Perhimpunan bersih 2.0 yang akan diadakan nanti digambarkan oleh sebahagian rakyat malaysia sebagai satu kemusnahan kepada keharmonian dalam menyuarakan pendapat. Ramai pihak menghasut dan tidak kurang memberi amaran akan berlaku suasana huru hara pada perhimpinan itu nanti.
Pihak ini kelihatan tidak senang dengan rangcangan perhimpunan yang akan dibuat nanti kerana dijangka akan ramai rakyat sedia untuk berhimpun untuk menyatakan hasrat meminta kerajaan berusaha untuk membersihkan pilihanraya dalam Malaysia serasi dengan perjuangan demokrasi.
Jelas sekali disini rakyat yang akan turun dalam perhimpunan bersih 2.0 nanti adalah satu perhimpunan biasa untuk memberitahu kerajaan bahawa sebilangan rakyat Malaysia merasa bimbang dengan tahap demokrasi dinegara ini semakin terhakis. Tambahan dengan musim pilihanraya yang dijangka akan berlansung bila bila masa sahaja.
Sebilangan rakyat tidak dapat merasi demokrasi dinegara ini dalam keadaan bersih. Mereka mempunyai pendapat sendiri beserta dengan sokongan fakta ingin memberi pendapat dan pesanan kepada kerajaan bahawa apa yang mereka ketahui adalah membimbangkan. Mereka ini tidak melihat kerajaan berusaha membaiki kelemahan dalam mempraktikkan demokrasi dinegara ini.
Perhimpunan besar adalah menunjukan bahawa rakyat yang bimbang dengan situasi begini sangat ramai. Bila ramai yang bimbang maka kerajaan seharusnya mengambil pandangan yang sirius untuk menyokong mereka yang bimbang dngan perkembangan sekarang. Sebagai rakyat Malaysia mereka berhak merasa bimbang. Mereka berhak berhimpun denga cara aman untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa mereka inginkan perubahan dan perhatian dari kerajaan untuk menjamin kebimbangan mereka dapat diatasi.
Mereka ini bimbang akan ada penyelewengan dalam pentadbiran. Mengambarkan kebimbangan ini rakyat menyuarakan pendapat secara aman kepada kerajaan untuk diambil peduli. Rakyat cuba menyuarakan denga cara aman selain melalui proses pilihanraya untuk menyatakan tidak puas hati dengan proses demokrasi. Rakyat tidak merasa senang dengan demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan. Rakyat inginkan satu perubahan kepada demokrasi yang lebih jitu dan berkebajikan.
Kenapa pula ada pihak yang merasa bimbang dengan perhimpunan ini. Kenapa takut dengan perhimpunan yang hendak dibuat. Kekacauan yang digambarkan oleh sebahagian pihak adalah sebenarnya gambaran kebimbangan dengan perkembangan rakyat yang memihak kepada satu pihak. Rakyat yang akan hadir dilihat sebagai satu ancaman kepada populariti kerajaan akan jatuh. Bimbang dunia akan melihat bahawa Malaysia juga mengalami gelombang perubahan.
Kebimbangan ini digambarkan dengan huru hara yang akan berlaku jika dibiarkan perhimpunan ini diteruskan. Rakyat yang sedar dengan fenomena ini tentu tahu perkembangan ini adalah kerana kebimbangan kerajaan dengan gambaran bahawa rakyat tidak lagi akan menyokong kerajaan. Ini seolah olah memberitahu seluruh negara apa yang berlaku disebalik perhimpunan ini adalah mengambarkan rakyat semakin tidak menyokong kerajaan sekarang.
Paling malang untuk tidak kelihatan kerajaan bimbang dengan perhimpunan ini nanti dilantik orang yang pelahap politik menjalankan strategi bagi menghalang dan mencari sebab untuk kerajaan membatalkan perhimpinan ini bukan kerana kerajaan takut kepada perhimpunan rakyat tetapi digambarkan kekecohan yang bakal berlaku. Pelahap politik telah mengeluar ancaman sebagai pihak bukan kerajaan akan membuat kecoh pada hari perhimpunan nanti.
Pelahap politik ini akan melakukan apa saja demi untuk mendapat kredit dari kerajaan membantu mereka mendapat tempat dalam pilihanraya nanti. Mereka yang pelahap politik ini akan menggunakan apa saja sebab bagi membantu menghalang perhimpunan ini berlaku.
kesian ade juga manusia camtu yee..pelahap politik...rasanye orang camnie sanggup buat pe eje termasuk menjual anak bini asalkan tercapai hajat politik die..
ReplyDeletetak sangka di abad 22 nie pun ade lagi pemikiran camtu, bangsat sungguh kolot.jijik cam bangkai..
yeaahh minta jauhkan lee dr jumpa orang camtu, selisih pun dah meloya dah..