Saturday, June 18, 2011

Perangkap pembangkang

Kita sebagai rakyat yang ditindas oleh undang undang perlukan satu wadah untuk menyalurkan pendapat ramai mengenai perkara perkara berbangkit.

Dalam keadaan Malaysia sekarang lebih banyak melakukan penganiayaan kepada rakyat dalam tidak sedar terpaksa berdepan dengan bantahan yang sukar.

Rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang tidak dapat meluahkan perasaan mereka dengan cara berkesan kerana dihalang oleh undang undang mencengkam keupayaan rakyat.

Betapa sukarnya rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa mereka tidak gembira dengan keputusan yang diambil kerajaan. Bagaimana untuk emeberitahu kerajaan bahawa rakyat yang bilangannya ramai menentang keputusan yang diambil kerajaan.

Seperti diminta oelh kerajaan bahawa jika ada ketidakpuasan perlulah dihantar memorendum kepada kerajaan atau sesiapa saja dengan menghantar beberapa orang. Tidak perlu berkumpul beramai ramai untuk memeberitahu perasaan tidak puas hati atau mendesak.

Sebenarnya perkara ini telah dilakukan banyak kali sebelum ini dan hasilnya tidak dapat dibanggakan kerana kebanyakan memorandum yang dihantar tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dengan perhimpunan yang menampilkan rakyat menunjukan bahawa begitu ramai rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan sekarang seperti perkatakan.

Dengan perhimpunan inilah maka dapat dilihat berapa ramai rakyat dan betapa bersungguhnya penganjur perhimpunana ini memberitahu rakyat tidak puas hati. Tindakan segera perlu dilakukan atau memberi perhatian terhadap desakan rakyat itu.

Tidak perlu takut dengan perkara buruk berlaku kerana penganjur bukan berniat untuk melakukan huru hara dalam negara. Apa yang berlaku dulu pun adalah perancangan pihak yang dengki dengan usaha berhasi dilakukan. Mereka tidak senang dengan kebangkitan rakyat menentang kerajaan.

Bukan semua rakyat menentang kerajaan tetapi untuk perkara ini memang ramai yang tidak puas hati atas kelalaian kerajaan menjaga ketelusan pengurusan seperti yang dimaksudkan dalam berita yang tersiar.

Perlu diingat bahawa kerajaan akan mendapat tentangan dari rakyat yang lebih besar kerana tindakan yang dibuat ini menggambarkan bahawa kerajaan sedang berselindung dari perkara yang dibangkitkan.

Bila perkara ini tidak diendahkan oleh kerajaan rakyat akan merasakan tidak dipedulikan dan rakyat juga akan berpendapat kerajaan sedang melarikan diri dari berlaku adil terhadap rakyat. Perkara ini akan berlarutan dengan gambaran kerajaan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Bila perkara ini dibawa berlarutan akhirnya tindakan kerajaan ini akan dilihat sebagaikejam terhadap rakyat.

Kerajaan perlu sedar anjuran yang dibuat ini jika berjaya dibtalkan bukan bermakna dapat mengekang kemaraan pembangkang tatapi perkara lebih besar akan berlaku dengan imej kerajaan yang akan tercalar teruk.

Lebih banyak penafsiran yang akan dibuat terhadap tidakan kerajaan ini sebagai menghukum rakyat yang tidak menyokong kerajaan. Rakyat akan difahamkan oleh pembangkang sebagai kerajaan yang zalim kepada rakyat.

Penafsiran ini akan dilakukan oleh blogger pro pembangkang sepanjang masa sehingga rakyat faham dan sedar. Kerajaan akan digambarkan dengan keburukan dan kekejaman berterusan sehinggan kerajaan Malaysia berpindah tangan kepada pembangkang. Perkembangan ini akan berterusan dan rakyat akan terus memahami.

Sekarang pun telah terasa bahangnya kerajaan kepanasan dengan perkembangan yang ketara penerangan yang dilakukan oelg blogger pro pembangkang. Telah ramai rakyat yang faham dengan tindakan kerajaan sebagai salah dan menindas rakyat.

No comments:

Post a Comment