Kelihatan kerajaan sekarang semakin takut dengan program dianjurkan pembangkang. Banyak program yang dianjurkan pembangkang tidak mendapat sokongan dari pemerentah. Bukan setakat tidak menyokong malah menyekat program itu agar ianya gagal.
Kelihatan sangat kebimbangan melampau kerajaan terhadap sokongan rakyat kepada pembangkang kerana jika dilihat kepada sokongan itu tidak ada sebab pembangkang akan dapat mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya nanti.
Saya secara peribadi tidak dapat sangkal kemampuan pembangkang sekarang dapat menandingi populariti kerajaan sekarang. Mungkin itu menyebabkan kerajaan membuat banyak sekatan dari pembangkang bergerak mengumpul sokongan rakyat.
Kemampuan kerajaan sekarang dilihat sebagai lemah dan bermasalah. Jika pilihanraya dibuat dapat dilihat sokongan rakyat dapat menumbangkan kerajaan sekarang dengan teruknya. Kebimbangan ini mungkin membuat kerajaan bertindak diluar batas demokrasi. Kerajaan dilihat tidak lagi melihat kepada kedaulatan demokrasi sebagai bentuk pengurusan negara tapi lebih kepada tidak dapat menerima rakyat cuba beralih arah dengan memberi peluang kepada pembangkang cuba membaiki negara seperti dibentangkan dalam Buku Jingga.
Rakyat telah melihat pembangkang sebagai pilihan pemerentah yang mampu memerentah negara jika kerajaan sekarang tidak mampu dan mengecewakan. Rakyat telah menilai kemampuan pembangkang menyediakan cadangan altenatif pemulihan negara yang sedang nazak ini.
Malangnya kerajaan sekarang ini masih menafikan bahawa negara dalam keadaan nazak dengan hutang melampaui kemampuan. Sama samalah kita berjuang untuk menyelamatkan negara dari muflis.
Dalam hati ini terlalu banyak hendak diperkatakan. Aku curahkan sedikit agar terkurang beban ini. Tulisan ini tidak menggambarkan pandangan ramai hanya pendapat peribadi. Minta Allah jauhkan takbur dan riak dalam diri ini. Terlalu kerdil untuk bermegah dengan kelebihan yang ada.
Sunday, November 25, 2012
Thursday, September 27, 2012
Pinjamkan amanah memerentah negara kepada PR
Saya terkejut dan
pelik dengan sebahagian pihak dalam membandingkan dua gabungan parti iaitu BN dan PR tidak menggambarkan kepekaan
situasi sebenar antara kedua dua gabungan ini.
Ramai berpendapat kerajaan BN adalah satu
gabungan parti politik satu satunya yang mampu memberi pembangunan kepada
Malaysia. Gabuangan PR tidak dilihat mampu meberi kelebihan dalam membangunkan
Malaysia kerana tidak ada sejarah bahawa PR mampu membangun Malaysia.
BN digambarkan
banyak membantu rakyat Malaysia dan satu satunya parti yang telah berjasa
kepada rakyat Malaysia. Telah banyak pembangunan telah dibuat sepanjang
pemerentahan mereka. Tidak wajar rakyat Malaysia mencemuh BN atas jasa yang
dibuat selama ini.
Dibandingkan dengan
PR tidak ada sejarah jasa dibuat kepada rakyat dalam pembangunan Malaysia. PR
hanya tahu dan pandai memburukkan pemerentahan BN seolah kerajaan BN tidak
memberi kebaikan kepada rakyat.
Jika dilihat kepada
perbezaan antara BN dan PR secara zahirnya BN sebagai pemerentah dan PR adalah
sebagai pembangkang dimana pembangkang adalah sebahagian dari proses kemajuan
negara. Jangan ketinggalan itu.
Hakikat sebenar
adalah BN memegang kantung perbelanjaan negara sedangkan PR tidak pernah
memegang. Bagaimana BN memberi pandangan bahawa PR tidak layak memrentah negara
kerana tidak pernah menampilkan kejayaan. Memang benar tidak pernah menampilkan
kejayaan keranan PR tidak pernah diberi kesempatan meemrentah negara
sepertimana BN.
Untuk membuat
perbandingan sebegini PR sepatutnya diberi peluang memerentah Malaysia untuk
jangka masa tertentu dan disitu dapat dinilai bagaimana prestasi pemerentahan. Dari
situ kita mampu membuat perbandingan antara pemerentah BN dengan pemerentah PR.
Adil dalam memberi pendapat.
Kenapa gabuangan BN
bertindak menidakkan kemampuan PR seolah PR pernah memerentah negara dan pernah
membuat rekod buruk dalam pemerentahan. Apa gabungan BN cakapkan ni. Adakah mereka
sedar kesilapan memberi pendapat kepada rakyat menyerlahkan lagi bahawa mereka
sebenarnaya tidak arif dalam politik sebenar.
Bagaimana kalau
rakyat sedar bahawa BN silap menafsir kemampuan mereka. Perbandingan dengan PR
adalah satu kesilapan. Mereka daif dalam mempamirkan kemampuan mereka dengan
membuat perbandingan dengan parti yang belum pun diberi kesempatan memerentah
negara.
Jika rakyat sedar bagi
merialitikan pendapat BN adalah munasabah meemberi kesempatan kepada PR
memerentah negara dan melihat prestasi PR dan sekaligus perbandingan dapat
dibuat.
Kita bincang kemampuan
memerentah negara tapi jika dilihat kesempatan yang telah diberi rakyat kepada
negeri telah terbukti kemampuan memerentah negeri. Rata rata rakyat menganggap
kerajaan PR telah lulus memerentah negeri. Ada kemampuan dan bijaksana. Apakah
sukar bagi rakyat memeberi amanah memerentah negara kepada PR sebagai hadiah
terbesar atas kecemerlangan dan kemampuan memerentah negeri.
Beranikah rakyat
Malaysia meminjamkan amanah ini kepada PR sebagai percubaan kedua. Harap rakyat
Malaysia ada keberanian.
Saman: Mendidik atau punca pendapatan negara
Membahaskan pendidikan
rakyat mengguna jalanraya secara berhemah. Pendekatan terbaik digunakan sekarang
adalah dengan mendenda pesalah jalan raya. Tindakan paling mudah buat salah
akan didenda. Denda paling popular adalah dibayar dengan duit. Semakin kerap
kesalahan dilakukan semakin tinggi denda akan dikenakan.
Persoalannya adakan
dengan mendenda akan mengubah persepsi pengguna jalanraya akan berubah. Adakan akan
terdidik pengguna dengan amaran akan mendenda. Sepanjang sejarah tidak pernah
turun jumlah denda dikenakan kepada pesalah jalanraya.
Kerajaan semakin
lena dan gembira kerana hasil denda menjadi sebahagian pendapat negara. Dilihat
dan diperkatakan bahawa jika kerajaan kesempitan pendapatan punca paling mudah
untuk mendapatnya adalah dengan membuat operasi mencari pesalah dan menyaman. Bagi
pesalah yang masih tidak mahu membayar saman akan diburu sehingga dikeluarkan
perintah waran tangkap. Ada pesalah jalanraya dikutip dirumah ketika sedang
nyenyak tidur.
Kutipan dikhabarkan
mencecah jutaan ringgit sehingga dianggarkan mampu membayar gaji penjawat awam
untuk sebulan. Pengistiharan memburu pesalah jalanraya digunakan bagi
menakutkan dan memastikan pesalah jalanraya membayar saman yang telah
dikeluarkan.
Malangnya pesalah
jalanraya terpaksa memerah poket untuk membayar saman walau masih belum pasti
baki yang tinggal cukup untuk makan tengahari. Berhutang dan bergadai. Bagi mengelak
dari buru pemerentah terpaksa mencari jalan membayar saman.
Ini sebahagian
fenomena yang berlaku kepada pesalah jalanraya. Puncanya kerana penguna
jalanraya tidak patuhi undang undang jalan raya. Ada punca lain ? tentu ada
kenapa pengguna jalanraya tidak mematuhi undang undang jalanraya.
Persoalan disini
adalah kerajaan mengambil inisiatif menggunakan kuasa menyaman sebagai punca
pendapatan untuk perbelanjaan kerajaan. Seolah kerajaan lebih gemar bertindak
menyaman dan memaksa pengguna jalanraya membayar saman mereka.
Tidak ada sifat mendidik
pengguna jalanraya yang telah memebuat kesalahan. Lebih jelas mengambil
kesempatan menyaman pesalah jalanraya dan memburu supaya pesalah jalanraya membayar
saman. Mengugut dan menggunakan undang undang lebih keras untuk mengutip
bayaran saman dari rakyat sendiri.
Tidak kelihatan
mendidik rakyat supaya sedar undang undang jalanraya perlu diikuti dan
kesedaran keselamatan jalanraya perlu diutamakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)