Monday, June 6, 2011

Kehebatan pemidatu dari Pas

Cuba perhatikan dalam ramai ramai pemimpin Umno berapa ramai yang hebat dalam pidato. Berapa ramai yang bila berada dihadapan khalayak dapat memukau dengan pidatunya.

Selama saya saya mengikuti perkembangan Umno saya tidak pernah melihat pemidatu yang baik selain dari Anuar semasa berada dalam Umno dulu.

Itu pun Anuar tidak menggunakan pidatunya sebaik sekarang kerana mungkin tidak ada apa yang hendak diperjuangkan waktu itu.

Waktu beliau berada dalam Umno dulu boleh dikira beliau hanya menjalankan tugas sahaja.

Sekarang setelah beliau berada diluar Umno dan menentang Umno barulah dapat dilihat beliau sebagai seorang pemidatu yang hebat.

Kalau kita lihat dalam Umno kita tidak akan berjumpa dengan pemimpin yang hebat berpidatu. Bila sudah memegang jawatan dalam kerajaan mereka ini menjadi lembik mungkin kerana telah kenyang dengan pangkat yang dia dapat.

Kita dapat lihat pemidatu dalam Umno bila berlansungnya persidangan Umno. Waktu itu akan ramailah yang bangun untuk berpidatu bagi menarik perhatian pembesar pembesar diatas pentas.

Pembesar pembesar pula bila membuat ucapan tidaklah sehebat mana kerana tidak ada taring yang keluar bila membuat ucapan. Mereka ini boleh dianggap pemidatu yang lemah. Tidak ada kehebatan dalam bersuara. Mungkin telah kenyang dengan pangkat yang mereka dapat sekarang.

Sampai bila bila pun kita tidak akan dapat melihat pemidatu hebat dari Umno. Sebab itulah kita tidak dapat melihat umno sudi berdebat dengan mana mana parti pembangkang. Mereka tahu pidatu mereka tidak hebat dan mereka tidak mampu melawan pidatu lawan.

Kita dapat perhatikan pemidatu dari Pas paling hebat. Pas berjaya melahirkan pemidatu yang mampu mematahkan hujah lawan. Hanya Umno yang tidak mahu berlawan pidatu kerana mereka telah tahu tidak ada pemidatu hebat dari kalangan mereka.

Pas mampu berjaya mematahkan setiap tohmahan yang Umno lemparkan dengan hujahan yang hebat.

No comments:

Post a Comment