Tuesday, May 25, 2010

Hidup Kita Bergerak laju

Banyak yang kita tertinggal dalam hayat kita ini. Kita sering terlepas pandang dalam menjalani hidup yang singkat ini. Mengapa ini berlaku kepada kita, kerana kita terlalu sibuk mengejar keduniaan yang tidak pernah sempurna. Kita mengejar kesempurnaan dalam hidup ini untuk mencapai keinginan yang kita impikan.

Kita tidak melihat kiri dan kanan hanya menumpu kepada sasaran. Tidak sedar kita telah banyak ketinggalan dalam kehidupan ini. Kita tidak perhati betul betul perjalanaan hidup kita. Kita mengejar keinginan kita tanpa melihat adakah kita berada di laluan yang betul.

Cuba kita perlahankan perjalanan hidup kita. Tentu banyak yang dapat kita perhatikan daripada bergerak terlalu laju sehingga kita tertinggal perkara perkara yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada kita.

Bagaimana caranya. Ini sebagai cadangan kerana saya menempuh pengalaman dan ingin berkongsi dengan pembaca.

Kita intirehat sekejap dari melakukan kerja yang kita lakukan seharian. Jika kita seorang pengajar, kita rehat sekejap dari mengajar. lihat kembali apa yang kita ajar kepada anak murid kita. Lihat dari segenap sudut dari mula kita mengajar hingga kita habis waktu mengajar kita.

Apa yang kita lihat dari pemerhatian kembali tugas yang kita lakukan tadi. Tukar dari seorang pelakun kepada seorang penonton. Apa yang kia perhatikan. Saya yakin kita dapat lihat perbuatan kita. Apa yang penting kita dapat menilai kerja yang kita lakukan itu dari sudut seorang penilai. Dari apa yang kita perhatika kita akan sedar apa yang kita lakukan itu memberi satu penilaian kepada kita. Tidak kiralah apa yang kita nilai, apa yang penting kita telah perlahankan perjalanan kita dengan memerhatikan hidup kita semasa kita sedang berjalan.

Banyak lagi akan kita dapat lihat jika kita tidak terlalu laju hidup kita bergerak. Banyak yang dapat kita lihat diri kita sendiri. Seolah olah kita sedang menonton hidup kita.

Berhentilah sekejap dalam sehari menilai diri kita semula. Saya cadangkan kita sembahyang jemaah dimasjid, selepas sembahyang jangan bangun lagi. bersila dulu disitu jangan buat apa apa. Lihat saja disekeliling kamu. Jika ada yang sedang sembahyang, anggap kamu yang sedang sembahyang. Apa yang kamu dapat bila melihat kamu sedang sembahyang.

Lihat lagi disekeliling kamu jika kamu disitu. Kamu lihat seorang yang sedang meminta sedekah, bagaimana jika kamu disitu. Apa yang kamu fikirkan. Jika melihat seorang sedang melakukan kejahatan pada diri sendiri, bagaiman jika kamu disitu. Kamu hanya memerhatikan saja tidak melakukan apa apa. Hanya perhatikan saja. Kamu akan terfikirkan sesuatu.

Saya tidak mahu menafsir apa yang akan kamu fikirkan tapi kamu lakukan dan kamu akan tahu apa nanti yang kamu akan fikirkan.

Apa yang saya boleh katakan disini adalah kamu sepatutnya tersedar bahawa kamu sedang diperhatikan dari luar hingga dalam hati kamu. Allah sedang memerhatikan kamu.

Sama juga orang yang kamu perhatikan itu tidak sedar kamu sedang memerhati dia dan tahu apa yang dilakukan. sedangkan dia tidak tahu kamu sedang memerhati dia. Begitulah kamu dengan Tuhan kamu. kamu lakukan sesuatu seolah tiada siapa yang tahu sedangkan kamu sedang diperhatikan. Wassalam

Monday, May 24, 2010

Hadiah untuk orang mukmin

Terbaca dalam kitab tulisan imam al Ghazali, telah bersab da Nabi s.a.w. “Hadiah orang mukmin didunia adalah kafakiran” dimana aku hendak letak muka aku ini betapa malunya kerana bertungkus lumus mengejar kekayaan paling teruk lagi mengimpikan mendapat kekayaan dengan usaha ini. Rupanya aku sepatutnya menjadi fakir untuk mendapat redha Allah.

Aku baca lagi kitab itu semakin aku faham dengan fitrah hidup manusia didunia ini. Manusia sepatutnya berada dalam kefakiran untuk selamat diakhirat nanti. Berdukalah kita jika kekayaan datang kepada kita. kerana itu kita akan sukar melepasi kiraan diakhirat nanti.

Sepertimana nabi mengkhabarkan Abdul Rahman Auf yang terlewat masuk kedalam syurga kerana hisabnya yang panjang. Sahabat nabi yang dijanjikan syurga masib berdepan dengan hisab yang panjang. Bagaimana dengan kita. gerunnya mendengar pesanan Nabi. Aku sepatutnya bersyukur dengan kemiskinan yang aku hadapi ini bukan berduka cita dan membencinya.

Itulah hadiah pemberiaan Allah taala. Tidak gembirakah kita dengan pemberian Tuhan yang kita harapkan akan menyelamatkan kita dari api neraka.jika itu yang diberikan kepada kita, bersyukurlah kerana itu adalah pemberian yang terbaik untuk hambanya yang disayangi. Aku bersykur merasakan aku disayangi Tuhan yang maha pencipta. Apa yang aku harapkan adalah Allah perkukuhkan iman aku dan perkuatkan taqwa aku kepadaNya.

Aku sering memohon kepada Allah taala kekayaan yang melimpah agar dapat selesaikan hutang yang mendesak. Sedangkan Allah taala kefakiranlah yang akan membawa aku kepada kebahagian disamping Allah taala. Aku lalai dengan kehidupan dunia yang mendorong mencari kekayaan sehing tidak berfikir dengan waras bahawa kekayaan hanya membawa kepada hisab yang panjang.

Dalam dunia sekarang kita boleh bayangkan sukar bila kita dihisab oleh Lembaga Hasil pendapatan yang kita perolehi. Banyak soalan yang kita terpaksa hadapi untuk selesai. Cuma bezanya kita boleh menipu Lembaga Hasil dan mereka boleh ditipu.

Berbeza dengan hisab Allah taala nanti. Kita tidak boleh menipu kerana semua yang kita lakukan telah dicatat dan diketahui Allah taala.

Untuk apa lagi kita meminta kekayaan kepada Allah taala sedangkan kita tahu betapa sukarnya kita nanti bila berdepan dengan Allah taala menjalani hisab. Sahabat nabi s.a.w yang dijanjikan syurga masih panjang hisabnya disebabkan kekayaan yang dimiliki.

Kehidupan sekarang mendesak kita mengejar kekayaan. Kita lalai dengan pesanan Allah taala. Terikut ikut dengan kekayaan yang dimiliki orang lain dengan harta kekayaan dunia. Kita tidak dapat melihat kekayaan yang akan dimiliki diakhirat. Kita lebih terdorong mendapat kekayaan didunia.

Kita diajar sejal dari kecil lagi agar besar menjadi orang yang berjaya dan dihormati. Berjaya yang dimaksukan itu adalah menjadi seorang yang kaya dan berpengaruh. menggunakan harta yang ada untuk mempengaruhi orang lain agar menyokong kita.

Terdorong untuk mendapat kekayaan kita tidak pertimbangkan punca kekayaan bagaimana sepatutnya kita perolehi. Tidak kira apa cara sekali pun kekayaan mesti kita capai. Kitaa mesti mencapai kekayaan agar kita dihormati orang dan mendapat pengaruh yang besar.

Malangnya kita tidak diajar bagaimana mencari punca kekayaan yang akan menyelamatkan kita. Kita tidak mengambil kira punca kekayaan yang kita cari itu diredhai Allah atau tidak. Kita tidak menyemak dengan hukum. Lama kelamaan punca kekayaan yang kita perolehi itu kita lupa. Kita tidak lagi menyemak punca kekayaan yang kita hasilkan. Sekarang kita menganggap kekayaan yang kita ada adalah dari hasil yang halal.

Setelah kita menjadi kaya, kita berlagak bahawa kekayaan kita itu adalah anugerah Allah taala dan kita menjalankan aktiviti yang halal. Kekayaan yang terhasil dari punca yang tidak halal akan digunakan oleh anak cucu kita tanpa mereka ketahui punca pendapatan itu. Tidak siapa yang tahu atau ambil peduli dengan kekayaan yang kita perolehi.

Sampai bila duit dari punca tidak halal akan digunakan. Siapa yang akan menanggung semua itu. Siapa yang akan dihisab kekayaan yang perpunca dari aktiviti yang tidak halal.

Renunglah agar ia tidak terlambat. Bila dihisab tiada peguam yang dapat membantu. Walau sedekah yang banyak dan amal bertimbun ia tetap haram keran puncanya.

Lebih baik kita dalam keadaan fakir atau sekurang kurangnya hidup dalam keadaan sederhana agar kita tidak sukar bila dihisab nanti. Berhati hatilah jika kita dikurniakan kekayaan kerana ia boleh meruntuhkan iman kita. Hadiah untuk orang mukmin yang Allah beri adalah fakir. Mintalah Allah melindungi kita dari menjadi seorang kaya yang takbur. Wassalam


Saturday, May 22, 2010

Menempuh Dugaan

Bukan senang menanggung dugaan yang Allah berikan kepada kita. Bukan semua manusia dapat menempuh dugaan yang dihadapi. Dugaan tidak sukar bagi manusia yang dekat diri dengan Allah taala. Setiap manusia akan melalui dugaan yang Allah sediakan untuk mereka. tidak ada seorang manusia pun yang terlepas dengan dugaan Allah.

Terpulang kepada manusia bagaimana menerima dugaan yang dihadapinya. Ramai manusia yang gagal menempuh dugaan. Kecewa dengan kehidupan yang dihadapinya. Menyalahkan takdir tidak menebelahi mereka. smemang nasib mereka tidak dihiraukan Allah. tidak ada keadilan kepada mereka yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Bagaimanakah seorang manusiia itu mentafsir dugaan yang dihadapinya datang dari Allah taala. tidak ramai yang tahu dan faham. Dari pengalaman kita hadapi dugaan kekuatan kita di lihat untuk mengetahui keimanan kita tehadap Allah taala. Kita tertumpu kepada kesusahan yang kita hadapi tetapi tidak menumpukan kepada Allah yang akan membantu kita berdepan dengan kesusahan itu.

Kita tinggalkan Allah yang maha mengetahui tentang kesusahan yang kita hadapi itu. Sepatutnya kita semakin mengingati Allah kerana kita menerima dugaan itu dari Allah taala. KepadaNya lah kita kembali. Kita perlu berdamping serapatnya kepada Allah taala kerana menagih simpati dan rahmatNya. Mintalah ampun dariNya dan berbanyaklah kita menambah ibadat kerana itulah yang Allah mahukan dari kita waktu ini.

Jangan dipersoalkan apa yang terjadi kepada kita. Apa yang patut kita lakukan adalah membanyakkan ibadat kita kepada Allah agar kita dirahmat dan diringankan bebanan kita itu juka kita tidak mampu menghadapi dugaan itu.

Bagi seorang ulama sudah pasti mereka akan tampilkan sekali bukti kata-kata mereka dengan firman Allah taala dan hadis nabi s.a.w. Kerana segala perkataan mereka adalah berpandukan firman Allah dan hadis nabi s.a.w. Sungguh beruntung mereka dapat menampilkan bukti perkataan yang mereka keluarkan.

Penulis tidak pandai dalam perbincangn ini tetapi penulis berbincang dari pengalaman yang dihadapi dan penulis berserah diri kepada Allah taala kerana penulis pasti tidak ada maha pemberi pertolongan selain Allah taala. Penulis hanya menjalankan tugas sebagai seorang hamba seperti mana diajarkan oleh ulama bagaimana berdepan dengan kesusahan atau dugaan Allah taala.

Penulis mengajak pembaca sama-sama memahami keadaan yang kita hadapi, dugaan yang kita terima itu adalah dari Allah taala. KepadaNya lah kita kembali dan kepadaNya lah kita meminta pertolongan. Tugas kita hanyalah meminta kepada Allah dan pemberian adalah dari Allah yang maha mengetahui.

Perbanyakan ibadat kepada Allah, pasti Allah akan membantu dan memberi rahmatNya kepada kita. Bacalah Al Wuran dan banyakkan berzikir. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang dan perlebihkan sembahyang sunat. Insyaallah Allah bersamam orang-orang yang sentiasa mengingatiNya. Wassalam