Tuesday, June 21, 2011

Bersedia dengan perubahan yang akan berlaku

Perkembangan perhimpunan yang akan berlansung nanti telah memberi satu gegaran kepada banyak pihak termasuk kerajaan.

Walau kerajaan dengan egonya tidak mahu melayan tuntutan BERSIH tapi sudah ada pihak yang mengubah kenyataan secara terbuka kerana telah terkesa dengan perhimpunan yang akan berlangsung nanti.

Nyatanya perhimpunan ini bakal membawa perubahan besar dalam tuntutan demokrasi pilihanraya. Pihak yang paling terkesan adalah kerajaan sendiri cuma masih belum diluahkan lagi oleh mana mana menteri.

Namun begitu kita telah melihat kesan pertama pengerusi SPR telah membuat kenyataan bahawa SPR tidak pernah menutup ruang untuk berbincang dengan mana mana pihak bagi memantapkan lagi urusan pilihanraya.

Dari kenyataan itu pengerusi SPR telah melepas tangan dengan menyatakan bahawa keputusan seperti yang dituntut BERSIH adalah dari keputusan kebinet yang menyokong dengan persetujuan 2/3 dalam parlimen. Pengerusi SPR juga membetulkan kenyataan Sinar Harian yang mengatakan tiada ruang lagi untuk BERSIH membincang tuntutan mereka.

Dari kenyataan ini hanya tinggal kerajaan sahaja yang masih berkeras tidak mahu tuntutan BERSIH dipertimbangkan. Ini semua adalah kesan yang diusahakan oleh BERSIH.

Kita berharap kerajaan akan mengubah pendirian sebelum perhimpunan dirancang berlansung. Ini bagi mengelak kerajaan dimalukan didepan rakyat Malaysia.

Semua rakyat akan melihat perhimpunan ini walau pihak media pro kerajaan tidak membuat liputan. Rakyat ada cara sendiri untuk mendapat berita yang berlaku dalam Malaysia.

Kita lihat sejauh mana kerajaan akan berkeras dengan rakyat yang ingin menuntut demokrasi dalam pilihanraya. Tidak mustahil kerajaan terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat ini kerana rata rata rakyat melihat kerajaan lebih suka meneruskan kekejaman dan ketidakadilan dalam pilihanraya. Tindakan ini memaksa SPR menjalankan tugas seperti diarahkan oleh kerajaan.

Mangsa keadaan adalah rakyat masih tidak dapat mengecapi keadilan yang sepatutnya dirasai dalam pilihanraya. Kerajaan perlu pertimbangkan tuntutan ini kerana kerajaan kini dilihat sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab.

Paling teruk jika perhimpunan ini berlansung kesannya akan lebih teruk lagi kerana kerajaan akan dimalukan denga kehadiran dalam perhimpunan ini. Kehadiran ratusan ribu rakyat akan memberi gambaran bahawa rakyat telah bersetuju bahawa kerajaan perlu ditukar. Kesannya amat teruk untuk pilihanraya yang akan datang. Kerajaan tidak ada pilihan lain selain membuka ruang untuk berunding bagi menerima tuntutan rakyat.

Kita pasti dengan kegusaran yang ditunjukan oleh kerajaan tambahan dengan kerenah Perkasa menentang perhimpunan ini seperti orang dirasuk hantu. Mereka ini cukup faham jika perhimpunan ini berlansung akan berlakulah fenomena perubahan dalam lanskap politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment