Friday, June 10, 2011

Ketuanan rakyat

Rakyat perlu kepada maklumat jelas untuk mengetahui keadaan yang berlaku dalam pemerentahan sekarang. Kepada mereka yang perihatin dengan menyediakan maklumat untuk rakyat dialu alukan agar lebih banyak lagi dapat didedahkan.

Jangan ada rakyat yang membuat keputusan yang salah ketika pilihanraya nanti kerana masih menganggap kerajaan sekarang berlaku adil kepada rakyat. Rakyat perlu kepada pendedahan yang sebegini kerana rakyat berhak mendapat maklumat tentang pemerentahan yang dilakukan oleh kerajaan.

Rakyat tidak mahu kerajaan banyak melakukan perkara yang salah dibelakang rakyat dengan menyembunyikan perkara sebenar. Dengan pendedahan ini akan membuka mata rakyat ketelusan pentadbiran kerajaan yang memerentah sekarang.

Banyak cabaran yang akan dilalui untuk memberi perkhabaran kepada rakyat tentang perkara sebenar yang berlaku dalam pemerentahan kerajaan sekarang. Perlulah bersabar menjalankan tugas ini demi kebaikan rakyat menjalani kehidupan yang aman dan berkebajikan.

Tidak ada siapa yang akan memberitahu keburukan yang diakukan jika tidak ada pendedahan dari pihak bertanggungjawab. Rakyat tidak mampu mendapatkan maklumat ini sendiri kalau tidak didedahkan. Walau ada yang tidak senang dengan pendedahan ini tapi ini adalah hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi dalam pemerentahan kerajaan.

Rakyat perlu maklumat untuk membuat keputusan samada masih memerlukan kerajaan sekarang terus memrentah negara atau perlu ditukar kepada kerajaan altenatf bagi mengimbangi kurang cekap dalam pemerentahan. Ini bukan perkara main main. Rakyat perlu melihat semua ini tambahan kepada rakyat yang dalam situasi tidak puas hati dengan pemerentahan kerajaan sekarang.

Sekarang pun telah dapat dilihat betapa ramai rakyat yang tidak puas hati dengan kebajikan yang diberikan kerajaan kepada rakyat tidak kepda pencapaian sebenar. Rakyat mengalami kesukaran kehidupan akhir akhir ini. Kerajaan memeberi alasan keadaan dunia yang tidak stabil membuatkan perbelanjaan isi rumah menjadi lebih kecil. Paling jelas sekali kerajaan mengakui bahawa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi kepda rakyat.

Sekarang kita lihat semakin banyak subsidi ditarik secara berperingkat untuk menampung kekurangan perbelanjaan untuk pembangunan negara. Kerajaan sekarang tidak mampu untuk mengumpul kewangan bagi menanggung kebajikan kepada rakyat untuk kesempurnaan kehidupan.

Malangnya kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu disanggah oleh kerajaan pakatan rakyat. PR menunjukan kemampuan berjanji memberi kebajikan kepada rakyat dengan lebih baik lagi. PR mampu menyediakan kebajikan kepada rakyat dengan kemampuan negara yang ada sekarang. PR juga telah mengeluarkan rangkaan perancangan mereka seperti tercatat dalam buku jingga.

Bagi rakyat yang faham dan waras akan mengakui bahawa buku jingga mampu memberi kebajikan kepada rakyat denga lebih baik lagi seperti yang dijanjikan. Apa yang perlu rakyat lakukan adalah cuba fahami dengan baik kebajikan yang akan diberikan seperti tercatat dalam buku jingga ini. Jika rakyat faham tidak mustahil rakyat terpaksa memilih kerajaan PR untuk menggantikan kerajaan BN.

Secara logiknya kerajaan BN tidak ada kemampuan untuk mengurus negara buat masa ini perlulah memberi laluan kepada kerajaan PR untuk mengurus negara sementara kerajaan BN mendapat kekuatan mengurus negara. Rakyat perlu melihat pemilihan kerajaan secara logik bukan setia dalam sokongan. Setia kalau tidak membawa keuntungan akam memberi kita sengsara. Anak kita akan mempersoalkan kita memilih kerajaan yang tidak mampu mentadbir negara.

Kuasa ditangan kita untuk membuat pilihan. Pilihlah untuk kepentingan kita. Kalau pilih untuk kepentingan orang mereka kaya kita merana. Kita adalah tuan kepada negara ini bukan mereka. Mereka adalah pekerja kepada kita untuk memberi kebajikan yang terbaik menjamin kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment