Thursday, July 21, 2011

Rakyat perlu mengubah polis sebelum terlambat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh KPN tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa polis memberi pandangan serius kepad pendedahan rakyat mengeneai keganasan polis berdepan dengan rakyat yang berdemo baru baru ini.

Telah banyak bukti telah ditampilkan oleh rakyat masih lagi KPN berirama songsang. Banyak klip video dapat dilihat jika kita buka You Tube. KPN bercakap seolah tidak ada bahan rujukan untuk beliau memberi kenyataan.

Secara peribadinya saya berpendapat KPN sekarang kurang integriti dalam mengetuai barisan polis di Malaysia. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak memberi keyakinan kepada rakyat untuk mempercayai bahawa polis sebagai pelindung rakyat.

Seperti dinyatakan dalam kenyataan KPN bahawa klip video yang disiarkan adalah tidak menggambarkan perkara sebenar kajadian pada 9 Sptember. Dengan kata lainnya bahawa klip video yang terdapat dalam You Tube adalah tipu dan telah diubah suai.

Nampaknya penyakit mengubahsuai klip video telah menular dalam PDRM. Polis tidak percaya kepada rakaman yang dibuat rakyat kerana menuduh rakyat mengubah suai rakaman agar dilihat polis sebagai bertindak ganas.

Masih membela polis tindakan polis tidak menyalahi etika dan undang undang. Semua bukti yang diambil dan dimuatkan dalam You Tube adalah tidak benar dan direka. Saya tidak faham siapakah yang memberi nasihat kepada KPN ini. Nampak sangat dia ni tidak berhati hati dalam kenyataan yang diberi.

Samada KPN telah dicucuk hidung oleh tangan ketiga atau KPN sekarang tidak pandai berdepan dengan situasi. Rakyat melihat dengan perasaan tidak selesa jika KPN masih bertahan dengan kenyataan beliau bahawa klip video yang diambil oleh rakyat tidak boleh dijadikan bukti keganasan polis.

Betapa jelasnya rakaman yang boleh dilihat masih diiktiraf sebagai tidak mampu dijadikan bukti. Saya merasa hairan semenjak akhir akhir ini polis telah bertindak tidak wajar malah semakin teruk hingga sanggup berdepan dengan rakyat sebagai musuh.

Perhatian rakyat terhadap polis sekarang amat rendah kepercayaannya. Polis tidak lagi mampu menjaga keharmonian negara malah menjadi dalang kepada keganasan yang dicipta. Semakin banyak kenyataan yang tidak munasabah dikeluarkan oleh KPN akan memeberi satu situasi lebih buruk kerana rakyat tidak percaya kepada polis walau terpaksa membuat laporan kejadian jenayah kepada polis juga.

Rakyat tidak lagi berharap polis dapat memberi perlindungan kepda rakyat kerana polis sekarang telah dijajah tindakan mereka. Polis sekarang tidak lagi profesional dalam menegakkan keamanan negara.

Perkara ini perlu menjadi keutamaan kepada rakyat dalam menentukan kesejahteraan negara. Rakyat perlu mengambil tindakan kepada polis dengan tidak lagi meletak polis dibawah pemerentahan BN. Jika ini berterusan akan berlaku ketidak adilan dalam menjalankan tugas mereka sebagai pelindung rakyat.

No comments:

Post a Comment