Wednesday, August 25, 2010

sayang anak

Pernahkah kita belajar menyayangi anak kita. Saya percaya tidak ramai yang pernah belajar bagaimana menyayangi anak kita. Kita menyayangi anak kita hanya dari pemerhatian dan pengalaman. Kita tidak pernah bertanyakan adakah pengalaman dan pemerhatian yang kita dapat itu memberi kesan yang baik untuk mendidik anak.

antara perkara yang kita lakukan dalam mendidik anak :

  1. Sayang anak dipukul pukul. Kebanyakan kita sekarang tidak lagi memukul anak kerana kita malas hendak bertengkar dengan anak dan kita sudah letih seharian bekerja bila balik nak bergaduh dgn anak. Kita hanya berdiam diri dan paling tinggi pun mebebel sikit itu pun anak buat tak tahu.
  2. Belanja anak. memastikan setiap hari anak mendapat belanja yang diperlukan untuk kesekolah dan aktiviti luar. Kita anggap tugas kita terhadap anak sudah selesai. kita tidak ambil tahu apa yang anak kita belanja yang pasti kita sudah sediakan belanja sekolah anak kita. perkara ini berlanjutan sehingga kita dapat tahu anak kita belanja perkara yang tidak elok. Sudah parah tidak dapat buat apa apa lagi.
  3. Aktiviti anak. Ibu bapa tidak tidak membuat perhatian aktiviti anak kita dalam berkawan. Ramai kawan diluar sana yang akan merosakkan anak kita tanpa kita ketahui. paling ketara jika anak kita ketinggalan dalam pelajaran. Paling mudah untuk mereka terjebak dalam kerosakan moral seperti berlaku kepada remaja sekarang.

Antara yag berlaku dalam penglibatan anak kita dalam keluarga yang disangka bahagia tapi dalam diam berada dalam bahaya. Anak kita mudah dipengaruhi oleh rakan rakan yang sebaya. Anak kita lebih percaya dan mudah menerima nasihat dari kawan berbanding kita.




Tuesday, August 10, 2010

Kesan Peruntukan Disukarkan

Saya pernah mendengar alasan mengapa PAS ttidak diberi peruntukan dalam pembangunan negeri malah ia disalurkan kepada JKKK yang ditubuhkan seolah kerajaan dalam kerajaan. Mengikut pendapat mereka peruutukan pembangunan untuk negeri Kelantan tidak diberi kerana bimbangkan wang yang disalurkan kepada kerajaan PAS akan disalah guna dan wang itu akan masuk dalam poket pemerentah PAS.
Bagi menyelamatkan wang yang sepatutnya disalurka kepada rakyat adalah lebih baik kerajaan melantik bekas ketua kampung kerajaan BN dulu untuk menjaga kebajikan rakyat yang lebih dipercayai dari pemerentah PAS. Dari itu JKKK ditubuhkan dengan diberi gaji dan tugas seperti ketua kampung cuma bezanya ia dilantik oleh kerajaan pusat.
Apa yang berlaku setelah perlantikan JKKK ini tidak kurang seperti BN memerentah Kelantan dulu. Apa yang dapat dilihat seperti :
  1. Mengambil kesempatan menggunakan duit rakyat oleh pihak JKKK berlaku seperti jawatan ketua kampung dulu. Kesempatan atas peruntukan pembangunan yang dipersetujui oleh ketua bahagian digunakan untuk mendapat bahagian untuk poket JKKK. Kegiatan ini diketahui masyarakat tetapi tidak dapat berbuat apa apa kerana tidak ada siapa yang berani pertikaikan apa yang dilakukan oleh JKKK. JKKK mempunyai pengaruh dalam parti terutama dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat. Jika siapa yang pertikaikan tindakan yang dilakukan oleh JKKK ini akan disenarai hitamkan dan bantuan sepert pertanian susah untuk dapat. Masyarakat bertindak mendiamkan diri saja lagi pun susah untuk membuktikannya.
  2. Kalau dikira ketelusan mengurus kemajuan kampung, penghulu kerajaan tempatan lebih telus dan cekap mengagihkan bantuan kepada masyarakat. Penghulu kampung yang dilantik oleh kerajaan tempatan lebih cekap menjalankan tugas dari JKKK yang deketahui sikapnya. Ramai masyarakat lebih selesa jika kerajaan memberi peruntukan kemajuan kampung terus kepada kerajaan negeri dan diuruskan oleh ketua kampung.
  3. Perlantikan JKKK juga menggunakan peruntukan dari wang rakyat juga. Ini menunjukkan pembaziran kerana melantik dua orang yang bertanggung jawab mengurus kemajuan kampung. Ini menggambarkan bahawa kerajaan pusat berdendam dengan kerajaan negeri kerana gagal mentadbir negeri sehingga kalah dalam pilihanraya. Bagi menyusahkan kerajaan negeri peruntukan disalurkan melalui jawatan yang dilantik oleh pemerentah pusat.
  4. Sikap kerajaan pusat tidak memberi peruntukan kepada kerajaan negeri memberi gambaran bahawa kerajaanpusat tidak jujur dalam memerentah negara. Kerajaan pusat lebih mementingkan penyokong mereka kerana tidak mahu melihat negeri yang diperentah oleh pembangkang mendapat kewangan mudah untuk memerentah negeri sekali gus memberi bukti bahawa pembangkang juga mampu memerentah seperti BN malah mungkin lebih baik.
  5. Rakyat semakin jelas dengan tindakan kerajaan pusat sentiasa menykarkan penyaluran peruntukan kepada kerajaan negeri bagi menyukarkan pembangunan dijalankan dengan baik. Kononnya pembangkang gagal mentadbir negeri dan hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negeri dengan baik. Rakyat faham tindakan ini an merasa tidak puas hati dan benci dengan tindakan kerajaan pusat mempermainkan rakyat yang negeri diperentah oleh pembangkang.

Banyak lagi kesan negetif yang dapat dilihat hasil tindakan kerajaan pusat terhadap negeri yang diperentah pembangkang. Ini akan trus timbul jika kegiatan ini berterusan.

Sunday, August 8, 2010

Kata kata Bodoh

Hari ini Awang Selamat melepas geram dalam kolomnya di Mingguan Malaysia dengan mengatakan PAS sebagai parti yang dayus. PAS dikatakan dayus kerana menolak perpaduan yang dijemput oleh UBN. PAS dengan bongkah menolak tawaran yang dikira terbaik untuk perpaduan orang elayu di Malaysia. AS juga menempelak PAS kerana lebih mendengar DAP dari UBN yang juga membela orang melayu.

Kadang kadang saya tidak faham adakah AS ni masih muda kerana tida tahu sejarah yang berlaku dizaman pemerentahan Tun Razak dan zaman Mahadhir bagaimana mreka ini perlakuakn kepada PAS juga atas dasar perpaduan rakyat melayu.

Adakah AS telah lupa betapa sakitnya hati pemimpin PAS waktu itu dipermainkan dan diperbodohkan. Pemimpin PAS waktu itu sanggup masuk dalam kandang UBN untuk perjuangkan rakyat melayu. Waktu itu UBN dalam keadaan tertekan kerana tidak mendapat sokongan rakyat melayu seperti berlaku hari ini.

Setelah PAS masuk dalam UBN dan UBN telah stabil maka mulalah UBN memandang PAS sebagai bermasalah dan secara tersirat memberi tekanan kepada PAS agar PAS meninggalkan UBN. Memang terjadi seperti yang dirancang PAS meninggalkan UBN kerana tidak sefahaman dan telah dikhianati UBN. Maklumlah waktu itu UBN telah menjadi kuat semula maka PAS tidak diperlukan lagi.

Sekarang peristiwa itu terjadi kembali UBN dalam keadaan terdesak kurang sokongan rakyat melayu. Menawarkan diri mengajak perpaduan dengan PAS untuk kepentingan melayu. Kata TGNA cukuplah sekali mereka lakukan kepada kita tidak keduanya.

Saya tidak tahu AS ni tahu atau tidak peristiwa yang berlaku itu. Mengajak PAS kembali bergabung adalah tindakan yang cukup memalukan. Bagi saya UBN lah yang tidak tahu malu dan muka hodoh mengajak perpaduan demi rakyat melayu.

Rakyat melayu telah jelak dengan tindakan bodoh UBN ini. Orang yang menuduh PAS dayus itu lagilah bodoh tak tahu malu. Orang ini patut dimalukan baru dia sedar.