Thursday, June 16, 2011

Penyangak pro BN

Kita akan lihat banyak perkara berlaku nanti diluar batasan pemikiran biasa. Batas perundangan akan dilanggar tanpa merasa salah dan takut. Ramai yang akan melakukan perkara tidak wajar demi untuk pertahankan kuasa.

Kita lihat BN sekarang telah mengalami kejatuhan kuasa yang ketara dengan penglibatan polis dan beberapa individu yang gembira menjadi penyangak politik untuk mendapat tempat dalam BN.

Inilah peluang dan masa paling tepat untuk mereka ini menjual nama mereka untuk memberi kredit kepada BN. Mereka ini akan mlakukan apa saja untuk menjadi sebahagian dari BN yang dapat membantu BN mengekalkan kuasa.

Penyagak inilah yang akan melakukan perkara perkara diluar batasan pemikiran rakyat yang cintakan keamanan dalam demokrasi. Mereka ini tidak akn memikirkan apa akan berlaku dari perbuatan mereka ini kerena mereka mesti menunjukan kesetiaan mereka kepada kerajaan BN.

Mereka ini akan memastikan tujuan menghalang kemaraan PR dapat dipatahkan. Seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa mereka ini akan melakukan apa saja asalkan metlamat asal BN dapat disialisasikan. Masalah perundangan tahulah BN lakukan.

Penyangak ini tidak bimbang dengan perundangan kerana BN memegang perundangan. BN akan pastikan mereka ini tidak tergugat untuk menjalankan tugas mereka.

Apa saja yang mereka lakukan biar pun tidak logik mereka akan teruskan juga. Tugas mereka ini akan memberi tekanan kepada PR dan cuban membantut pergerakan PR.

Lihatlah nanti penyangak ini akan lakukan dan kita boleh perhatikan tindakan mereka ini bukan bertujuan untuk membawa keamanan tapi mencipta kekecohan dalam nada menjaga keamanan.

Kesalahan akan diletakkan kepada PR kerana aktiviti yang mendatangkan kekacauan. Walaupun kekacauan sebenar adalah dari tindakan penyangak malangnya warta kan menyiarkan bahawa PR yang mencetuskan kekecohan dalam negara.

Barjaga jagalah dengan penyangak ini kerana mereka ini terdesak untuk mendapat tempat dihati BN.

No comments:

Post a Comment