Saturday, March 26, 2011

Pagar makan padi

Aku sakit hati betul jenis kawan makan kawan ni. Kita buat dia kawan betul. Susah sama susah nanti senang sama sama senang. Belum apa apa lagi dah plan nak makan aku. Ni aku marah sangat kat malaun sekor ni.

Kalau tak ingat dia jauh lebih tua dari aku lama aku belasah dia. Memalukan aku saja. Berapa banyak aku kena pertahankan masalah yang timbul dari masalah yang dia tinggalkan kat aku. Janji dulu bukan main lagi kita selesaikan bersama.

Bila dah dapat susah mula nak tinggal. Semua masalah tinggal kat aku berdepan. Setiap salan aku kena jawab. Semua orang cari aku sebab dia suruh tanya aku dengan alasan dia tak buat keputusan.

Dulu mula mula buat kerja nampak duit nak datang semua bawah tanggungan dia. Bila timbul masalah duit mula nak angkat kaki. Semua ini aku kena tanggung. Dia sekarang tak ada apa apa semua dibawah tanggungan syarikat aku.

Dia angap penglibatan dalam urusan bersama aku sekadat membantu untuk menjayakan. Tak ke bodoh perkataan yang dia guakan tu. Aku marah sangat dengan orang macam ni. Susah payah aku keluarkan duit tak dihargai macam apa yang dia buat ni aku bergantung sepenuhnya kepada dia.

Bila dah tak sependapat mula angkat kaki dan semua ini masalah aku. Dulu kalau dapat untung bahagi sama rata. Sekarang dapat rugi aku sorang saja yang kena tanggung. Dia hanya membantu kerja kerja yang diusahakan. Bodoh punya pemikiran.

Berapa banyak aku tolong dia masih nak buat tipu helah. Kalau kau ada masalah peribadi tolong jangan rosakkan usaha ini hingga aku kena tanggung kesukaran yang kau buat. Aku kena tanggung semua ini. Kau cabut lari buat diam diri. Ada kerja baru konon. Belah lah orang macam kau tak layak dapat kerja. Asyik nak menipu orang saja.

Kau nanti tengok lah terlingkup kau nanti. Semua orang akan tahu kerja kau. Nak mampus pun masih menipu. Kau tengok lah nanti apa akan jadi pada kau. Tuhan tu maha Besar. Dia tahu apa yang Dia buat.

Pendedahan yang longgar

Melihat kepada serangan terbaru yang dibuat oleh BN boleh dikatakan semakin kering idea. Kerja kerja yang dilakukan tidak cukup matang dan banyak kekurangan yang dapat dilihat. Dari apa yang dihebohkan ini adalah menunjukan bahawa pendedahan yang tidak disemak dengan teliti dan pendedahan dibuat secara terburu buru. Kerja kerja penyiapan yang dibuat tidak disiapkan dengan baik. Tidak ada penyemakan apa bakal berlaku bila pendedahan ini dilakukan.

Saya merasa hairan kenapa pendedahan ini dapat dihidu sebagai konspirasi bukan sesuatu kejadian yang benar. Kejadiaan berlaku ini bukan sesuatu perbuatan tapi sesuatu dibuat buat. Sepertimana berlaku pendedahan dibuat seolah suatu yang dirancang dengan tidak teliti. Pendedahan didedah seolah tergesa gesa dan persiapan yang dibuat tidak diteliti dengan baik.

Melihat kepada berlakunya pendedahan ini tidak mustahil bahawa pendedahan ini adalah suatu rekaan yang tergesa gesa dan tidak kemas.

Mengapa ini berlaku. Apa yang hendak dikejar. Tidak cukup waktu untuk menyemak hasil pendedahan ini. Ada perkara lain yang terpaksa ditutup segera kerana tidak dapat dibendung takut diketahui rakyat. Pendedahan ini terpaksa didedahkan dengan segera.

Ramai pemerhati yang tidak melihat pendedahan ini sebagai suatu yang dijumpai. Pendedahan ini lebih sesuai sebagai suatu hasilan perancangan seolah olah berita yang dijumpai.

Perbuatan ini memberi pandangan rakyat merasa tidak akan ada kejadian kedua yang berlaku dalam masa terdekat kerana Anuar tiadak akan melakukan perkara seperti ini dalam masa terdekat kerana dia pun tahu dia sedang diperhatikan. Tersilap langkah dia akan menerima padah.

Terlalu bodoh bagi saya jika Anuar masih melakukan kegiatan ini ( jika betul dia ini seorang pelaku ) dalam masa bergelumang dengan kepercayaan rakyat mengatakan bahawa Anuar difitnah. Kenapa Anuar hendak merusakkan kepercayaan rakyat kepada beliau. Tidak bolehkah tunggu dia menjadi orang nombor satu dulu.

Bagi saya ia satu tindakan yang tidak bijak dengan taraf Anuar sebagai ahli politik dikenali kehebatannya. Saya perlu berfikir semula dengan pendedahan ini. Lagi pun pendedahan ini adalah longgar.

Tuesday, March 22, 2011

Berundur untuk maju

Sepanjang saya bersama pemimpin UMNO di kawasan saya, banyak perbezaan yang dapat saya lihat jika dibandingkan dengan pemimpin PAS. Saya ingin membawa perbincangan politik ini untuk melihat kekuatan UMNO dalam percaturan politik masa kini.

Walau setiap kali kita lihat kehadiran yang datang dalam program anjuran UMNO namun semua tahu bahawa kehadiran itu hanya lah gimik dan paksaan. Kehadiran ini diwajibkan. Jika tidak hadir tindakan akan dikenakan keatas individu tersebut.

Kehadiran yang dipaksa ini adalah kerana untuk memeriahkan anjuran yang dibuat bagi menutup mata dan menyedapkan hati menteri atau pemimpin atasan melihat kehadiran penyokong. Melihat kehadiran yang ramai ini dapatlah ditafsirkan bahawa kawasan ini mendapat sokongan rakyat.

Rakyat yang hadir ini mestilah diberi habuan dan pengangkutan untuk memudahkan kehadiran rakyat dalam program yang dianjurkan. Ini bagi memastikan kehadiran yang dirancang.

Dapat ditafsirkan bahawa sokongan yang dilihat adalah kosong belaka kerana kehadiran rakyat adalah bukan kerelaan hati ianya paksaan dengan ugutan.

Bagaimana UMNO dapat pemerentahan kerana memaksa rakyat dengan pelbagai ugutan. Rakyat yang lemah terpaksa mengikut namun dalam hati memarahi tindakan ini. Jika beginilah perasaan rakyat, dapat kita agak bagaimana sokongan bila musim pilhanraya nanti.

Sampai bila UMNO harus bersikap begini dalam menarik sokongan rakyat. Tidak bolehkah bersikap jujur walau pun ia perit. Bagi saya PAS telah lama melalui keadaan ini terus berusaha walau perit menempuhnya.

Pemimpin UMNO harus bermula dari bawah semula memberi keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO juga ada yang bersikap jujur dalam membela rakyat. Seterusnya semua pemimpin UMNO mestilah berubah.

Jenerasi baru dalam UMNO mestilah mengubah bentuk perjuangan kepada lebih jujur membela rakyat dan negara.