
Perkasa semakin lantang mengugut rakyat bahawa akan berlaku huru hara jika BERSIH terus juga membuat perhimpunan. Cara Perkasa mengugut sangat tidak berrtanggungjawab kerana hanya Perkasa sahaja yang bercakap pasal huru hara yang akan berlaku pada perhimpunan nanti.
Penganjur BERSIH tidak pernah membayangkan akan berlaku huru hara dalam perhimpunan itu. Hanya Perkasa seolah perancang kepada huru hara yang disifatkan akan berlaku.
Dengan ugutan yang sedemikian amat bahaya untuk perhimpunan itu. Malangnya ugutan yang dibuat itu tidak ditafsirkan sebagai bahaya malah perhimpunan BERSIH digambarkan membawa bahaya kepada rakyat.
sikap Perkasa amat dikesali seolah tidak dapat berfikir secara terbuka. Kenyataan yang dibuat oleh Ibrahim seolah ada satu agenda tersirat sedang dirangka. Dalam kenyataan Ibrahim memberi amaran kepada rakyat yang akan datang dalam perhimpunan BERSIH akan berlaku huru hara.
Sikap Ibrahim amat mengecewakan. Dia seperti merasa bimbang dengan perhimpunan ini akan berjaya. Perhimpunan ini akan berjalan lancar seperti janji penganjur BERSIH. Jika ini berlaku maka setiap perkataan yang beliau keluarkan dulu akan disifatkan sebagai penghasut.
Tidak mustahil tujuan Ibrahim adalah menghasut rakyat yang akan datang ke perhimpunan
BERSIH akan mengalami kecederaan kerana huru hara akan berlaku dengan apa cara sekali pun.
Sepatutnya Ibrahim da Perkasa yang dulu disiasat menjadi punca kepada merancang ketegangan. Amat bijak peranan media menyusun perkataan sehingga peranan Perkasa yang dilihat kepada perancang dan penghasut menjadikan perhimpunan nanti akan berlaku ketegangan.
Perkasa dilihat lebih bersungguh dalam menggagalkan perhimpunan ini dilihat sebagai agen kepda kerajaan yang sedang ketakutan jika perhimpunan ini berjaya. Perkasa mengambil sikap menyokong kerajaan dengan mengambil bahagian sebagai pihak yang akan merancang untuk menghuru harakan perhimpunan itu nanti.
Rakyat diminta berhati hati dengan kenyataan ugutan yang dikeluarkan oleh Perkasa bertujuan mengganggu perhimpunan itu nanti. Saya yakin jika berlaku ketegangan ia berpunca dari Perkasa.
Lihatlah Perkasa yang membakar gambar pengerusi BERSIH belum apa apa lagi. Peserta BERSIH tidak menunjukkan sikap agresif dengan agenda perhimpunann itu. Mereka memang menunjukan sikap yang bersih dengan agenda yang dirancang.
Perasaan takut yang dirasai BN amat ketara sekali sehingga memaksa Perkasa melakukan keganasan sebagai gambaran bahawa ini yang akan berlaku jika perhimpunan itu jalankan juga. Sifat marah yang ditunjukkan Perkasa tidak menggambarkan sikap yang profesional dalam menangani isu. Sikap gelojoh ini dapat dilihat dengan keperibadian presidennya.
Sikap Perkasa ini akan memburukkan lagi demokrasi di negara ini jika Ibrahim tu memegang tampuk kepimpinan ini. Sikap ini akan membawa kepda kehancuran dalam persatuan ini. Kita lihatlah nanti kemana arah tuju Perkasa jika presidennya terus bersikap pongah.
Peserta perhimpunan diingatkan jangan terpengaruh dengan kempen Perkasa ini kerana disebalik tindakan mereka ada tujuan yang jahat. Jauhkan dari menghampiri perhimpunan mereka bagi mengelak kita dianggap pembuat kacau.
Selamat berjaya dalam perhimpunan BERSIH !!!
No comments:
Post a Comment