Saturday, June 4, 2011

PAS mempunyai ahli yang sama peranan

Kepimpinan ulama tidak akan terhakis sama sekali. PAS mempunyai majlis syura dan mursyidul am mempunyai peranan yang penting dalam menjaga perjalanan PAS selaras dengan peranan Islam.

Tidak timbul PAS sudah ketepikan peranan ulama dalam pentadbiran parti. Bagi mereka yang tidak faham atau mereka yang sengaja memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat sengaja berbuat begini untuk kelirukan kefahaman.

PAS mempunyai satu bahagian yang mengawal perjalanan pentadbiran parti yang hanya dipegang oleh ulama sahaja. Ulama ini yang akan menentukan perjalanan pentadbiran parti sekali gus memberi nasihat dan teguran.

Walau PAS ditadbir oleh golongan bukan ulama, golongan ini tidak jauh dengan peranan ulama keranan mempunyai tarbiah yang cukup. Mereka ini golongan yang tahan uji dan berkarisma.

Gandingan mantap

Gembira melihat perubahan yang berlaku dalam muktamar PAS. Perubahan yang berlaku amat ketara. Perubahan yang membawa kepada kemajuan.

Saya cukup yakin PAS akan berada didepan dalam menerajui kepimpinan politik di Malaysia. Saya percaya masa yang terdekat nanti kita akan melihat PAS akan bergerak dengan penuh keyakinan seperti yang dikehendaki oleh parti.

Rakyat akan melihat PAS sebagai sebuah parti yang disegani. Parti yang akan memeberi seribu manfaat dan kebajikan kepada rakyat.

Bersyukurlah kerana kita mampu melihat kehebatan PAS dalam persada politik tanah air. Kepimpinan yang baru ini akan mampu memberi satu saingan dalam merebut pemerentahan Malaysia.

Walau kita tidak yakin PAS tidak akan mampu bergerak sendiri tanpa bersama dengan Pakatan, tapi dengan dengan bergerak seiringan dengan Pakatan Rakyat akan membawa seribu makna dan kejayaan untuk ahli PAS.

Syabas kepada kepimpinan baru

Wednesday, May 11, 2011

UM penyalur maklumat salah

Laporan akhbar UM mengenai parkataan Anuar gunakan dalam ceramahnya dianggap menghina PM. Ramai yang memeberi komen dalam UM mengecam Anuar menggunakan perkataan tidak sopan kepada PM.

Sesiapa yang membacaUM akan berpendapat Anuar terdesak perjuangan politiknya sehingga sanggup menggunakan perkataan tidak sopan bagi menghina PM.

Tidak seperti yang digambarkan oleh UM mengenai perkataan Anuar gunakan jika pembaca ada menonton atau hadir dalam ceramah beliau di Klang.

Saya tidak mahu mengulas ceramah Anuar tetapi apa yang lebih penting sekarang kepercayaan pemimpin BN dengan laporan disiarkan oleh UM. Tanpa meneliti video ceramah Anuar terus membuat kenyataan kepada rakyat bahawa Anuar tidak sopan.

Dalam situasi sekarang jika dibandingkan dengan ceramah anuar mengenai perkataan yang digunakan itu tidak menjurus kepada penghinaan kepada PM seperti dilaporkan oleh UM. PM dan pemimpin BN lain berpendapat bahawa lapoaran yang disiarkan oleh UM itu adalah benar.

PM menjawab penghinaan Anuar (seperti dilaporkan UM )sebagai laporan yang benar. Laporan UM diambil kira dan dipercayai.

Malangnya rakyat dapat menghidu penipuan dan putar belit UM tidak sepertimana fakta. Rakyat dapat melihat pembohongan UM dengan jelas sekali sekarang.

Malang keduanya adalah pemimpin UM mempercayai penipuan dan putar belit fakta UM itu. Selama ini pemimpin BN telah menggunakan fakta dan maklumat dari UM sebagai panduan maklumat berita.

Kesihan kepada pemimpin BN terutamanya PM yang ditipu UM dalam menyebarkan maklumat. Lansung dari itu PM mengeluarkan kenyataan berdasarkan maklumat palsu dari UM. Kita yakin selama ini begitulah UM menyampaikan berita palsu dan pemimpin BN menggunakan berita palsu itu untuk maklumat.

PM tidak mendapt berita yang betul sedangkan PM mempunyai banyak kakitangan sebagai sumber maklumat. UM juga yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan. UM mengeluarkan kenyataan palsu maka PM juga menggunakan maklumat palsu untuk berurusan.

Sekian lama PM ditipu UM. Rakyat lagi la.