Nampaknya ini kali yang ke tiga Najib datang ke Kelantan disambut dengan dengan masalah cuaca.
Saya pun hairan kenapa Najib tidak boleh datang ke Kelantan dalam keadaan cuaca yang baik dan majlis yang sempurna.
Tidak dapat dipastikan hujan akan berhenti bila. Sama samalah kita tunggu.
Saya difahamkan kakitangan kerajaan yang dikerah telah basah kuyup menunggu kehadiran Najib. Mereka semakin tidak bersemangat menanti ketibaan Najib.
Ada juga dikhabarkan telah meninggalkan majlis tanpa disedari. mereka tidak mahu lagi berhujan semata mata menunggu orang yang mereka tidak berapa gembira untuk disambut.
No comments:
Post a Comment