Thursday, July 14, 2011

PR berjaya menyatukan rakyat Malaysia

Melihat perkembangan yang berlaku setelah seminggu perhimpunan Bersih berlalu menarik perhatian saya untuk mmeberi sedikit komen yang dirasa perlu untuk dikongsi bersama.

Kita tidak dapat lihat dan dengar ada rakyat yang tampil memberitahu bahawa perhimpunan yang berlansung adalah satu kesilapan. Kita hanya mendengar dari rakyat bahawa perhimpunan telah dikasari oleh pihak polis dan rasa tidak puas hati dengan layanan polis.

Tidak ada rakyat yang dipimpin oleh NGO atau orang politik yang berjaya memberi tahu rakyat Malaysia bahawa perhimpunan yang berlaku sabtu lalu adalah kesilapan dan menderhaka kepada pemerentah.

Apa yang kita dapat dengar dari mulut beberapa orang memberitahu dalam akhbar dan blog menyatakan pendapat masing masing. Kenapa tidak berada dijalanan atau memenuhi satu tempat menyuarakan kepada rakyat Malaysia bahwa ada golongan yang menentang perhimpunan itu.

Perkasa hanya melaung sebelum perhimpunan berlansung. Itupun hanya laungan kosong sepeerti anjing menyalak bukit. Selepas perhimpunan batang hidung pun tak nampak. Nampak rakyat cuba diperbodohkan oleh Perkasa.

Kelihatan tidak ada pejuang yang memihak kerajaan yang tampil mengegarkan negara memberitahu rakyat apa yang berlaku adalah salah. Mereka ini seolah hanya meraung sebelum perhimpunan berlansung. Apa tujuan mereka tidak dapat dipastikan. Kelihatan mereka ini hanya menumpang glamur pemimpin Bersih dan pemimpin politik PR.

Oleh kerana kelihatan pemimpin Bersih dan PR lebih menonjol dalam arena politik tanah air mereka mengambil bahagian untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga mampu melakukan perkara hebat dengan menentang perjuangan pemimpin Bersih dan PR.

Satu tindakan yang dikira bodoh tapi oleh kerana mereka ini memepunyai kewangan yang banyak dan mampu mengupah untuk menyokong mereka maka kelihatan mereka disokong oleh sebilangan masyarakat. Mereka juga dapat mempengaruhi rakyat bahawa perjuangan Bersih dan PR adalah pengkhianat negara.

Dimana mereka ini selepas perhimpunan berjaya dilakukan dalam suasana penuh petriotik. Kemampuan rakyat malaysia kini berjaya berada dalam satu kelumpuk menjuang satu matlamat tampa mengira bangsa.

Slogan yang dianjur oleh kerajaan telah berjaya diamalkan dibawah kelumpuk Pakatan Rakyat. Menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia telah bersatu hati dalam menjuangkan tanah air dari dihancurkan oleh anasir yang pentingkan diri dari kemakmuran rakyat.

Apa yanag dilakukan oleh BN adalah membahagikan perjuangan membangunkan negara melalui perjuangan bangsa seperti ditentang oleh PAS. BN membahagikan bangsa dalam Malaysia mengikut parti. Parti MCA mewakili bangsa cina dan parti MIC mewakili bangsa india selain Umno mewakili bangsa melayu.

Namun itu amat berbeza denga PR yang mana dalam satu parti mampu diduduki oleh tiga bangsa sama perjuangkan Malaysia dibawah satu parti. Keadialan didokongi oleh tiga bangsa begitu juga DAP didokongi oleh tiga bangsa juga. Hanya Pas sahaja yang tidak mempunyai tiga bangsa kerana Pas parti berteraskan agama dan masih dalam pertimbangan menerima ahli dari bangsa lain yang beragama Islam serta bangsa lain yang menyokong perjuangan Pas.

Lihatlah perbezaan perjuangan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat lebih menunjukkan bahawa parti di Malaysia kini sedang berubah. Rakyat Malaysia mampu berada dalam satu kelompok dengan dihadiri dari pelbagai bangsa. Rakyat Malaysia kini telah selesa berjuang tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Rakyat Malaysia sekarang yang didokong oleh PR telah berubah menjadikan Malaysia sebagai hak rakyat semuanya bukan hak satu kaum sahaja.

Namun begitu rakyat Malaysia masih faham dengan ketuanan melayu dan hak hak diraja. Perlembagaan tidak akan berubah. Apa yang penting sekarang kemajuan negara kita bukan hanya diusahakan oleh satu bangsa sahaja kerana kita menduduki tanah air ini bersama. Kita membesar bersama dan mengalami pahit getir juga bersama.

Cina dan india juga berhak untuk memberi sumbangan kepada Malaysia kerana mereka juga rakyat negara ini. Mereka juga berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Mereka mampu berjuang bersama melayu kerena mereka faham bahawa perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia adalah tugas bersama walau terbatas dengan perlembagaan.

Semangat cina dan india tidak boleh ditidakkan kerena mereka juga telah sedar bahawa mereka terpanggil untuk memastikan negara selamat dari ketidakadilan.

No comments:

Post a Comment