Harga ahli PKR akan melambung tinggi menjelang pilihan raya nanti. Harga yang akan ditetapkan menjelang piliharaya nanti ditentukan kepda jawatan dalam parti yang dipegang oleh ahli PKR.
Ahli PKR akan didatangi oleh agen yang betugas mencari ahli yang berjawatan untuk diberi tawaran kemewahan sebagai ganti kepada meninggalkan PKR disaat akhir dan hampir dengan pilihanraya.
Mereka ini akan digunakan untuk memburukkan PKR dan menggagalkan perancangan PKR memenangi pilihanraya nanti. Perkar ini akan berlaku kerana BN sudah amat terdesak dengan kekuatan yang semakin runtuh.
Mereka ini akan melakukan apa saja untuk menggagalkan kemaraan PKR. Sogokan kewangan akan berlaku nanti dalam masa terdekat dan menghampiri pilihanraya.
Agen agen BN ini telah dibekalkan dengan kewangan yang banyak untuk membeli ahli dari PKR. Tidak kira apa pangkat dalam jawatan parti yang mereka pegang akan ditawarkan dengan kewangan. Lebih besar pangkat dalam parti lebih tinggi tawaran yang akan mereka dapat.
Kalau ahli PKR tidak berhati hati dan kukuhkan iman berhadapan dengna agen agen ini mereka akan hanyut kemewahan sementara. Paling teruk mereka akan dijadikan kaldai memunggah barang untuk tuannya mendapatkan kemenagan dalam pilihanraya.
Kaldai ini akan melakukan apa sahaja yang disuruh oleh tuannya. Kaldai ini akan melakukan apa saja kerana telah diletak duit didepan sebagai umpan.
Kita telah lihat apa yang berlaku kepada wakil rakyat yang melompat baru baru ini apa yang mereka lakukan. Sikap mereka kelihatan bodoh dengan kenyataan yang mereka buat. Sebelum ini mereka ini tidak kelihatan begitu tetapi bila diumpan duit dapat diliaht kebodohan mereka.
Kita akan lihat nanti kemana arah tuju mereka bila PR meneraju negara nanti. Lebih ramai orang yang kelihatan bodoh akan kelihatan.
Janganlah terpengaruh degan janji yang diberikan oleh agen ini kerena anda akan termakan dan ana akan dimakan mentah mentah oleh agen ini. Jika ada agen datang menghampiri elaklah dari berurusan dengan mereka.
No comments:
Post a Comment