Saturday, November 19, 2011

Kerajaan masih membudakkan rakyat

Rakyat tentu dapat membaca tujuan kerajaan memeberi bantuan kepada rakyat dan dalam masa yang sama tidak memberi dengan ikhlas. Rakyat dipaksa mendengar syarahan politik sebelum diberi wang bantuan tersebut.

Kalau kita lihat kepada perlaksanaan pemberian bantuan itu kita lihat bahawa kerajaan sebenarnya ingin mengumpul rakyat untuk diberikan syarahan politik. Rakyat terpaksa mendengar syarahan yang tidak popular kerana orang yang memberi syarahan itu kelihatan janggal dan tida arif melihat mod rakyat ketika itu.

sudah tentu rakyat tidak selesa dengan apa yang mereka kena buat sebelum mendapat bantuan sebelum ini diberitahu kerajaan perihatin dengan kesukarana rakyat berada dalam suasana ekonomi tidak menentu ini.

Rakyat diberitahu kerajaan memberi bantuan kepada semua rakyat tidak mengira fahaman politik kerana perihatin kerajaan kepada rakyat. Malang sekali pada masa yang sama kerajaan tunjukan sifat tidak ikhlas nya kepada rakyat dengan memberi syarat perlu mendengar syarahan politik dari wakil parti kerajaan dahulu sebelum menerima wang bantuan tersebut.

Rakyat dah banyak kali menerima syarat begini bila kerajaan pusat memberi bantuan kepada rakyat. Kenapa bermusuhan denan rakyat. Sedarkan kerajaan bahawa selama keerajaan memerentah negara rakyat ini juga yang pernah memangkah dan memeberi kemenangan kepada mereka yang berjawatan sekarang.

Apakah kerajaan terlupa mereka mendapat undian ini adalah dari pangkah yang diberikan rakyat ini kepada mereka. Rakyat ini juga yang memberi peluang kepada kerajaan memerentah negara bertahun tahun dan dalam sejarah tidak pernah bertukar kerajaan.

Kenapa mereka lakukan kepada rakyat yang pernah memangkah meraka seolah rakyat ini tidak pernah memberi sokongan kepada mereka. Malang sekali rakyat negara ini tidak mendapat penghormatan atas pengorbanan yang diberikan selama ini sehingga dianggap sebagai musuh kepada kerajaan.

Kerajaan kelihatan tidak mampu memanggil rakyat untuk berkumpul dalam menyampaikan berita berita politik semasa kerana rakyat tahu apa yang akan diberitahu adalah sama seperti diberitahu di setiap perjumpaan. Penerangan yang akan disampaikan tidak mendatangkan minat dari rakyat kerana ahli politik yang memberi penerangan itu tidak pandai berhujah dan menarik minat rakyat untuk mendengar.

Rakyat seolah diperbudakkan dengan umpan untuk menarik datang dan berkumpul. Kalau dipanggil hanya tujuan memberi penerangan politik sudah pastinya program itu akan gagal kerana kehadiran yang tidak mungkin untuk program itu diteruskan.

Rakyat tahu bantuan kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengumpul rakyat mendengar syarahan politik dari ahli politik parti kerajaan. Kalau tidak kerana wang bantuan ini rakyat tidak akan hadir untuk mendengar syarahan politik.

Rakyat arif dengan keputusan dibuat

Ramai tidak berpuas hati dengan cara pengurusan wang bantuan awal persekolahan. Ibubapa yang pergi mengambil wang itu merasai seolah kerajaan mengambil peluang untuk bertindak sebagai wang bantuan itu adalah dari parti politik. 

Sebagai parti memerentah negara tidak seharusnya wang itu dianggap sebagai umpan untuk membuat syarahan politik dan memburukkan pembangkang dengan pelbagai tuduhan sebagai tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri.

Kejadian ini berlaku kepada negeri diperentah pembangkang. Rakyat datang menerima wang bantuan itu tidak dihormati sebagai pengundi bebas memilih parti mereka. Rakyat yang datang juga diberi gambaran yang salah bagaimana kerajaan negeri memerentah negeri tidak jujur dengan apa yang dilakukan kerana peruntukan yang diberi adalah datang dari kerajaan pusat tetapi di war war kan sebagai usaha dari kerajaan negeri.

Penyampaian sebegini adalah salah dari segi maklumat sebenar. Sepatutnya kerajaan pusat lebih jujur dalam bantuan diberikan kerana wang diberikan itu adalah dari duit pelbagai parti yang sama sama menyumbang kepada negara untuk kemajuan seperti mana diharapkan.

Malang sekali dari apa yang dilakukan kerajaan pusat tidak menggambarkan keikhlasan dalam membantu rakyat kerana pemberian yang diberi itu dibangkitkan sebagai tidak mendapat rasa terima kasih dari rakyat terutama dari negeri diperentah pembangkang.

Sikap kerajaan pusat ini dilihat sebagai tidak jujur dalam membantu rakyat. Adalah menjadi tanggung jawab mereka membantu rakyat tanpa meminta rakyat berterima kasih. Rakyat tahu mana yang patut diberi ucapan terima kasih kerana rakyat tidak bodoh untuk gagal menilai kemurnian hati pemerentah membantu rakyat dalam kesempitan ekonomi.

Bagaimana sebuah kerajaan terlalu daif dan dahagakan rasa terima kasih rakyat sehingga menganggap rakyat tidak pandai berterima kasih bantuan yang diberi kerajaan pusat. Tergamak kerajaan pusat menilai rakyat Malaysia mempunyai hati seteruk itu.

Jangan terlalu pelahap dengan rasa simpati dari rakyat kerana rakyat tahu apa yang mereka lakukan. Dalam hati kecil mereka cukup arif bagaimana mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Jangan terlalu gelojoh menganggap pemberian bantuan itu perlu dibalas dengan undian dari rakyat. 

Sedarlah bahawa rakyat faham dengan apa yang mereka lakukan dan rakyat tidak kesaorangan dalam keputusan dibuat.

Thursday, November 17, 2011

Cara Tarik balik File Yang Anda Terdelete





 

Setiap unsur yang anda padam (delete) secara lalai (default) akan terkumpul dalam Recycle Bin. Dan setiap kali Recycle Bin di kosongkan kebanyakkan kita beranggapan komputer telah bebas dari sarap. Anda sebenarnya silap… Ini bukan zaman Windows/286 2.1 lagi yang terbatas dengan uji dan pendedahan. Sebenarnya data yang anda padam samada akibat di format atau melalui Recycle Bin sebenarnya masih wujud tersimpan di suatu sudut khas cakera keras (hard disk) yang di wartakan sebagai kawasan simpanan sisa data.

Oh… yeah! Maksudnya sarap anda masih boleh di kembalikan? YA.. Termasuk sekaligambar awek zaman rock kapak anda… Oh yeaaah! Tapi macam mana ya? Hah... zaman sekarang berbagai perisian luar akal yang telah tercipta. Hanya tinggal kita sebagai pengguna bijak memilih dan bijak mengguna. Dari pengalaman budak yang kita ada, setelah mencuba berbagai jenis perisian, cuma Recover My Files yang terkotak dalam arkib sebagai perkakas yang boleh di belai. Lain padang lain lalangnya, lain orang lain sembangnya. Kiranya anda ada sesuatu yang hebat seumpamanya sama-samalah kongsikan di sini.

 Pernahkan anda terdelete file-file penting dalam pendrive atau hard dics anda atau mungkin terformat hdd anda sebelum membuat bacup.

Jangan bimbang file anda masih boleh di selamatkan lagi..

Gunapakai Recover My Files tersangatlah mudah. Selagi anda celik ABC.. fahamlah dengan kaedahnya. Recover My Files menyokong banyak jenis fail termasuk email, dokumen, video, muzik dan imej. Ianya mampu menerobos dan mencari data bukan setakat ke atas cakera keras komputer sahaja tetapi juga usb, cd/dvd dan simpanan media kamera digital. Menariknya lagi ia sejodoh dengan semua jenis sistem termasuk FAT 12, FAT 16, FAT 32, NTFS, NTFS5, exFAT dan GPT . Tetapi untuk CDFS, Mac dan Linux masih dalam perancangan akan datang (Tuan Arya Putra… sabar nooohhh!).

Sayugia di ingatkan, selagi data anda terpadam secara lalai peluang ambil balik adalah 99%. Tetapi jika anda menggunakan penghapus data tahap tinggi seperti DoD5220 dan Gutmann... tengok nasib lah!

Walaupun perisian asal di datangkan secara pemasangan (installer ) tetapi kita lebih suka kongsikan disini dengan anda dan anda semua versi mudahalih (portable). Apabila si mudahalih mampu berkelakuan cemerlang buat apalah nak tambah beban makcik drive C lagi.

Sekian.

p/s: Untuk maklumat tambahan sila klik Arya Putra

Muat turun: Recover My Files Pro ©pr67am™ 201111
Kata laluan zip: pr67am





Saya sendiri dah cuba sofware ni, memang mudah dan berkesan ,cuma kalau file yang besar sangat macam movie atau file yang besar 1 Gig atau 2 Gig keatas tu atas nasib lah ada yang berjaya direcover balik ada yang berterabur.

Kalau setakat gambar tu yang 5 tahun dah di delete dlm pendrive pun dapat di panggil balik.

Apapun software ni memang terbaik setakat yang saya cuba.

Sumber di sini