Friday, August 6, 2010

Pertolongan Allah

Dua hari lepas saya menonton sebuah filem dalam siaran Hallmark rancangan Astro. Kisah keluarga yang mengalami tekanan tidak cukup tenaga untuk mengendalikan ladang limau yang diusahakan turun temurun.

Dalam permulaan cerita mertua perempuan ini telah meninggal dan tinggallah dia bersama adik mertuanya dan sepasang anak yang masih kecil. Dalam tekanan yang dihadapinya perempuan ini telah berputus asa dengan nasib yang menimpa. Baginya tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan selain ingin meninggalkan rumah itu dan pergi jauh dari perkampungan itu.

Dalam masa yang sama sharif pekan berhampiran kampungnya terjumpa seorang lelaku yang mengembara dipekan yang mana tuan kedai tempat dia bekerja tidak lagi mampu membayar gaji atas kerja kerja yang dilakukan.

Sharif mencadangkan lelaki itu membantu perempuan yang malang tadi untuk semusim sebelum lelaki tu meneruskan pengembaraannya. Lelaki itu bersetuju membantu perempuan tadi.

Pada mulanya perempuan tadi tidak bersetuju kerana tidak mampu membayar gaji kepada lelaki tadi tapi bila didesak oleh adik mentuanya dia bersetuju juga dengan gaji hanya tempat tinggal dan makan setiap hari.

Perempuan tadi cukup sedih kerana ditimpa malang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan nasib yang menimpa. Dia tidak tahu kenapa Tuhan menimpa malang ini kepadanya tanpa belas kasihan.

Dalam masa yang sama perempuan tadi tidak sedar bahawa Tuhan telah memberi bantuan kepadanya dengan menampilkan seorang lelaki kepadanya tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Lelaki tadi juga denga senang hati gembira membantu keluarganya tanpa menetapkan bayaran yang tinggi.

Tanpa perempuan tadi sedar bahawa dia telah diberi bantuan oleh Tuhan yang mana bantuan itu ada didepan matanya sendiri.

Pengamatan kita tidak dapat membaca pemberian Tuhan kerana kita tidak melihat apa yang ada didepan mata kita dengan kesyukuran kepada Allah. Kita hanya tahu pertolongan itu dihantar kepada kita yang dapat kita rasa dan dapat kita lihat hasilnya tanpa kita fikir secara mendalam. Pertolongan yang kita harapkan dari Allah adalah seperti seorang yang memberi sebuku roti kepada kita ketika kita sedang lapar. Kita dapat lihat roti itu dan kita dapat makan untuk menghilangkan lapar kita. itulah istilah pertolongan kepada kita.

Perlu kita sedar bahawa Allah adalah tuhan yang agung. Pemberiannya tidak sama dengan pemberian manusia kepada manusia. Dengan kebijaksanaanNya kita tidak mampu memahami tindakan dan perbuatanNya. Kita perlu sedar bahawa Allah sentiasa memberi kepada kita dan pemberianNya adala sepanjang hidup kita.

Lihatlah contoh cerita tadi batapa lemahnya manusia tidak dapat melihat pertolongan Allah kepadanya yang ada didepan mata. Masih tidak dapat mentafsir pemberian Allah walaupun pemberian itu didepan mata.

Sememangnya sifat manusia lemah dalam mengerti perbuatan Allah kerana tidak ada kemampuan bagi manusia untuk mengerti apa yang Allah lakukan sehingga Allah memberitahu kepada manusia itu.

Janganlah manusia cepat menganggap tidak ada pertolongan dari Allah bila kita dalam keadaan kesusahan kerana kita tidak mampu melihat apa yang Allah lakukan atas kelemahan kita sebagai manusia. Bersabar dan berdoa agar kita dapat melihat pertolongan Allah dan memanfaatkan dengan kesyukuran.

Doa adalah satu sifat kemanusiaan dengan menafsirkan diri kita sebagai hamba Allah yang lemah. Allah adalah sebagai tuhan yang agung maha tinggi ilmu sebagai penjaga kita dalam kehidupan ini sehingga akhirat nanti.

Bersabar dan berdoa suatu amalan yang patut ada dalam diri kita. ia banyak membawa kebaikan kepada kita untuk kekal sebagai mukmin.

Mengesakan Allah Dalam Diri Kita

Kita tidak sedar diri kita ketinggalan dalam mengesakan Allah. Kita terlalu memandang apa yang ada dihadapan kita. Dengan kelemahan dimana tidak faham apa yang kita hadapi, taksub menangani dunia dihadapan kita. dunia bukan tempatnya untuk kita berseronok. Dunia adalah tempat kita menghambakan diri kepada Allah. Dunia tempat sementara untuk kita mati. Jadi jangan meletakkan dunia sebagai satu keutamaan.

Apa yang memburukkan lagi, kita tidak faham dengan dunia di hadapan kita sehingga Allah menurunkan panduan untuk menghadapi dunia ini melalui pesuruh Nya. Bukan calang orang yang menjadi pesuruhNya. Bukan ringan tanggungan yang dipikul oleh pesuruh Allah. Terlalu besar dan terlalu berat. Banyak musuh yang menentang dan mencari jalan untuk menghapuskan ajaran yang dibawa. Panduan yang Allah turunkan kepada manusia cukup sempurna dan membawa kebaikan serta keselamatan. Namun tidak sedar diri manusia masih mencari cara untuk menghadapi dunia dengan cara yang dicari sendiri.

Terbukti kelemahan manusia terlalu daif sehingga Allah menurunkan panduan hidup kepada mereka. Itu pun masih tidak menyedarinya lagi. Taksub dengan pencapaian yang tidak terbukti kejayaannya. Beranggapan berjaya membina satu peradaban yang baik namun tidak terfikir bahawa apa yang dibuat itu bersifat sementara dan tidak dapat dipastikan untuk kebaikan sejagat. Walau kejayaan yang diperolehi namun ia masih lagi perlu dibaiki. Setiap kejayaan yang di hadapi itu perlu diperbaharui setiap masa untuk menjadi lebih baik lagi. Hanyan kejadian yang datang dari Allah sahaja yang dapat digunakan selama-lamanya. Tidak ada cacat celanya untuk kesempurnaan manusia.

Tidakkah ini telah diajar Allah dalam kalam yang disampaikan kepada manusia. Dalam kalam ini telah jelas dipertunjukkan panduan kehidupan untuk manusia. Mengapa masih mencari kehidupan di dunia ini. Terlalu bodohkah manusia ini atau berlagak pandai.

Sudah berapa lama manusia diberi panduan menguruskan kehidupan di dunia ini, namun masih lagi gagal dan sesat. Mengapa manusia memilih jalan sesat ini. Apakah tidak faham dengan apa yang disampaikan Allah dalam kalam Nya. Terlalu sukarkah untuk memahami apa yang disampaikan dan mengamalkannya.

Manusia telah diajar dan diberi bukti keesaan Allah sepertimana dalam kalam Allah. Manusia hanya diminta mengikuti akan ajaran yang disampaikan dan mengamalkan sebaik mungkin dengan kemampuan yang ada. Allah lebih mengetahui kemampuan manusia. Seperti diketahui bahawa Allah adala maha mengetahui. Dari sifat itulah manusia berada dalam perhatian Allah dan sentiasa dalam rahmat Nya. Allah bersifat pengasih dan penyayang.

Kenapa manusia gagal meletakkan Allah dalam diri mereka. Mengapa mereka tidak merasakan kebesaran Allah Taala seperti diberitahu oleh pesuruhnya Muhammad s.a.w. Muhammad s.a.w. begitu mengenali Allah taala sehingga disebut dalam hadis yang membincangkan kebesaran serta takutnya kepada Allah.

Bagi manusia yang tidak pernah berdepan dengan Allah lebih lebih lagilah rasa gerunnya dengan keesaan yang di perkatakan.

Sujudlah wahai manusia atas kebesaran Allah taala yang diajar nabi kita s.a.w. jadikanlah Allah taala sentiasa disamping kamu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

Hadirkanlah nama Allah dalam setiap ayat yang kita sebutkan. Menjadikan kita sentiasa memandang Allah walau apa saja yang kita sebutkan.

Sentiasalah memandang Allah agar kita sentiasa dalam rahmatNya. Begitulah menjadikan kita sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah. Walau apa yang kita lakukan jangan perpaling muka kita dari memandang Allah. Berurusanlah dengan apa saja tetapi pandangan kita tetap memandang Allah. Tetapkan pandangan kita walau sesukar mana urusan dihadapan kita.

Bersyukurlah jika kita mampu lakukan. Itulah sebaik baik perbuatan yang kita lakukan tanpa meninggalkan Allah dan tersebut zatNya dalam setiap ayat yang kita sebutkan.

Kita mencari redhaNya dalam hidup ini. Redha Allah kepada kita didunia ini membawa kebahagiaan kepada kita diakhirat nanti. Berlindunglah kita dengan Allah agar tidak dimurkai hidup kita ini. Kemana lagi hendak kita tuju dan kepada siapa hendak kita minta pertolongan agar terselamat hidup kita didunia.

Kemana kita hendak tuju akhirat nanti. Semuanya kepunyaan Allah. Kemana kita hendak tinggal selepas kematian kita.semuanya kepunyaan Allah. Tidak dapat dibayangkan jika Allah tidak redha kita berada didalam pemerentahanNya. Sedangkan tidak ada dunia atau akhirat lain yang ada untuk kita buat pilihan.

Hanya kepunyaan Allah yang tinggal kekal abadi dan hanya Allah sahaja kekal memerentah ciptaanNya. Kemana lagi kita hendak pergi sedangkan yang kekal hanya pemerentahanNya. Pertolongan siapa yang kita mampu minta sedangkan semuanya hanya bergantung kepada pertolongan Allah.

Siapakah yang berani memperkatakan pemerentahan lain sedangkan telah terbukti denga jelas hanyan pemerentahanNya yang memerentah semesta ini.apakah bukti mereka jika berkeras dengan pendapat mereka. Mampukah mereka membawa bukti selain dari kepunyaan Allah.

Apakah mereka tidak berfikir bahawa mereka tidak mampu mencipta walau setitik air sebagai ganti ciptaan Allah. Apakah mereka bodoh untuk mengakui empunya setitik air yang mereka gunakan setiap detik kehidupan mereka. Bagaimana mereka mengaku mereka bijak dalam mencipta dan mampu menjadika dunia ini aman.

Kita menunggu pemberian Allah tanpa memikirkan apa yang telah kita perolehi.


Syaitan Dan Nafsu

Mengambil kesempatan dalam minda ini yang terfikir tentang diri kita yang sering melakukan dosa dalam hidup kita seharian. Tambahan lagi kita hampir dengan puasa akan ada rintangan untuk kita melakukan ibadat. Banyak rintangan yang akan kita hadapi kerana kita tidak melakukan ibadat puasa sepanjang sebelas bulan yang lepas. Puasa bukan perkara rutin ibadat yang kita amal sepanjang setahun hidup kita. jadi puasa tidak memberi suatu ibadat yang ringan dalam amalan kita.

Kalau kita perhatikan kehidupan kita seharian, kita akan berdepan dengan pengaruh bisikan syaitan yang sentiasa menjurus kita melakukan kesilapan dan sekali gus dosa kepada Tuhan. Setiap manusia akan diserang oleh syaitan yang akan merosakkan pemikiran kita supaya gemar dengan kelakuan yang dilarang Tuhan. Samada kita dalam keadaan sedar atau tidak, kita melakukan dosa yang ditegah agama.

Bagi manusia yang tidak banyak pengetahuan dalam hukum dan pelajaran agama amat mudah melakukan dosa tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa. Oleh kerana terlalu biasa dengan melakukan dosa mereka tidak tahu lagi mana yang baik dan mana yang tidak baik. Perbuatan mereka adalah jika tidak mendatangkan mudarat kepada diri mereka itu boleh dilakukan. Seperti apa yang dilakukan oleh orang kafir sekaran ini. Walau pun dalam Islam tidak membenarkan perbuatan itu, tapi jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat ( pada pendapat mereka ) perkara itu boleh dilakukan.

Kembali kita kepad perlakuan kita yang kita kira dan adanya kita tidak tahu bahawa itu adalah satu kesalahan dalam hukum. Dalam satu peristiwa zaman Rasulullah dulu selepas balik dari perang Rasulullah berkata kita akan berdepan dengan setu lagi perang yang lebih besar selepas ini. Sahabat bertanya kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab kita akan berperang dengan nafsu kita sendiri. Itulah perang yang lebih besar dari perang yang kita menang sekarang.

Kita pasti paham bahawa kita sekarang ini mempunyai dua serangan yang akan membawa kita kepada kemusnahan dan akan mendapat dosa dari perbuatan kita itu. Pertama kita akan dipengaruhi oleh syaitan dan kedua kita akan bertembung dengan nafsu kita sendiri yang mana sabda Rasulullah mengatakan perang yang lebih besar dari perang menentang musuh Islam.

Syaitan kita tahu bila datang bulan Ramadhan Allah akan menggari dan tidak akan dapat menggoda manusia selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaiman dengan nafsu kita. Adakah nafsu kita dibelenggu juga bersama syaitan. Tidak. Nafsu kita akan bersama kita juga dalam bulan Ramadhan. Nafsu akan merosakkan kita jika kita tida membendung serangan dan godaan dalam Ramadhan ini.

Kita tidak sedar bahawa walau syaitan tidak ada dalam Ramadhan namun nafsu masih ada untuk menggoda kita melakukan perkara mungkar dalam bulan suci penuh dengan keberkatan. Ramai manusia yang kalah dengan nafsu dan perangai mereka sama seperti bulan bulan yang lain. Ini bermakna walau syaita dibelenggu sekali pun mereka tidak terlepas dari bersikap seperti syaitan bersama mereka.

Walau pun syaitan tida bersama manusia selama sebulan sikap sebahagian manusia masih lagi seperti syaitan aa bersama mereka. Mengapa ini masih berlaku sedangkan godaan syaitan tidak lagi mengganggu mereka. Ini memberi gambaran bahawa godaan nafsu mereka cukup kuat dan godaan itu sekuat godaan syaitan. Walau pun syaitan tidak ada nafsu masih boleh merosakkan manusia melakukan dosa dan kejahatan. Kita boleh lihat masih ramai manusia melakukan dosa dalam bulan Ramadhan dengan tidak berpuasa dan berbagai maksiat sepanjang Ramadhan.

Betapa kuatnya manusia digoda dengan rintangan untuk mendapat kasih Allah. Setiap saat manusia akan berdepan dengan pengaruh kejahatan dan kemungkaran dalam hidup mereka. Bayangkan jika umat nabi Muhammad hidup sehingga beratus atau beribu tahun berapa banyak dosa yang akan dilakukan oleh manusia ini.

Bagi manusia yang berazam akan menjalankan ibadat puasa Ramadhan ini sedarlah bahawa kita masih akan berdepan dengan rintangan dalam ibadat kita Ramadhan ini. Berhati hatilah dengan tindakan kita terutama sikap kita yang sentiasa melakukan dosa dosa kecil mata, telinga, mulut. tangan, kaki juga hati sendiri. Alihkan perhatian anggota kita dengan banyak menghadiri majlis ibadat di masjid dan cuba dapatkan rakan rakan bertadarus al Quran bergilir gilir bagi mengisi masa dengan kegiatan yang mengurangkan peluang nafsu kita mengambil bahagian dalam hidup kita.