Wednesday, September 14, 2011

UMNO bukan satu satunya

Kalau kita baca perkhabaran sejarah yang tidak pernah kita duga bahawa sejarah yang kita baca selama ini masih ada lagi yang tidak dimasukkan sebagai bahan sejarah.

Bagaiman dengan sejarah selama ini kita anggap sebagai sejarah sebenar negara. Tentu kita terkejut dengan sejarah yang dihidang oleh kerajaan sejak dulu lagi. Paling terkejut adalah penyokong kerajaan yang mati mati mengatakan parti mereka adalah pejuang mutlak kemerdekaan.

Sedikit pengetahuan yang saya dapat telah memberikan gambaran bahawa penyokong parti kerajaan dalam ketakutan kerana perjuangan pemimpin parti mereka akan beralih posisi. Dulu posisi pemimpin mereka berada didepan kerana hanya pemimpin mereka sahaja yang tertonjol sebagai pejuang kemerdekaan.

Lebih banyak sejarah dibongkar akan dapat dilihat bahawa perjuangan pemimpin UMNO buka hanya hero kemerdekaan. Masih ada ramai lagi yang seiringan dengan pemimpin UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan. Kesan perjuangan mereka dapat dilihat dalam lipatan sejarah jika sejarah sebenar dibentangkan.

Pensejarahan semula inilah yang membimbangkan pemimpin UMNO kerana mereka tidak lagi hanya satu satunya pejuang kemerdekaan. Penterjemahan dalam perjuangan kemerdekaan telah berubah dan ianya menjadi perkongsian perjuangan. Bukan hanya UMNO sahaja yang berjaya mendesak British memberi kemerdekaan kepada Malaysia malah kemerdekaan itu adalah hasil dari desakan pejuang bersama dengan pemimpin UMNO dan sebelum kemunculan UMNO.

Paling menarik sekali bahawa menuntut kemerdekaan telah bermula sebelum kemunculan UMNO lagi. Banyak parti parti yang muncul untuk menuntut kemerdekaan. Apa yang berlaku waktu itu sepatutnya dikaji semula. Ada sebab bagaimana UMNO berada didepan kelihatan sebagai parti yang berjaya menuntut kemerdekaan.

Pensejarahan semula akan memberi jawapan sebenar bahawa UMNO bukan satu satunya parti yang berjaya membawa Malaysia merdeka.

Percanggahan pamahaman sejarah

Perubahan angin sejarah Malaysia telah memberi banyak perlakuan yang tidak disedari bahwa mereka ini tidak dapat menerima kenyataan bahawa sejarah perlu diperbetulkan. Selama ini kita menggunakan perkhabaran sejarah yang ditulis tanpa disedari bahawa sejarah sebenarnya tidak sedemikian.

Penilaian semula sejarah ini perlu mendapat perhatian kerana banyak bukti yang telah ditemui. rakyat tidak sedar bahawa ada banyak lagi bahan sejarah yang tidak diketengahkan sebagai rujukan yang sepatutnya tidak ketinggalan.

Hak bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang berlaku dalam masa perjuangan menuntut kemerdekaan. Dari apa yang di ketahui selama ini kita sebagai rakyat terasa disembunyikan dengan niat fakta sejarah yang sepatutnya rakyat mengetahui walau fakta itu tidak mengembirakan.

Kecewa dan terkejut bahawa masih ada lagi sejarah yant tidak diketahui oleh rakyat Malaysia malah disembunyikan. Pengajian sejarah yang dipelajari selama ini masih tidak cukup. Tidak semua pejuang kemerdekaan dibentangkan dalam lapangan sejarah untuk di ketahui oleh rakyat.

Selama ini hanya sebahagia sahaja sejarah diketahui itupun banyak melibatkan parti UMNO. Rakyat Malaysia selama ini hanya dihidangkan dengan sejarah perjuangaan yang dijuang oleh pemimpin UMNO sahaja. Parti lain hanya sedikit sahaja bahan sejarah yang dibentangkan untuk dipelajari dan dibincang. 


Rakyat Malaysia hanya diberitahu perjuangan banyak dilakukan oleh pemimpin UMNO kerana hanya pemimpin UMNO sahaj yang terlibat dan lebih kelihatan memperolehi kemerdekaan terus dari British. Kisah sebenar disebalik kemerdekaan itu tidak ditonjolkan. Sebelum pemimpin UMNO mendapat kemerdekaan ramai rakyat yang berjuang mendapat kemerdekaan sehingga menumpahkan darah dan kehilangan.

Semua keperitan yang dihadapi tidak dimasukkan dalam paparan sejarah kerana ini mungkin akan mengurangkan kemasyuran pemimpin UMNO sebagai parti yang mampu membawa kemerdekaan kepada negara. Kisah benar yang berlaku masih lagi tidak dipaparkan dalam sejarah sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia menganggapkan bahawa apa yang yang dipaparkan dalam buku sejarah negara itulah sebenarnya kejadian yang berlaku.

Sehingga kehari ini sejarah ini masih digunakan dan rakyat Malaysia masih memahami sejarah ini. Sebilangan besar rakyat Malaysia dalam parti UMNO menganggap bahawa sejarah sebenar adalah seperti apa yang ditulis.

Jika sejarah ini disemak semula mereka ini tidak dapat menerima kerana telah menganggap sejarah ini adalah mutlak. Tidak ada sejarah lain selain apa yang ditulis. mereka menganggap bahawa penyemakan semula sejarah adalah pengkhianatan. Ini kerana jika pensejarahan semula dibuat akan menukar pejuang pemimpin UMNO dulu kepada pejuangan bersama dan bukan UMNO sahaja yang berjaya menuntut kemerdekaan Malaysia. Perkara ini perlu mereka elakkan.

Sikap tidak boleh terima ini membawa kepada pencanggahan dalam pemahaman sejarah. Malaysia akan dikenali sebagai negara yang masih tidak tepat dengan sejarah negara.

Monday, September 12, 2011

Heboh dulu baru nafi

Saya menulis disini kerana ingin menzahirkan kehairanan dengan cukai penggunaan talian pra bayar dikenakan sebanyak 6%. Ramai tidak senang dengan keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersebut.

Perkara ini seperti dilaporkan adalah keputusan yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan ini. Seperti difahamkan bahwa rakyat Malaysia akan dikenakan cukai tersebut untuk penggunaan talian telefon.

Menghairankan saya adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat telekomnikasi adalah seolah telah dipersetujui oleh kerajaan kerana keputusan yang dibuat sepatutnya mendapat riaksi dari kerajaan dulu sebelum menghebahkan kepada pelanggan.

Kenapa pemakluman dibuat dahulu dan setelah mendapat bantahan pelbagai lapisan rakyat barulah kerajaan buka mulut menafikan cukai yang dikenakan telah mendapat kelulusan dari kerajaan.

Kenapa kerajaan menunggu riaksi dari rakyat baru menyatakan pendirian tidak bersetuju cukai yang dikenakan itu. Pihak syarikat telekomunikasi perlu mendapat keputusan dari kebinet dahulu sebelum melaksanakan cukai tersebut.

Ini pernah berlaku kepada Astro dilaporkan membuat kenyataan menaikkan caj bil kepada harga baru. Rakyat bising dengan tekanan yang dibuat oleh pihak Astro. Setelah rakyat bising barulah kerajaan buka mulut menyatakan Astro tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan tanpa kelulusan kebinet.

Sekarang berlaku lagi dengan syarikat telekomunikasi membuat kenyataan mengenakan cukai 6 % keatas pelanggan. Rakyat kembali bising dan seperti dulu kerajaan pun buka mulut dengan modal yang sama menyatakan bahawa cukai itu tidak boleh dikenakan kepada pengguna kerana tidak mendapat kelulusan dari kerajaan.

Seperti ada permainan tarik tali disini. Bagaimana jika rakyat tidak bising mungkin cukai ini akan terus dikenakan kepada pengguna tanpa kerajaan bising dengan mengenakan syarat bahawa perlu kepada kelulusan kabinet.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Tunggu rakyat bising dulu baru nak melarang syarikat bertindak. Apakah syarikat tidak tahu peraturan bahawa mereka perlu merujuk kepada kabinet dulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenakan cukai tersebut. Apakah kerajaan tidak akan bertindak kepada syarikat telekominikasi jika rakyat tidak buat bising dan meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Nampak seperti kerajaan tidak peka dengan situasi rakyat dan perkara perkar yang akan berlaku. Menunggu rakyat bertindak baru kerajaan menunjukkan muka berlagak seolah kerajaan prihatin.

Saya tidak mahu menuduh tapi kelihatan kerajaan seolah bersekongkol dengan syarikat telekomunikasi menghebahkan pengenaan cukai tersebut dulu kepada rakyat dan lihat bagaimana reaksi rakyat. Jika rakyat tidak bising bolehlah diteruskan dengan cukai tersebut tapi jika rakyat bising kerajaan terpaksa bertindak menafikan bahawa kerajaan bersetuju penggunaan cukai tersebut kepada pelanggan.

Kerajaan akan bertidak kelihatan tegas bagi menutup mulut pengguna atau rakyat yang kecewa dengan kerajaan memebenarkan cukai tersebut digunakan.

Kita akan lihat syarikat mana lagi yang akan mengenakan tekanan kepada rakyat dan saya menjangkakan keadaan akan berlaku sama seperti sekarang.

Saya berharap ada ulasan lebih baik lagi dengan tinakan lambat kerajaan ini.