Tuesday, June 14, 2011

Bendung khabar yang salah 2

Ada satu pihak yang mahu memberi altenatif mengatasi masalah yang sedang dialami rakyat ini dibangkang dengan alasan bahawa pihak ini dengki dan bertujuan menghuru harakan negara. Bermacam cara penafian mereka sehingga rakyat keliru dengan keikhlasan pihak yang ingin membantu.

Rakyat tahu bahawa di Malaysia mempunyai kerajaan altenatif yang mampu memberi imbangan kepada kesukaran rakyat alami sekarang. Apa yang dialami sekarang adalah kerajaan altenatif ini dinafikan dengan pelbagai kaedah sehingga satu tindakan yang tidak munasabah dilakukan demi untuk mengaburi mata rakyat.

Perkembangan ini dapat dilihat dengan timbulnya bermacam berita dan tindakan dikira tidak munasabah telah digunakan untuk memberi gambaran bahawa kerajaan altenatif tidak layak memerentah negara. Tindakan in akan ditentang dengan kebijaksanaan agar rakyat sedar bahawa tindakan pihak ini satu tindakan yang terdesak untuk mengekalkan pemerentahan negara ini.

Bagi rakyat yang kurang sedar dengan perkembangan ini tentu membayangkan bahawa kerajaan altenatif ini bertindak sebagai pihak yang akan menggagalkan usaha kerajaan sekarang untuk membantu rakyat dan memberi kemajuan kepada rakyat.

Malang sekali disebalik tindakan ini dalam masa yang sama mengaut keuntungan peribadi dan sesama mereka bagi menjamin kehidupan mereka tidak terganggu. Pembangunan yang mereka buat ini bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk poket mereka sendiri.

Bersamalah bagi rakyat yang faham dengan situasi ini agar memberi penjelasan dengan baik kepada kawan kawan yang masih menganggap kerajaan sekarang masih releven. Fokus kita adalah kawasan luar bandar yang masih ketinggalan perkembangan berita sebenar. Kesedaran mereka terhad dan perlu diberi perkhabaran yang jelas.

No comments:

Post a Comment