Thursday, June 9, 2011

Pilih kerajaan terbaik untuk kita

Memperjuangkan negara berkebajikan bukanlah satu penyelewengan kepada perjuangan asal Pas. Pas melakukan perubahan ini adalah kerana masa sekarang adalah lebih sesuai diperjuangkan negara berkebajikan kerana itu lebih diterima dan mudah difahami.

Negara Islam yang diperjuangkan dulu lebih mendalam dan rakyat sukar untuk menerima dan sukar memahami konsep perjuangan negara Islam. Adalah wajar bagi Pas membuat satu pembaharuan arah tuju perjuangan dengan menukar perjuangan negara berkebajikan.

Sesuai dengan perubahan dalam pucuk pimpinan yang baru ini maka adalah terbaik untuk dikatakan bahawa perjuangan ini bersesuaian dengan pentadbiran yang baru ini. Mereka yang terpilih untuk memimpin parti adalah orang yang paling sesuai dengan tugas menjadikan negara kita sebagai negara yang penuh dengan kebajikan.

Lebih menyerlah jika Pakatan Rakyat dapat memimpin negara ini bagi merialisasikan perjuangan yang diwartakan.

Tidak kira siapa yang akan menjadi perdana menteri perjuangan ini tetap akan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat. Negara berkebajikan ini adalah untuk menjadikan negara kita lebih harmoni dengan kehidupan tidak ditekan dengan perbelanjaan yang melampau. Mengurangkan maslah perbelanjaan aalah suatu tugas pemerentah mengelak takyaat dari menderita tidak mampu membiayai keluaga.

Lebih ramai rakyat yang tidak sedar bahawa mereka sekarang semakin miskin dengan pendapatan tidak bertambah sedangkan perbelanjaan semaki meningkat. Perkara ini masih tidak dapat disedarkan kepada rakyat kerana kerajaan sekarang menutup pengetahuan mereka. Rakyat tidak dapat melihat dengan lebih terang keadan mereka sekarang kerana setiap kenaikan barang tidak digambarkan dengan baik oelh kerajaan.

Tambahan lagi kerajaan sekarang lebih nampak bagaimana memastikan dana kerajaan sentiasa penuh tanpa mengambil kira kesan keputusan ini ditanggung rakyat. Walaupun rakyat diajar menerima keputusan kerajaan seolah kerajaan melakukan dengan keadaan yang terpaksa yang suatu keputusan yang wajar namun disebalik itu terdapat penyelewengan besar sepertimana didedahkan oleh pembangkang.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memerhati perjaungan yang pihak pembangkang hendak lakukan jika mampu memerentah negara ini. Rakyat perlu diberi pendedahan yang terang agar rakyat dapat memahami dengan jelas bahawa perjuangan pembangkan bukan sebagai membangkang kerajaan sahaja malah pembangkang adalah altenatif pemerentah. Rakyat perlu memahami bahawa pakatan rakyat bukan ditubuhkan untuk menjadi penjahat seperti dalam sebuah filem. Pembangkang adala pilihan kepada pemerentahan negara Malaysia.

Jelasnya disini bahawa rakyat perlu membuka mata dengan memandang pakatan rakyat sebagai sebuah kerjaan yang menunggu untuk dipilih rakyat sebagai mengganti kerajaan sekarangjika kerajaan sekarang tidak dapat memberi kebajikan kepada rakyat.

Rakyat perlu pandaikan diri menjadikan pakatan rakyat sebagai pilihan jika kerajaan sekarang tidak dapat memberi kesenangan kepada rakyat untuk menjalani kehidupan yang baik di negara ini.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Selangor sekarang. Perubahan yang dilakukan amat memberi kebaikan kepada rakyat. Lihatlah nanti beberapa tahun akan datang lebih banyak rakyat akan dibela dengan kebajikan yang diperjuangkan.

Pilihlah pakatan rakyat sementara janji perjuangan yang mereka janjikan masih segar. Jika pakatan rakyat tidak mampu melakukan rakyat berhak menukar kembali kerajaan kepada kerajan asal kerana itu hak rakyat yang bijak dalam memilih kebaikan diri. Hak rakyat adlah hak mutlak. Sama samalah kita pertahankan hak kita dengan membuat pilihan bijak dan menjaga kepentingan kita untuk hidup aman dalam negara kita. Biarkan mereka bekerja untuk kita. Pilih mana yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment