Thursday, December 29, 2011

Strategi Tersirat

Saya melihat banyak kepincangan yang Umno lakukan sejak akhir akhir ini. Kepincangan ini seolah tidak diendahkan walau kelihatan mendapat tentangan dari pembangkang dan rakyat. Banyak kepincangan Umno lakukan seolah Umno tidak lagi nampak apa yang patut dibuat untuk mentadbir negara.

Saya melihat seolah Umno sengaja melakukan dalam keadaan sedar. Saya melihat kepincangan Umno ini adalah satu starategi untuk menarik semula sokongan rakyat dilihat sedang menentang kerajaan. Cara yang dilakukan adalah untuk memberi masa kepada rakyat memarahi kerajaan. 

Kerajaan BN sengaja menaikkan kemarahan rakyat agar rakyat dan pembangkang leka dengan keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dengan kepincangan yang dilakukan.

Pembangkang akan terus mengulas dan meemberi keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dalam pilihan raya nanti sedangkan Kerajaan BN terus melakukan penganiayaan kepada rakyat. 

Kita lihat bagaimana kerajaan BN tidak sayang kepada sokongan dari masyarakat Felda selama ini menjadi sokongan kuat kepada Kerajaan BN. Bagaimana kerajaan melihat pengerusi Felda yang dilantik seolah sengaja melakukan kekejaman kepada rakyat Felda. Felda dilihat sebagai bergolak menunggu pecah. Pecah membawa kepada bertukar sokongan kepada pembangkang.

Apakah semua ini tidak disedari oleh kerajaan bahawa rakyat sekarang tidak lagi melihat kerajaan BN sebagai satu kerajaan dominan memerentah negara. Kenapa kerajaan seolah tidak lagi dapat menumpukan perhatian kepada memberi kenyakinan kepada rakyat bahawa BN masih reliven untuk disokong.

Adakah ini satu helah dari kerajaan BN menunggu masa sesuai mengeluarkan senjata memujuk rakyat ketika musim pilihanraya nanti. Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia terutama Melayu amat mudah dipujuk. Umat melayu mempunyai cukup lemah dengan pujukan tambahan juka kerajan mengaku salah dan berjanji untuk mengubah kesilapan.

Jika kerajaan BN mengeluarkan sejumlah peruntukan kewangan kepada semua rakyat dan rakyat meresa gembira dengan pemberian lumayan ( mungkin ) dari kerajaan, semua kemarahan selama ini akan menjadi reda. Pastinya sokonga rakyat yang telah berjaya dipujuk itu akan kembali kepangkuan kerajaan BN.

Tidak mustahil perkara ini akan terjadi kerana rakyat Malaysia masih ramai yang sayang kepada Umno tapi kerana ramai pemimpin Umno banyak melakukan penaniayaan kepada rakyat menyebabkan rakyat yang menyokong Umno berjauh hati.

Pembangkang harulah berhati hati denga keadaan ini. Penilaian ini bukan mustahil ia boleh berlaku dan jika ia berlaku pembangkang akan terlopong ditinggalkan rakyat disaat akhir disangka menyokong pembangkang.

Dalam politik semua boleh berlaku kalau tidak berhati hati padah jadinya.

Wednesday, December 21, 2011

Mendepani Corak Politik Baru

Pemerentah keajaan sekarang kelihatan semakin lemah dengan corak petadbiran. Banyak penyelewengan dibongkar oleh pihak pembangkang. nampaknya kerajaan tidak maampu menyangkal dakwaan dari pembangkang. Kegagalan ini bermakna kerajaan benar benar mengalami masalah dengan penyelewengan.

Cara pemerentah berdepan dengan tohmahan dan pembongkaran oleh pembangkang tidak menampakkan kematangan dalam politik. Jelasnya kerajaan ketinggalan dalam melayani persoalan yang ditimbulkan. Ramai diantara menteri dan penjawat dalam kerajaan tidak mampu berdepan dengan masalah yang timbul. Kebanyakan dari mereka agak ketinggalan lemah.

Sepertimana berlaku kepada ketua wanita Umno kelihatan tidak pandai berdepan dengan masalah dihadapinya. Persoalan yang ditimbulkan tidak mampu dijawab dengan baik. Kelihatan juga cubaan menangani masalah yang timbul tidak melihatkan kematangan sebagai seorang menteri dan ketua pergerakan.

Penjawat yang memegang jawatan dalam kerajaan kelihatan ketinggalan dan mundur dengan perkembangan dunia sekarang. Rakyat perlu melakukan sesuatu bagi membaik pulih kemampuan dan kematangan penjawat dalam kerajaan.

Pemerentah sekarang perlu direhatkan dan dipilih semula dengan penjawat baru yang lebih matang dan berkemampuan berdepan dengan masalah negara. Penjawat yang berada dalam pemerentahan kerajaan sekarang tidak lagi mampu berdepan dengan perubahan pemikiran rakyat. 

Kata lebih mudah parti dalam BN perlu dipulihkan dan dibuat pemilihan semula dengan muka baru yang lebih matang. Perubahan corak pemikiran rakyat sekarang tidak mampu diikut oleh pemerentah yang ada sekarang. Pemerentah perlu melakukan reformasi dalam parti demi kebaikan rakyat. Jika diteruskan dengan kemampuan yang amat terhad akan merosakkan perkembangan negara.

Pemerentahan perlu bertukar bagi membolehkan rakyat mendepani corak pemerentahan yang lebih segar dan lebih matang. Rakyat perlu bertindak dengan kebijaksanaan yang ada.

Rakyat dapat merasakan order baru kepimpinan dalam negara telah berubah. Pemimpin kerajaan tidak mampu menangani perubahan ini.

Rakyat Miskin Terus Berharap Pembelaan Kerajaan

Gambar Hiasan

Terfikir saya mengenai usaha kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan rakyat Malaysia. Usaha murni ini sudah tentu mendapat sokongan dari rakyat miskin dan harapan juga agar kemiskinan dapat diminimakan seminima yang mungkin.

Orang miskin sangat berharap program basmi kemiskinan berjaya agar belenggu kemiskinan dapat diatasi dan diganti dengan kehidupan yang lebih sempurna. Penerangan dari kerajaan dalam usaha ini banyak memberi kesedaran kepada rakyat.

Dalam masa yang sama juga saya semakin banyak mendengar kebocoran duit keluar dari negara menghampiri billion ringgit. Kenapa kebocoran ini berlaku. usaha kerajaan memebasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama kebocoran melebihi peruntukan membasmi kemiskinan.

Sekali lagi rakyat rasanya ditipu dengan usaha membasmi kemiskinan ini. Walau usaha membasmi kemiskinan berjalan namun ada usaha lain yang merugikan negara dan rakyat jelata. Seolah rakyat digulakan dengan usaha murni kerajaan membasmi kemiskinan bagi memebolehkan pemerentah melepaskan pengusaha membawa lari duit negara keluar dari Malaysia.

Diperhatikan setiap sudut rakyat Malaysia ditipu salah guna mentadbir kewangan. Walau banyak peruntukan diberikan kepada kesejahteraan rakyat namun mencuri duit rakyat lebih besar memberi kepda rakyat. Malang sungguh nasib rakyat ditipu pemerentah.

Sepatutnya rakyat telah lama dapat merasai kehidupan yang sejahtera dan kemiskinan telah dapat dihapuskan. Oleh kerena kerajaan banyak menggunakan helah untuk mengaut keuntungan hasil dari memerentah negara sekian lama. rakyat terbantut dalam usaha keluar dari paras kemiskinan.

Usaha keluar dari paras kemiskinan menjadi lambat kerana pemerentah telah menyalah guna pentadbiran kewangan sehingga rakyat menunggu sekian lama untuk keluar dari konteks kemiskinan. Kerajaan sengaja melambatkan menjayakan membawa rakyat keluar dari kemiskinan supaya rakyat masih bergantung kepada kerajaan sekarang dalam usaha membawa rakyat keluar dari kemiskinan.

Telah berapa lama rakyat Malaysia ditipu dengan helah yang berbagai. Lebih malang rakyat yang gembira dengan usaha kerajaan sekarang tidak meresai dan malah tidak menyangka ditipu kerajaan. Walau bantuan diberi tapi dibelakang tangan yang memberi masih banyak ringgit tersimpan untuk kegunaan peribadi pentadbir kerajaan.

Sekarang rakyat masih menunggu dan berharap usaha kerajaan akan menemui kejayaan. Harapan rakyat yang masih percaya kerajaan dalam usaha menjamin kemakmuran rakyat walau dibelakang usaha ini terus mempermainkan rakyat.
Sebanyak inikah wang rakyat dibawa keluar dari negar.


Usaha menyedarkan rakyat masih lagi sukar kerana ramai rakyat yang miskin dan jauh dari pengetahuan dalam arus moden sekarang masih tebal kepercayaannya kepada kerajaan sekarang. Mereka ini hanya tahu dan yakin kerajaan sekarang akan terus berusaha menjamin kesejahteraan mereka.

Malang sungguh nasib rakyat tidak tahu apa sebenar berlaku kepada negara mereka yang tercinta. Terus berharap sampai ketua.