai sebuah negara yang kaya.

Ku Li mampu memberi satu nafas baru kepada rakyat Malaysia untuk membawa kemakmuran yang diharapkan.

Menurut beliau pentadbiran sekarang perlu melalui perubahan yang ketara untuk mencapai sebuah negara yang dihormati. Dari apa yang disarankan itu bermakna negara kita masih lagi belum mencapai tahap yang dibanggakan.

Dalam satu kenyataan lain Ku Li menyatakan bahawa kuasa PM perlu dikurangkan agar kepentingan rakyat jelata tidak terhakis.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

Menurut Ku Li lagi “Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,” kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Kesedaran rakyat diagih untuk mengembalikan kuasa rakyat dalam menjamin kesejahteraan negara.

Pandangan saya Ku Li tiak mustahil akan membuat pusingan U dalam masa terdekat nanti memandangkan iklim politik negara sekarang dalam keadaan panas. Kita akan lihat selepas perhimpunan BERSIH nanti akan berlaku banyak perubahan yang amat ketara yang akan memberi kredit kepada PR.

Usaha yang dilakukan untuk perhimpunan BERSIH akan membawa perubahan besar. Rakyat akan melihat betapa negara sekarang sedang berlaku perubahan pesat untuk membebaskan dari cengkaman BN.

Sama sama kita tunggu dan berilah sokongan kepada perhimpunana dengan memakai baju bewarna kuning kalau tidak mampu menghadiri perhimpunan. Memberi sokongan dari jauh juga dikira menyokong juga. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment