Sudah menjadi kebiasaan kepada program UMno tidak cukup hadirin yang akan hadir. Untuk memastikan kehadiran yang ramai dikerah semua jabatan kerajaan untuk menghantar pegawai bagi meramaikan majlis yang berlansung.
Semua rakyat tahu kalau Umno tidak mengerah kehadiran maka program yang dianjurkan tidak akan berjaya kerana tidak ramai yang akan datang dalam program yang dianjurkan Umno.
Rakyat sedar tidak ada apa yang mustahak denga program anjuran Umno. Program mereka adalah untuk mensedapkan hati menteri yang hadir nanti.
Kalau menteri dapat lihat ramai hadirin yang ada maka nama penganjur akan dinilai sebagai berjaya menampilkan sokongan kepada Umno.
Menteri akan gembira kerana kehadirannya sisambut dengan hadirin yang ramai. Dinilai sebagai penyokong parti semakin mendapat perhatian rakyt. Hakikat sebenar kehadiran rakyat adalah paksaan dan ugutan.
Dalam hati rakyat menyumpah kerana tidak rela menghadiri program yang mereka tidak minat. kalau program itu berlansung ditengah panas atau hari hujan lagilah rakyat merasa cemuh.
Sekian lama Umno melakukan kerja kerja begini masih tidak faham lagi dengan kehendak rakyat. Tidak memberi kebebasan kepada rakyat akan memebuat rakyat meluat dengan kerenah Umno ini.
Tidak cukup dengan pegawai kerajaan yang dipaksa menghadiri menyambut menteri dikerah juga pelajar sekolah bagi meramaikan kehadiran bagi menampakkan sokongan kehadiran menteri tadi.
Oleh kerana sifat mereka yang tidak mahu menerima rakyat tidak suka dengan paksaan akan membuat mereka dibenci dalam diam. Rakyat akan menterjemahkan kebencian mereka dalam pilihanraya nanti.
Saya merasa hairan dengan sikap pemimpin Umno tidak mahu merubah dengan sikap rakyat tidak suka dipaksa hadir. Peimpin Umno sepatutnya cuba barubah dengan memberi kepercayaan kepda rakyat untuk memilih pemimpin mana yang akan disambut dengan perasaan ikhlas.
Walaupun rakyat diminta menghargai pemimpin negara tetapi pemimpin Umno mintalah dengan perasaan menghormati rakyat. Rakyat memberi kuasa bukan untuk dipergunakan sewenang wenangnya. Rakyat perlu dihormati dan dilayani dengan seadilnya.
Sikap pemimpin jika rakyat tidak suka akan memberi masalah kepada pemimpin itu sediri.
Kita dapat lihat jika kedatangan pemimpin Umno tidak dikerh akan dapat kita lihat berapa kerat sahaja rakyat yang akan datang menyampun pemimpin. Ini yang hendak dielakkan oleh pemimpin Umno.
Sikap ini masih tidak berubah sejak dari dulu. Sikap ini akan berterusan jika tidak ada perubahan.
No comments:
Post a Comment