Tuesday, June 21, 2011

SPR semakin kendur

SPR perbetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian baru baru ini. SPR juga nampak mengendur kerana banyak pihak menekan keengganan berunding dengan BERSIH.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi SPR Taan Sri Abdul Aziz Yusof dalam wawacara khas dengan RTM bertajuk “SPR Menepati Proses Demokrasi” selama 30 minit.

Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

“Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini,” katanya.

Sekarang tinggal kerajaan sahaja lagi yang belum mengeluarkan kenyaaan kenapa proses pilihanraya tidak mahu dijalankan sepertimana dituntut oleh BERSIH.

Saya yakin tekanan yang dilakukan oelh BERSIH akan mengubah pendirian kerajaan untuk mengubah pendirian mereka.

Bila kerajaan menubah pendirian penyangak politik ini akan merasa malu dengan tindakan mereka yang lebih kuah dari sudu.

No comments:

Post a Comment