Wednesday, June 15, 2011

Pengkhianat upahan

‘Berita gembira’ untuk rakyat Malaysia

‘Pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak

Sumber utusan malaysia

Saya sangkakan berita ini adalah ‘berita sepatutnya’ kerajaan buat.

Ini satu lagi berita yang dipaparkan dalam berita semalam bahawa Perkasa merasa ragu dengan tindakan bersih hendak menghantar memorandum kepada YDP Agong sedangkan memorandum itu bleh dihantar terus. Nak hantar sehingga seratus mukasurat pun tak apa. Kenapa sampai memanggil beratus ribu rakyat berarak. Ini akan mendatangkan kemusnahan kepada kawasan yang terlibat.

Perhatian saya kepada Ibrahim tentang kebimbangan beliau bahwa akan berlaku kemusnahan dan huru hara dikawasan perarakan nanti adalah satu imaginasi bagi orang yang banyak menonton filem. Terlalu banyak menonton filem akan memberi satu gangguan kepada pemikiran kerana membayangkan perkara yang berlaku tanpa menggunakan logik yang nyata.

Saya meragui juga dengan pemikiran dan bayangan yang diutarakan oleh Ibrahim dan kumpulannya bersungguh merancang menggagalkan usaha pihak Bersih mengadakan perhimpunan aman. Mungkin untuk menghalalkan tindakannya digambarkan apa yang akan belaku nanti sama dengan apa yang telah berlaku di Mesir.

Kalau dikira Ibrahim tidak boleh bercakap atas kapasiti politik tapi penampilan beliau menggunakan kapasiti Perkasa. Perkasa sekarang dan masuk politik ke. Beliau sepatutnya sedar penglibatan beliau adalah satu agenda yang salah. Beliau tidak boleh menglibatkan Perkasa dalam isu ini.

Tanpa memikirkan keperluan pihak Bersih mengadakan adalah untuk memberiahu YDP Agung bahawa negara sekarang tidak mengamalkan demokrasi pilihanraya yang bersih. Banyak penyelewengan berlaku untuk memastikan kemenangan parti pemerentah sekarang berterusan.

Kenapa tidak diberi nasihat kepada PDRM agar menjaga keamanan denan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak elok. Kenapa tidak disokong dengan usaha bersih perjuangkan demokrasi dalam pilihanraya.

Bagi saya mereka ini dengki dengan usaha Bersih yang disokong oleh pembangkang dan diberi liputan meluas. Mereka ini dah tak ada idea untuk memberitahu rakyat bahawa mereka masih berjuang untuk rakyat. Mereka ini seolah tidak nampak peranan untuk menyokong pembangunan dan keharmonian dalam negara.

Kita sebagai rakyat yang sedar keperluan domokrasi bersih dalam pilihanraya patut membenci anasir yang cuba menggambarkan kejahatan dalam usaha menuntut perjalanan pilihanraya yang adil.

Ama samalah kita menghadirkan diri untuk menyokong perhimpunan Bersih 2.0 nanti agar YDP Agung dapat membantu kita dengan tuntutan yang kita buat.

No comments:

Post a Comment