Tuesday, June 14, 2011

Bendung khabar yang salah

Lihatlah perkembangan rakyat Malaysia sekarang terbuka dengan keperluan mereka sebagai rakyat. Rakyat Malaysia sekarang semakin sedar bahawa mereka ada mempunyai hak sebagai rakyat untuk memberitahu kerajaan apa yang mereka mahu.

Dulu rakyat hanya mengikut sahaja apa yang kerajaan buat dan apa kerajaan kata. Rakyat percayakan kerajaan dan memberi sepenuh mandat untuk membangunkan Malaysia. Setelah ada pihak yang mampu membongkar pentadbiran mereka telah menyeleweng dan memberi keburukan kepada rakyat maka rakyat bangkin menyatakan perasaan rakyat. Dalam menyatakan perasaan rakyat tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan ini malangnya dinafikan oleh beberapa pihak yang pro kerajaan.

Pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat telah menyedarkan sebilangan besar rakyat bahawa kerajaan perlu ditegur dan diberitahu bahawa mereka kini sedang merosakkan negara. Atas alasan pembangunan negara mereka mentadbir dengan rakus tanpa memikirkan akibat kepada rakyat yang berada dibawah. Kenapa rakyat perlu dikorbanka dengan pembangunan yang dirancang. Dimana rakyat didahulukan sebagai slogan yang dimajukan sebagai moto kepimpinan.

Tahukah pemimpin sekarang rakyat tidak selesa dengan keputusan yang dibuat akhir akhir ini. Banyak perubahan yang kerajaan buat melibatkan rakyat menanggung bebannya. Ketika negara tidak mengalami maslah pentadbian banyak perbelanjaan yang tidak munasabah dilakukan. Setelah negara mengalami kemerosotan keputusan yang dibuat memberi tanggungjawab ini kepada rakyat. Kekayaan negara rakyat tidak merasai sepenuhnya. Bila tiba masalah rakyat kena tanggung.

Rakyat sedar perkara ini telah lama berlaku tapi oleh kerana masih ramai lagi yang mengganggap bahawa kerajaan masih lagi melakukan tugas dengan baik, penyelewengan ini berterusan. Bagi rakyat yang edar ia satu penganiayaan kepada rakyat.

Namun kita bersyukur kerana semakin ramai yang hadir untuk memberitahu rakyat bahawa sekarang rakyat dianianya dan menanggung beban yang dihasilkan oleh pemerentah sekarang. Malang sekali pemerentah sekarang tidak pandai bertanggungjawab dengan kesilapan yang mereka buat.

No comments:

Post a Comment