Saturday, September 10, 2011

Membongkar fakta sejarah perjuangan kemerdekaan

Semenjak saya mengikuti perkembangan sejarah tanah air, banyak sejarah yang saya tidak tahu timbul dalam arena penulisan. Saya tidak sangka bahawa masih banyak lagi sejara kemerdekaan negara tidak diberitahu kepada rakyat  secara fakta.

Lebih mengejutkan saya peranan parti komunis yang digambarkan sebagai pengkianat negara telah memebuatkan saya ingin menilai semula kerana fakta yang didalam sejarah telah diragui. Ini bukan bermakna saya tertarik dengan perjuang komunis, tetapi fakta yang diberikan tidak lagi dapat dipegang kerana terdapat fakta lain yang mampu bersaing dan dapat membatalkan fakta dulu.

Perjuangan menuntut kemerdekaan mempunyai banyak lagi cerita cerita yang tidak dipaparkan dalam pengetahuan rakyat Malaysia. Malang sungguh rakyat Malaysia dinafikan hak mereka untuk mendapatkan cerita dengan fakta sebenar tentang sejarah menuntut kemerdekaan.

Selama ini komunis disejarahkan sebagai petualang yang ingin menghancurkan Tanah Melayu waktu itu kini tidak lagi kelihatan begitu kerana ada fakta lain yang tidak dinyatakan sebagai sebahagian dari sejarah. Tidak diketahui kenapa penglibatan komunis dalam perjuang kemerdekaan dilebelkan sebagai petualang negara.

Saya amat berharap mendapat fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara kerana ini adalah maruah negara kerana dianggap pejuang yang gugur tidak dipaparkan sebagai pejuang menuntut kemerdekaan. Keinginan saya untuk tahu apakah berita sebenar tentang peranan komunis dalam sejarah kemerdekaan.

Jika benar komunis adalah parti yang mengganggu kemerdekaan dengan fakta fakta yang dapat diterima ianya patut disejarahkan begitu. Namun ia sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan.

Saya yakin masih banyak lagi sejarah yang terpendam masih belum dibongkar. Perlunya ahli sejarah menggali kembali sejarah kemerdekaan negara agar dapat ditatapi oleh anak negara akan datang. Saya yakin pembongkaran sejarah ini akan mengubah sejarah tanah air kepada satu demensi baru dalam pemahaman kemerdekaan.

Akan timbul ramai watak watak baru pejuang kemerdekaan dalam demensi yang berbeza. Pemahaman erti kemerdekaan akan juga berubah kerana bentuk kemerdekaan sebenar akan diketahui.

Melihat kepada perkembangan penghuraian kisah perjuangan menuntut kemerdekaan dapat dilihat bagaimana corak sebenar menuntut kemerdekaan berlaku waktu itu. Bukan sekadar mereka yang telah dipaparkan dalam buku sejarah malah mereka yang tertinggal dalam penafsiran perjuangan juga akan dapat dibawa keluar dari penyembunyian sejarah.

Kalau sekarang kita membaca sejarah mengatakan sesaorang itu adalah petualang mungkin pembongkaran fakta baru dapat membersihkan nama mereka dan ditafsirkan sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan.

Terpesongnya fakta sejarah


Mengikuti perkembangan pejuang kemerdekaan yang diperdebatkan sekarang membuatkan saya tertarik untuk sama memberi pendapat. Sebagai seorang sebelum ini digelar anak merdeka rasa terkejut dengan perkembangan baru tanahair.
Sekian lama saya hidup di Malaysia ini baru saya tahu bahawa sejarah Tanah Melayu tidak seperti yang saya pelajari di sekolah. Saya juga tersedar bahawa dalam pensejarahan Tanah Melayu waktu itu hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang dikedepankan sebagai pejuang kemerdekaan.
Selama ini saya mengakui bahawa UMNO sebagai satu parti pejuang kemerdekaan yang berjaya memaksa British melepaskan pegangan mereka keatas Tanah Melayu. Saya menggagumi kecerdikan pejuang dari parti UMNO yang mampu membawa Tanah Melayu kepada Malaysia yang merdeka.
Terbaca juga saya pejuang kemerdekaan lain tetapi tidak banyak yang dipaaprkan dalam cacatan sejarah di sekolah. Sehingga kini saya masih berpegang dengan fahaman bahawa hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang betul betul bertindak memerdekakan Malaysia.
Sehinggalah perdebatan ini hebat di perkatakan dalam blog yang saya ikuti memberitahu dan mengkhabarkan semula bahawa Malaysia masih banyak lagi pejuang kemerdekaan yang tidak ditampilkan dalam buku sejarah sekolah.
Bayangkan tiga puluh tahun saya tinggalkan sekolah dan masih beranggapan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah layak diberi kepada mereka yang kebanyakannya berada dalam parti UMNO.
Akhir akhir ini saja saya mulai sedar bahawa masih ramai lagi malah dikhabarkan beratus lagi pejuang kemerdekaan yang disembunyikan oleh penulis sejarah Malaysia. Malang sungguh saya sebagai anak Malaysia tidak tahu bahawa Malaysia ( Tanah Melayu ) mempunyai pejuang kemerdekaan yang amat ramai dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Diperkatakan juga pejuangan mereka yang tidak timbul dalam buku sejarah sekolah lebih tinggi semangat juang mereka dari mereka yang terpangpang  didada sejarah seperti diberi tahu.
Saya percaya lebih ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa negara kita mempunyai pejuang kemerdekaan tidak seperti yang kita tahu. Pejuang kemerdakaan yang tidak disejarahkan itu adalah pejuang sebenar dan lebih dahuli dari pejuang yang disejarahkan.
Saya yakin mereka yang mentadbir negara sekarang juga tidak sedar bahawa meraka juga diberi fakta yang salah oleh pemerentah dulu dalam penyiaran sejarah tanah air. Mereka berkeyakinan bahawa pejuang kemerdekaan adalah seperti beritahu dalam sejarah.
Saya bersyukur kerana perkara sebegini dapat dibongkar kerana terasa malu untuk barkata bahawa Malaysia merdeka kerana rundingan dengan pihak British. Ada cerita lain yang tidak dipaparkan dalam sejarah sebenar untuk diberitahu kepada rakyat sebagai panduan bahawa kemerdekaan sebenarnya adalah dari perjuangan menumpahkan darah.
Rundingan kemerdekaan itu bukan pokok sebenar Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai adalah desakan oleh pejuang yang berani menumpahkan darah demi tanah air tercinta.
Malang sekali pihak yang mengambil kesempatan atas huru hara yang berlaku tampil kedepan mengaku berjaya mencapai kemerdekaan. Kebenaran sejarah adalah salah dari apa yang diceritakan.
Saya berharap kebenaran sejarah dapat dibongkarkan lagi demi maruah anak bangsa yang cintakan negara. Janganlah sampai dipinggirkan pejuang sebenar dari titipan sejarah. Mereka juga ada hak untuk disanjung sebagai pejuang agung. Malah mereka lebih berani dan berhemah dari pejuang yang dipaparkan dalam buku sejarah sekarang.
Pensejarahan perlu di kaji semula agar anak negara yang akan datang tidak lagi di pesongkan fakta sejarah negara kita yang kita cintai.

Wednesday, August 3, 2011

Hak rakyat menentu kerajaan


Penipuan yang selama ini dilakukan oleh pihak kerajaan telah dapat dibongkar dan dikesan sebelum ianya menjadi lebih teruk seperti mana telah berlaku.


Selama ini kerajaan menipu rakyat dengan mudah dapat menyembunyikan kegiatan mereka tanpa ada pihak mengesan dan membuat perhatian.


Kerajaan masih melakukan penipuan ini kerana menyangka bahawa rakyat masih seperti dulu dapat disembunyikan penipuan. Rakyat masih tidak menghiraukan apa yang dilakukan kerajaan tidak perlu disiasat dan dinilai keberkesanannya kepada rakyat.


Sangkaan kerajaan telah meleset bahawa sekarang rakyat telah membuka mata perbuatan kerajaan telah menarik perhatian rakyat untuk mengetahui adakah ianya memberi kebaikan atau sebaliknya.


Rakyat sekarang tidak lagi mahu melepaskan kepada kerajaan melakukan sewenangnya memerentah negara tanpa rakyat peduli.


Rakyat sekarang telah tahu bahawa selama ini kerajaan telah mempermainkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Rakyat telah melihat banyak kepincangan yang telah dilakukan kerajaan memberi banyak kerugian kepada rakyat.


Apa yang menarik disini kerajaan seolah tidak menjangka lansung rakyat akan menyemak kerja kerja yang dilakukan samada memberi manfaat kepad rakyat atau tidak. Sehingga rakyat memberontak pertikai kerja kerja kerajaan lakukan selama ini memberi kerugian kepada rakyat Malaysia.


Jika rakyat tidak membongkar kegiaan kerajaan menjarah hasil bumi Malaysia kerja sebegini akan diteruskan sampai Malaysia bangkrap. Kelihatan sekarang Malaysia menuju kearah itu jika tidak dibaiki secepat mungkin.


Kerajaan sekarang sepatutnya digugurkan kerana telah menjadikan Malaysia semakin tenat. Kehidupan rakyat Malaysia telah diabaikan oleh golongan pemerentah dengan mengumpul hasil kekayaan bumi ini dengan memasukkan kekantung sendiri. Penat lelah rakyat Malaysia mencari kekayaan untuk negara diragut oleh golongan ini untuk kepentingan sediri dan golongan mereka.


Keperitan rakyat dirasai bila melihat mereka ini menggunakan kekayaan bumi tanpa merasa sesal dengan perbuatan mereka. Rakyat dibawah ini terpaksa merasa kesukaran menjalani kehidupan demi menjaga Malaysia dari berada dalam sukar.


Setiap kali kerajaan tidak mampu mengatasi kenaikan harga barang rakyatlah yang akan menanggung beban dengan kenaikan harga barang. Kemewahan rakyat diabaikan oleh kerajaan yang hanya pandai meletakkan kepada rakyat jika gagal mengatasi kenaikan harga global.


Sepatutnya kerajaan berusaha dengan sebai mungkin untuk menjamin rakyat dari tidak menanggung beban ini dan menjalani kehidupan harmoni. Kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana untuk melindungi rakyat dari beban kehidupan.


Apakah rakyat tidak gembira dengan usaha kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa memikirkan keuntungan peribadi. Rakyat tahu bukan senang menjaga negara zaman kemajuan ini, tapi rakyat juga tahu jika ada penyelewengan berlaku dengan mengabaikan kebajikan rakyat.


Rakyat tidak harus disembunyikan dari urusan urusan yang dilakukan kerana rakyat berhak untuk tahu. Rakyat adalah ketua kepada kerajaan yang memerentah negara. Jangan sampai rakyat memecat kerajaan dengan prestai semakin buruk sekarang.


Memang sepatutnya kerajaan sekarang rakyat patut pecat dengan menggantikan kerajaan baru. Rakyat semakin tahu bahawa kerajaan sama akan membawa maslah kepada rakyat kerana bila terlalu lama memerentah akan berlaku perkatra yang tidak jujur.


Harap rakyat sedar hak mereka menentukan kerajaan yang terbaik untuk diberi amanah menjaga negara dan kepentingan rakyat malaysia.