Wednesday, June 8, 2011

Rancangan asal Umno musnah

Ramai pemerhati yang melihat kegelisahan Umno dalam perkembangan Pas sekarang. Banyak pendapat yang dikeluarkan bahawa Umno kini dalam keadaan yag tidak berapa baik kerana Pas kini dilihat semakin kuat dan sukar diramal.

Saya melihat Pas sekarang dipimpin oleh kepimpinan yang tidak dijangka akan menang terutama oleh Umno. Umno memang menjangkakan Ustaz Nasa masih memegang jawatan Tim Presiden. Dalam perancangan asal Umno tawaran perpaduanyang diwar warkan akan menjadi kenyataan. Perancangan yang didudun telah hancur dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden baru. Nampaknya Umno terpaksa menyusun strategi baru untuk menentang Mat Sabu dan kumpulan baru yang memimpin Pas.

Perancangan yang Umno rancang selama ini terpaksa dirombak semula dan terpaksa dikaji semula untuk menentang Pas. Cucukan jarum yang dimainkan sebelum dan semasa perhimpunan Pas baru baru ini tidak menjadi. Jarum yang digunakan tidak mampu menyucuk perwakilan Pas untuk terus mempertahankan kepimpinan yang diranang memegang tompok pentadbiran Pas.

Umno telah lama memainkan peranan ini melemahkan peranan Pas dalam pakatan sebagai parti yang paling lemah alam menjuangkan kebangkitan pakatan. Pas kelihatan tidak bermaya dalam perjuangan mereka sebelum ini. Kalau dilihat dalam PRK di Sarawak kelihatan Pas tidak sepatutnya kalah disemua kawasan yang dipertandingkan. Ini melihatkan Pas waktu tu sangat lemah. Banyak perkara yang diperkatakan dengan nada yang tiak puas hatii kepeutusan yang diperolehi.

Keadaan yang dialami Pas inimenjadi kemenangan kepada Umno kerana berjaya melemahkan Pas dari dalam. Kepimpinan yang lemah ini akan berterusan sehingga PRU 13 yang akan datang jika dilihat kepada perancangan pemilihan kepimpinan Pas baru baru ini. Umno menjangkakan Pas akan terus berada dalam keadaan lemah sepertimana sekarang dan akan terumbang ambing pilihanraya akan datang..

Malang seribu kali malang kerana perancangan yang ibuat tidak menjadi. Pas semakin kuat kerana ditadbir oleh muka baru yang dikenali dengan kekentalan dalam menentang serangan dari Umno. Sebab itulah Umno melalui media mengutuk kemenangan mat Sabu kerana Mat Sabu akan memusnahkan perancangan yang diatur sekian lama. Mat Sabu akan melenyapkan kekuatan Umno. Umno dalam keadaan kelam kabut kerana perancangan yang terpaksa diubah semula dan terpaksa dimulakan dari awal.

Umno tahu Mat Sabu adalah individu yang sukar ditentang. Umno terpaksa memerah otak untuk merancang strategi mencari kelemahan Mat Sabu. Tidak mustahil Mat Sabu akan ditentang menggunakan tektik seperti dilakukan kepada DS Anuar. Kita akan lihat nanati peranan Umno yang dalam keadaan terdesak dan kerisauan melampau.

Komen komen yang dilahirkan oleh pendukung Umno menunjukan mereka sekarang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh perwakilan. Jelasnya perwakilan sekarang tidak mudah dijangka. Umno telah melakukan kesilapan dengan menjangkakan perwakilan akan melakukan kesilapan yang sama seperti pemilihan yang lepas. Sifat tidak dapat dijangka ini akan merosakkan perancangan Umno nanati.

Saya mengajak pendukung Pas semua melihat perkembangan dalam Umno dan lihat sekali kelibat mereka bila memberi kenyataan kerana mereka sekarang bergerak bukan mengikut perancangan yang dibuat. Mereka masih tidak ada perancangan baru lagi. Kita akan dapat lihat kesasulan mereka dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment