Tuesday, October 25, 2011

Ilmiah lawan undang ungang

Satu tindakan yang licik meredakan kegusaran rakyat dengan membebaskan Prof Aziz dari tindakan digantung. Dalam masa yang sama prof Aziz dilakukan sebagai suspek kepada tindakan beliau dalam kenyataan lepas. Prof Aziz masih dalam siasatan dan tidak mustahil akan dikenakan tindakan berat disebalik membenarkan beliau bertugas semula.

Tindakan membenarkan prof Aziz bertugas semula sengaja dibuat bagi mengelakkan serangan rakyat keatas kerajaan. Pandangan rakyat tidak senang sdengan tindakan yang diambil namun disebalik perlepasan ini masih ada lagi tindakan keras yang akan dikenakan kepada prof Aziz.

Nampak seperti prof Aziz tidak akan lepas dengan kenyataan beliau dan akan dikenakan juga tindakan undang undang bagi menyatakan bahawa kerajaan amat marah dengan apa yang dinyatakan oleh prof Aziz.

Tindakan dilakukan kepada prof Aziz akan dibuat dibelakang tabir bagi mengelak rakyat melakukan demostrasi secara besaran. Seperti apa yang berlaku sekarang mahasiswa sedang melakukan tindakan memprotes keputusan kerajaan menggantung tugan prof Aziz.

Protes ini akan berterusan menyebabkan DS najib tidak berani datang ke UIA takut dengan protess yang akan dilakukan malam nanti. Kelihatan kerajaan tidak berani dengan tindakan rakyat tapi tetap akan bertindak disebalik pengetahuan rakyat agar rakyat tidak mengganggu keputusan yang akan dibuat nanti.

Dengan apa yang dilihat sekarang ini rakyat mampu mengubah keputusan kerajaan kerana kelemahan yang ada pada kerajaan ditambah lagi kerajaan tidak bijak membuat keputusan dihadapan rakyat.

Saya percaya perkara ini akan berlanjutan sehingga prof Aziz akan dibebaskan kepada sebarang tuduhan sepertiman sepatutnya dilakukan kerajaan. Saya melihatnya protes ini akan berlanjutan sehingga ke musim pilihanraya nanti.

Amat malang jika rakyat tidak dapat menyelamatkan prof Aziz dari dikenakan tindakan diluar kewarasan. Amat malang juga bagi rakyat kerana akan berterusan penyekatan perkembangan ilmiah dari seorang rakyat  yang bijak bagi mendidik rakyat umum.

Kejadian ini perlu dijadikan pokok dalam membebaskan cerdik pandai dari dikongnong dari memeberi pendapat ilmiah mereka tanpa diganggu dengan tindakan yang tidak wajar.

Sunday, October 23, 2011

Peranan media menyokong penyebaran Islam

Terfikir juga saya yang jahil ini peranan mufti dalam sebuah negeri dalam soal hukum agama. Apa yang aku tahu umat Islam perlu dijaga dengan hukum agar tidak melakukan kesalahan dalam agama.

Kelihatan dalam negara sekarang banyak persoalan dalam hukum perlu kepada penjelasan dan peranan dari orang yang dibenarkan mengisytiharkan undang undang. Di sekelliling kita sekarang ini banyak perkara tidak bertepatan dengan undang undang Islam. Banyak perkara yang perlu dijawab kerana ramai antara kita tidak dapat menuruti dengan baik undang undang yang diwartakan.;

Ilmu yang kita dapat dengan mengajar dimasjid melalui kuliah tidak memberi satu pandangan secara umum dengan masalah dihadapi masyarakat sekarang. tidak ramai hadir mendengar pengajian Islam yang diajar di masjid.

Pengumuman melalui media lebih memberi kesan kerana sekarang masyara lebih menumpukan perhatian kepada pengumuman di media dari mendengar pengajian dimasjid. Walau kita lihat masjid ramai yang hadir tapi jika dikira dengan masyarakat yang ada pratusannya amat kecil.

Penyampaian maklumat amat kecil bilangan yang menerima melalui masjid jika dibandingkan dengan penyebaran melalui media.

Penyebaran pengajian Islam tidak dapat dibanggakan dan kesan amat sedikit seperti terdapat dalam siaran media sekarang. Masyarakat tidak ramai mendapat pengajaran melalui media malah media bukan sati saluran penyebaran permasalahan Islam yang dapat membantu masyarakat Islam memahami dan mendapat pengajaran mengenai permasalahan Islam.

Peranan media umum sekarang amat kecil dalam usaha dakwah. Siaran yang dibuat tidak memeberi satu kesan mendalam kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan syiar Islam. Walau pun siaran media tidak bergantung kepada penyiaran iklan namum kesungguhan dalam menyebar pengajaran Islam masih ditahap rendah.

Sebagai contoh dalam sejam kita menonton atau mendengar siaran media belum kita dihidangkan dengan pengajaran Islam. Tidak ada walau sepotong pedoman untuk masyarakat yang meonton semasa mereka menonton.

Kita tahu tidak ramai yang hadir kemasjid mendengar pengajian Islam jika di bandingkan dengan bilangan masyarakat sekeliling. Pratusannya amat sedikit. Jika dilihat penyampaian dibuat untuk memberi pedoman kepada masyarakat, penyampaiannya tidak mencapai pratusan yang tinggi. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menerima penyampaian itu.

Peranan media menggantikan peranan penyampaian ini kerana masyarakat lebih menumpukan kepada media untuk mendapat maklumat dari hadir ke masjid mendengan pengajian Islam.

Kita sedar ramai masyarakat kita kurang minat dalam mendlami pengajian Islam. Dengan penyebaran melalui media dibuat secara bersungguh sungguh akan memberi kesan kepada masyarakat walau sepotong nasiha setiap hari.

Saturday, October 22, 2011

Memandai mandai dalam hukum Islam

Kata kata Zulkifli Nordi ini adalah kerana nak memberitahu bahawa perbuatan Anuar dihalalkan oleh Pas. Zul tidak berfikir panjang kerara taksub dengan tuduhan yang hendak dilemparkan kepada Anuar. Dia ni tidak melihat permasalahan liwat dengan terperinci dalam perundangan hudud.

Perbuatan dia menyerlahkan kagi bahawa dia tidak pandai dalam hukum Islam malah bertindak seolah dia sebahagian dari perundangan itu. Perbautan beliau memalukan golongan peguam kerana bertindak tanpa perincian.

Dia ni banyak melakukan perkara yang tidak kelihatan bijak semenjak dikeluarkan dari parti PKR. Tambahan dia ni seorang yang tidak pandai menonjolkan diri dengan isu yang dapat memberi perhatian masyarakat. Perbautan beliau ini banyak memberi padangan bahawa sikap dia sebenarnya tidak cerdik dari kalangan sebagai seorang peguam.

Sikap dia sekarang kelihatan lebih ketara dengan kejahilan dalam ilmu Islam dengan kenyataan yang tidak berhati hati. Kenyataan yang dikeluarkan dapat dilihat bahaawa beliau terlalu kering idea untuk menjatuhkan air muka Anuar dengan isu yang dijangkanya besar.

Sikap tidak arif dalam hukum Islam ini memakan diri beliau sendiri dan mesyarakat akan melebelkan beliu dengan jahil yang berlagak pandai.

Walau kita yakin beliau tidak akan berada lama dalam medan politik nanti tapi sikap beliau sekarang ( tinggal sisa ) boleh menaikkan kemarahan masyarakat.

Bagi saya dia ini adalah manusia yang tidak sedar bahawa dia telah menjadi agen merusakkan Islam dengan perbuatan memandai mandai dalam hukum Islam. Penyakit begini amat bahaya dikalangan umat Islam.

Adalah lebih baik kita elakkan segera orang sebegini dari terus membuat kenyataan dalam masyarakat.