Sunday, June 5, 2011

Memberi peluang kepada yang terpilih

Semangat dalam PAS telah memberikan satu fenomena yang tidak ada dalam parti politik di Malaysia. PAS berani membuat satu perubahan demi menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang tidak dapat ditentang dengan mudah.

Sebelum ini kita lihat PAS lebih kepada ditadbir ulama. Selama 20 tahun ulama menjalankan tugas mereka untuk mengukuhkan parti dengan keupayaan yang mereka ada. Sekarang telah terbukti pengukuhan itu masih belum mendapat tahap yang diharapkan.

PAS tidak sepatutnya menjadi parti yang terkebelakang dalam politik di Malaysia. Walau ulama yang mentadbir parti namun kekuatan yang diharapkan masih tidak mencapai.

Kini perwakilan menyerahkan kepada profesional untuk mentadbir parti sebagai peluang untuk menunjukan bukti bahawa mereka juga berkemampuan untuk membawa parti ketahap yang diharapkan.

Ini adalah peluang yang diberikan, jika gagal atau prestasi yang ditunjukkan masih ditahap lama tidak mustahil pemilihan depan perwakilan akan menarik balik peluang yang diberikan.

Kita lihat dengan sepenggal percubaan yang diberikan ini ketahap mana akan dibawa oleh profesional ini. Harapan ahli parti akan melihat satu gelombang yang akan dibanggakan dapat dirasai oleh ahli PAS.

Ulama dalam parti usah merasa tergugat dengan perubahan ini kerana semua yang bertanding itu layak membawa PAS maju kedepan dan mereka ini juga berkebolehan sepertimana telah terbukti oleh prestasi mereka.

Kita perhatikan tindakan mereka untuk sepenggal. Jika gagal sudah pastinya perwakilan akan menarik balik peluang yang diberi ini.

No comments:

Post a Comment