Sunday, July 11, 2010

Luahan Pendapat

wahai anak muda sekelian masa kamu telah sampai kerana ada tempat untuk kamu menimba ilmu dan mencurak pendapat kamu dalam arena kemasyarakatan. penuhilah masa terluang kamu dengan membaca pendapat rakan kamu dengan cerita dan pendapat mereka dan balaslah pendapat mereka dengan cara dan pendapat kamu sendiri.

kamu telah disediakan tempat untuk kamu berkumpul dalam bentuk maya yang lebih hebat dari kamu berkumpul ditei jalan atau shopping compleks. lebih baik kamu berada didepan komputer kamu dan mentalaah untuk kebaikan diri kamu dengan bersama mengambil bahagian dalam pengukuhan pendapat dan sependapat dalam isu semasa.

jika kamu mempunyai bilangan yang ramai, ini akan membanyakkan lagi pertumbuhan pemikiran dikalangan kamu. perhebatkan perkumpulan kamu dengan komunikasi yang mantap dan dengan cara yang bersopan serta berhemah. jika kamu aktif dalam perkumpulan komunikasi ini banyak yang kamu akan dapat terutama kamu akan diberi perhatian oleh golongan yang senior dari kamu.

dengan kata lain kamu hidupkan perkumpulan kamu seolah kamu sedang berada dalam universiti dimana pergerakan kamu cukup hebat dan dipandang pertumbuhan kamu itu sebagai pelapis generasi sekarang.

bagi anak muda yang tidak kesempatan untuk menjejak kaki ke menara gading boleh juga mengambil bahagian dalam pekembangan minda ini dengan sama-sama mencurah pendapat dan mewarnai suasana kewujudan perkumpulan anak muda dalam dunia maya.

kamu lihat sendiri wahai anak muda jika kamu berkumpul dalam satu masa seluruh warga universiti di perkarangan universiti. tentu kamu merasa gah dengan jumlah perkumpulan yang kamu ada. sudah tentu kamu digeruni oleh sesiapa yang melihatnya. sudah tentu kamu akan berada didada akhbar dengan berita hebat memperkatakan tindakan yang kamu buat itu. banyak komen-komen yang akan diperkatakan oleh penulis mengenai tindakan kamu itu.

satu masa bila bilangan kamu telah meningkat, kamu mampu melakukan reformasi kebudayaan yang dikira akan memberi lebih kebaikan kepada masyarakat dan negara. akan timbul diantara kamu menjadi seorang pemimpin revolusi yang kamu bina dalam masyarakat maya.

banyak pendapat-pendapat yang bernas dari bijak pandai diantara kamu dapat memberi panduan kepada yang kurang pendedahan kerana pergaulan yang kurang. kurang pergaulan disi ditumpukan pergaulan intelek yang membawa pemikiran terbuka dan berhemah tinggi. anak muda yang kurang pendedahan dengan pengetahuan intelek dengan tidak sengaja mempelajari bagaimana seorang berpendidikan tinggi berfikir dan berhubung dalam masyarakat.

Saturday, July 10, 2010

Rawatan jantung terbaru

Saya baru menonton Majalah TV3 sebentar tadi memaparkan bagaimana kemajuan sains perubatan berjaya mencipta satu mesin untuk mengubati pesakit jantung. Perubatan ini tidak memerlukan pesakit jantung dibedah seperti yang kia bayangkan bila kita diisytiharkan sebagai pesakit jantung.

Alat ini dipanggil ESMR yang dicipta di Jerman. Alat ini difahamkan berharga RM2.5 juta. Buat masa ini alat ini hanya ada satu sahaja di Malaysia. Ia akan ditambah untuk masa hadapan bagi memenuhi permintaan pesakit jantung yang semakin bertambah dan ramai diantaranya tidak dapat dibedah atas faktor kesihatan lain.

Alat ini hanya memancarkan kejutan letrik kepada pesakit dalam 500 kali setiap rawatan. Pesakit hanya tidur diatas katil tidak merasai apa-apa semasa proses kejutan elektrik dijalankan. Dalam proses perubatan ini pesakit tidak perlu lagi dibrdah seperti prosidur biasa pesakit jantung.

Pesakit tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk rawatan kerana rawatan yang diberi kos rawatannya mungkin lebih rendah . Selain itu kadar keselamatan untuk rawatan sakit jantung lebih tinggi.

Saya merasa gembira kerana terdapat rawatan yang lebih baik telah tercipta dan ini akan memberi harapan baru kepada pesakit jantung di Malaysia. Difahamkan puluhan ribu pesakit jantung di Malaysia akan mendapat rawatan ini kerana ramai pesakit jantung di Malaysia berisiko menjalani pembedahan. Dengan cara ini akan mengurangkan kadar kematian yang akan berlaku akibat tidak dapat menjalani pembedahan.

Buat masa ini ramai pesakit jantung tidak dapat menjalani pembedahan kerana berisiko waktu pembedahan disebabkan pelbagai masalah. Dengan adanya cara perubatan pesakit jantung yang baru ini akan memberi kadar kematian yang rendah bagi pesakit jantung. Lebih ramai pesakit jantung dapat diselamatkan tanpa melalui proses pembedahan.

Diharap pihak kementerian kesihatan dapat menambahkan lagi mesin perubatan bagi pesakit jantung dan dalam masa yang sama kos pembedahan dapat dikurangkan.

Penanggung

Tidak semua masyarakat sedar bahawa dalam institusi keluarga, mereka adalah seorang penanggung dalam keluarga yang dibina. Keluarga sepenuhnya mengharapkan perhatian untuk keselamatan dan apa saja kesukaran.

Sememangnya tugas seorang yang menanggung keluarga amat berat. Seluruh ahli keluarga mengharapkan kehebatan kita untuk memberi perlindungan kepada keluarga. Tanggungjawab ini sepatutnya difahami oleh penanggung ini. Betapa besarnya tanggungan yang akan dipikul oleh ketua keluarga. Jika ketua keluarga gagal menanggung keluarga, kesukaran akan menimpa kepada keluarga yang terpaksa mengganti tanggungan yang ditinggalkan.

Ketua keluarga yang memmpunyai tanggungjawab yang tinggi dalam keluarga perlu berhati-hati dengan musibah yang mendatang tanpa kita rancang. Tidak siapa dapat menjangka kejadian yang akan menimpa kita esok memberi kebaikan atau keburukan. Semua itu kita hanya menanti kehadiran hari esok dengan penuh debaran. Cuma buat masa ini kita merasai kesukaran yang mungkin menimpa kita kerana sepanjang hayat kita masih belum menghadapi kesukaran yang akan membawa kepada beralihnya penanggung dalam keluarga.

Beralih penanggung dalam keluarga adalah kita sebagai seorang suami tidak lagi mampu menjadi seorang yang mampu menanggung keluarga seperti selalunya. Segala bentuk urusan yang selama ini kita yan uruskan dalam hal keluarga terpaksa diuruskan orang lain atau isteri kita. Munngkin kita hanya mampu melihat sahaja atau kita pergi buat selamanya dan meninggalkan teru urusan keluarga kepada isteri kita yang tidak perna melakukan tugas-tugas yang kita buat selama ini.

Terbayangkah kita secekap mana isteri kita dapat mengambil alih tugas kita yang kita tinggalkan. Semua urusan yang kita lakukan dulu terpaksa isteri kita lakukan sendirian mungkin jika itu satu beban yang kita tanggung sebelum ini. Kalau ianya pengurusan harta mungkin ramai yang akan sudi datang membantu kerana habuan yang akan diterima kera sudi membantu.

Kesukaran yang tidak dapat dibayangkan jika isteri kita terpaksa menanggung hutang masih belum langsai sebelum kita tiada atau mengalami kesukaran menjalankan tugas sebagai ketua keluarga. Semua ini akan ditanggung oleh isteri kita. Mampukah kita bayangkan atau melihat isteri kita menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dalam keadaan serba kesukaran. Adilkah semua ini ditanggung sendirian oleh isteri kita.

Bagi ketua keluarga yang banyak meninggalkan hutang, ini satu penyiksaan kepada keluarga kerana meraka bukan orangnya yang mampu menanggung tugas kita. Mereka akan kalah dengan kesukaran yang terpaksa ditanggung.

Maka tugas ketua keluarga adalah menyediakan penanggung yang mampu mengganti bagi menanggung semua kesukaran yang keluarga akan hadapi jika berlaku musibah kepada ketua keluarga.