Tuesday, June 7, 2011

Pas tidak sama dengan Umno

Saya banyak perhatikan setiap penilaian yang diberikan oleh samada pemimpin Umno atau blogger menyokong Umno menggunakan satu pendekatan yang sama. Setiap kali memberi pandangan tentang Pas mereka akan memberi pandangan dari cermin mata mereka.

Mereka melontarkan pandangan tentang peranan Pas seolah Pas sama saja dengan Umno. Setiap perkara yang dilakukan Pas tidak jauh dari teknikal yang dilakukan Umno.

Samada mereka sedar atau tidak saya tidak pasti. Pemikiran mereka seolah sempit dalam menilai bahawa politik sama saja teknikal yang digunakan oleh Pas adalah sama dengan digunakan oleh Umno.

Mereka seolah menganggap bahawa permainan politik dalam dunia adalah sama sahaja. Walau berlainan parti tapi teknikalnya adalah sama. Walau pun Pas mempamirkan pendekatan Islam dalam perjuangan parti namun bagi mereka Pas adalah sama sahaja dengan mereka.

Sealim mana pemimpin Pas mereka tetap ahli politik yang mana pandangan pengamal politik adalah sama. Pas adala parti politik maka tidak akan jauh berbeza dengan Umno.

Bagi Umno kalau Umno melakukan penentangan secara teknikal yang salah maka Pas juga adalah sama kerana Pas adalah parti politik.

Ini menunjukan bahawa Umno perpandangan tidak ada cara lain pengurusan politik moden. Kalau Umno melakukan teknikal jahat untuk menyakinkan rakyat bahawa Umno adalah pilihan terbaik untuk rakyat, maka Pas juga akan melakukan perkara yang sama dala menguruskan politik. Tambahan lagi dalam menentang parti lawan.

Pandangan saya bahawa Umno tidak ada pandangan lain dalam pengurusan politik. Bagi Umno politik tidak ada batasan. Sebab itulah Umno tidak mahu mencampurkan politik dengan agama. Kalau mereka campurkan politik dengan agama maka mereka tidak akan bebas melakuakan pengurusan politik. Pergerakan mereka akan terbatas dan banyak yang tidak dapat mereka lakukan.

Umno tidak boleh mewujudkan majlis ulama dalam pengurusan parti kerana ulama akan menentang kerja kerja mereka yang banyak menyeleweng dengan agama. Umno tidak pernak menilai pengurusan politik mereka menggunakan kaca mat Islam. Mereka tidak pernah ada sejarah merujuk keputusan politik dengan ulama. Paling teruk mereka tiak ada ulama dalam parti. Mereka terpaksa menganggapkan bahawa politik dan agama tidak boleh dicampur. Politik yang tidak bercampur degan agama apa saja boleh menjadi halal.

Mereka berpendapat walau siapa pun yang terlibat dengan politik adalah orang yang akan melakukan kejahatan, pembohongan an banyak lagi sifat sifat keji. Kalau ulama yang berpolitik, ulama ini juga tiak akan lari melakukan sifat difat keji seperti diatas.

Hanya Pas sahaja yang mengandingkan politik dengan agama. Walau pergerakan mereka berlainan dengan Umno namun Pas tetap dengan wadah perjuangan mereka.

Perbezaan perjuangan politik antara pas dan Unno amat jauh. Kita tidak boleh menilai pengurusan parti Pas dari kaca mata Umno kerana Umno adalah politik yang berlainan.

Bacalah dari tulisan mereka, mereka boleh menganggapkan bahawa ulama bersikap keji dan diluar batas Islam. Tidak sanggup kita menilai seorang ulama dengan kata kata yang mengejikan. Mereka boleh mengatakan begitu tanpa rasa bersalah. Malah mencabar bahawa tidak berlaku apa apa mudharat kepada mereka dengan kejin yang mereka lakukan itu. Sudahlah jahil mengeji ulama pula. Apa lagi kejahatan yang lebih teruk dari ini.

No comments:

Post a Comment