Perkar yang cukup menghairankan saya kenapa kerajaan tidak mahu berubah dengan mengakui kesilapan yang dilakukan selama ini. Dengan bukti yang dipaparkan berjela masih lagi tidak mahu mengakui kesilapan diri.
Kenapa sebegitu keras hati untuk mengakui diri lemah dan tersilap dalam mentadbir kerajaan. Masih hendak mengatakan mereka betul dan orang lain salah malah mengancam keselamatan negara.
Lebih parah lagi dengan sokongan polis menyukarkan lagi rakyat berurusan dengan kerajaan. Polis seolah menyekat rakyat dari memberi teguran kepada kerajaan dalam mengubah dan membaiki pemerentahan agar menjadi lebih baik.
Mengapa urusan rakyat polis masuk campur seolah rakyat berniat mencederakan pemimpin kerajaan sekarang. Gambaran yang diberi seolah rakyat yang hendak menegur kerajaan adalah pengkhianat negara.
Untuk menghalalkan tidakan polis menghalang urusan rakyat menggambarkan kepada seluruh Malaysia bahawa golongan ini adalah golongan yang hendak mengkucar kacirkan negara. Golongan ini bertujuan mengembalikan suasana huru hara seperti berlaku tahun 1969 dulu.
Saya tidak faham sepatutnya polis hanya menjaga keamanan dengan memberi ruang sepatutnya dengan kawalan dari rakyat bertindak melampau. Mengapa polis masih berfikiran seperti tahun 1969 dulu sedangkan Malaysia sekarang ini sudah lama merdeka dan jalinan kaum dinegara ini amat baik.
Gambaran seolah akan berlaku huru hara tidak dapat diterima. Polis seolah masih ditakuk lama pemikiran. Mereka masih merasakan berada dalam era 60an. Polis masih mengambil kira peristiwa tahun 1969 masih berkemungkinan akan berlaku jika perhimpunan dibenarkan.
Adakah polis tidak mendapat maklumat tentang hubungan kaum diMalaysia ini telah pulih sejak lama dulu. Hanya kerajaan sekarang sahaja samada tidak ada maklumat atau menyembunyika maklumat untuk kepentingan tertentu.
Amat jelas sekali polis merancang untuk tidak memberitahu kepada umum bahawa perhimpunan ini tidak mendatangkan huru hara seperti digambarkan. Tindakan polis ini seolah tidak merestui perhimpunan aman yang dirancang bagi membaiki pertadbiran negara.
Tidak ada sebab jika rakyat menyatakan ingin berhimpun secara aman bagi memberitahu kerajaan bahawa mereka melakukan kesilapan dan menuntut pembetulan dilakukan segera. Apa masalah dengan polis tidak membenarkan rakyat berurusan dengan kerajaan. Kerajaan yang dilantik itu adalah amanat rakyat agar berlaku amanah dalam mentadbir negara.
Polis sepatutnya berlaku profesional dalam menjaga keselamatan rakyat agar rakyat bebas berurusan. Pihak polis sepatutnya menjadi pendinding kepada anasir yang cuba merosakkan ketenteraman negara. Kalau rakyat ingin berhimpun untuk seketika polis sebaiknya memberi laluan dan mengawal keselamatan agar tidak berlaku kemalangan semasa perhimpunan berlansung.
Itu sebenarnya harapan rakyat yang bergantung harap kepada polis. Apa yang berlaku sekarang seolah rakyat tidak ada tempat bergantung keselamatan sebenarnya dengan tindakan polis seolah tidak menyokong rakyat berurusan dengan kerajaan.
Polis juga sedar bahawa perhimpunan terpaksa dilakukan kerana kerajaan tidak membantu rakyat berbincang dengan rakyat dengan urusan yang pincang. Rakyat tidak puas hati dengan layanan kerajaan atas isu yang ditimbulkan.
Rakyat terpaksa melakukan perhimpunan bagi mendesak kerajaan mendengar dan datang berunding dengan rakyat bagi menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.
Bukan sahaja kerajaan tidak mengambil peduli dengan tuntutan rakyat ini malah polis pula menyokong menyukarkan lagi tugs rakyat.
Nampak sangat polis tidak mampu berdiri dengan identiti sendiri. Polis banyak bergantung kepada keputusan dari seorang menteri. Kelihatan menteri yang menjaga PDRM ini sebagai Ketua Eksekutif Polis Negara. Arahan mutlak datangnya dari menteri atau ketua eksekutif ini. Kalau ketua eksekutif memberi arahan tangkap maka polis akan tangkap walau bersalahan dengan etika kepolisan.
Malang sungguh nasib polis negara kita tidak ada kekuatan sendiri. Nama saja ketua polis negara tapi menerima arahan dari orang yang tidak arif dengan hukum polis.
Perubahan diperlukan segera agar maruah polis dapat dipulihkan demi kemakmuran negara. Rakyat dituntut agar lebih prihatin dengan kebebasan untuk bertindak sebagai rakyat Malaysia. Jangan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.
No comments:
Post a Comment