Monday, September 12, 2011

Heboh dulu baru nafi

Saya menulis disini kerana ingin menzahirkan kehairanan dengan cukai penggunaan talian pra bayar dikenakan sebanyak 6%. Ramai tidak senang dengan keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersebut.

Perkara ini seperti dilaporkan adalah keputusan yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan ini. Seperti difahamkan bahwa rakyat Malaysia akan dikenakan cukai tersebut untuk penggunaan talian telefon.

Menghairankan saya adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat telekomnikasi adalah seolah telah dipersetujui oleh kerajaan kerana keputusan yang dibuat sepatutnya mendapat riaksi dari kerajaan dulu sebelum menghebahkan kepada pelanggan.

Kenapa pemakluman dibuat dahulu dan setelah mendapat bantahan pelbagai lapisan rakyat barulah kerajaan buka mulut menafikan cukai yang dikenakan telah mendapat kelulusan dari kerajaan.

Kenapa kerajaan menunggu riaksi dari rakyat baru menyatakan pendirian tidak bersetuju cukai yang dikenakan itu. Pihak syarikat telekomunikasi perlu mendapat keputusan dari kebinet dahulu sebelum melaksanakan cukai tersebut.

Ini pernah berlaku kepada Astro dilaporkan membuat kenyataan menaikkan caj bil kepada harga baru. Rakyat bising dengan tekanan yang dibuat oleh pihak Astro. Setelah rakyat bising barulah kerajaan buka mulut menyatakan Astro tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan tanpa kelulusan kebinet.

Sekarang berlaku lagi dengan syarikat telekomunikasi membuat kenyataan mengenakan cukai 6 % keatas pelanggan. Rakyat kembali bising dan seperti dulu kerajaan pun buka mulut dengan modal yang sama menyatakan bahawa cukai itu tidak boleh dikenakan kepada pengguna kerana tidak mendapat kelulusan dari kerajaan.

Seperti ada permainan tarik tali disini. Bagaimana jika rakyat tidak bising mungkin cukai ini akan terus dikenakan kepada pengguna tanpa kerajaan bising dengan mengenakan syarat bahawa perlu kepada kelulusan kabinet.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Tunggu rakyat bising dulu baru nak melarang syarikat bertindak. Apakah syarikat tidak tahu peraturan bahawa mereka perlu merujuk kepada kabinet dulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenakan cukai tersebut. Apakah kerajaan tidak akan bertindak kepada syarikat telekominikasi jika rakyat tidak buat bising dan meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Nampak seperti kerajaan tidak peka dengan situasi rakyat dan perkara perkar yang akan berlaku. Menunggu rakyat bertindak baru kerajaan menunjukkan muka berlagak seolah kerajaan prihatin.

Saya tidak mahu menuduh tapi kelihatan kerajaan seolah bersekongkol dengan syarikat telekomunikasi menghebahkan pengenaan cukai tersebut dulu kepada rakyat dan lihat bagaimana reaksi rakyat. Jika rakyat tidak bising bolehlah diteruskan dengan cukai tersebut tapi jika rakyat bising kerajaan terpaksa bertindak menafikan bahawa kerajaan bersetuju penggunaan cukai tersebut kepada pelanggan.

Kerajaan akan bertidak kelihatan tegas bagi menutup mulut pengguna atau rakyat yang kecewa dengan kerajaan memebenarkan cukai tersebut digunakan.

Kita akan lihat syarikat mana lagi yang akan mengenakan tekanan kepada rakyat dan saya menjangkakan keadaan akan berlaku sama seperti sekarang.

Saya berharap ada ulasan lebih baik lagi dengan tinakan lambat kerajaan ini.


Saturday, September 10, 2011

Membongkar fakta sejarah perjuangan kemerdekaan

Semenjak saya mengikuti perkembangan sejarah tanah air, banyak sejarah yang saya tidak tahu timbul dalam arena penulisan. Saya tidak sangka bahawa masih banyak lagi sejara kemerdekaan negara tidak diberitahu kepada rakyat  secara fakta.

Lebih mengejutkan saya peranan parti komunis yang digambarkan sebagai pengkianat negara telah memebuatkan saya ingin menilai semula kerana fakta yang didalam sejarah telah diragui. Ini bukan bermakna saya tertarik dengan perjuang komunis, tetapi fakta yang diberikan tidak lagi dapat dipegang kerana terdapat fakta lain yang mampu bersaing dan dapat membatalkan fakta dulu.

Perjuangan menuntut kemerdekaan mempunyai banyak lagi cerita cerita yang tidak dipaparkan dalam pengetahuan rakyat Malaysia. Malang sungguh rakyat Malaysia dinafikan hak mereka untuk mendapatkan cerita dengan fakta sebenar tentang sejarah menuntut kemerdekaan.

Selama ini komunis disejarahkan sebagai petualang yang ingin menghancurkan Tanah Melayu waktu itu kini tidak lagi kelihatan begitu kerana ada fakta lain yang tidak dinyatakan sebagai sebahagian dari sejarah. Tidak diketahui kenapa penglibatan komunis dalam perjuang kemerdekaan dilebelkan sebagai petualang negara.

Saya amat berharap mendapat fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara kerana ini adalah maruah negara kerana dianggap pejuang yang gugur tidak dipaparkan sebagai pejuang menuntut kemerdekaan. Keinginan saya untuk tahu apakah berita sebenar tentang peranan komunis dalam sejarah kemerdekaan.

Jika benar komunis adalah parti yang mengganggu kemerdekaan dengan fakta fakta yang dapat diterima ianya patut disejarahkan begitu. Namun ia sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan.

Saya yakin masih banyak lagi sejarah yang terpendam masih belum dibongkar. Perlunya ahli sejarah menggali kembali sejarah kemerdekaan negara agar dapat ditatapi oleh anak negara akan datang. Saya yakin pembongkaran sejarah ini akan mengubah sejarah tanah air kepada satu demensi baru dalam pemahaman kemerdekaan.

Akan timbul ramai watak watak baru pejuang kemerdekaan dalam demensi yang berbeza. Pemahaman erti kemerdekaan akan juga berubah kerana bentuk kemerdekaan sebenar akan diketahui.

Melihat kepada perkembangan penghuraian kisah perjuangan menuntut kemerdekaan dapat dilihat bagaimana corak sebenar menuntut kemerdekaan berlaku waktu itu. Bukan sekadar mereka yang telah dipaparkan dalam buku sejarah malah mereka yang tertinggal dalam penafsiran perjuangan juga akan dapat dibawa keluar dari penyembunyian sejarah.

Kalau sekarang kita membaca sejarah mengatakan sesaorang itu adalah petualang mungkin pembongkaran fakta baru dapat membersihkan nama mereka dan ditafsirkan sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan.

Terpesongnya fakta sejarah


Mengikuti perkembangan pejuang kemerdekaan yang diperdebatkan sekarang membuatkan saya tertarik untuk sama memberi pendapat. Sebagai seorang sebelum ini digelar anak merdeka rasa terkejut dengan perkembangan baru tanahair.
Sekian lama saya hidup di Malaysia ini baru saya tahu bahawa sejarah Tanah Melayu tidak seperti yang saya pelajari di sekolah. Saya juga tersedar bahawa dalam pensejarahan Tanah Melayu waktu itu hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang dikedepankan sebagai pejuang kemerdekaan.
Selama ini saya mengakui bahawa UMNO sebagai satu parti pejuang kemerdekaan yang berjaya memaksa British melepaskan pegangan mereka keatas Tanah Melayu. Saya menggagumi kecerdikan pejuang dari parti UMNO yang mampu membawa Tanah Melayu kepada Malaysia yang merdeka.
Terbaca juga saya pejuang kemerdekaan lain tetapi tidak banyak yang dipaaprkan dalam cacatan sejarah di sekolah. Sehingga kini saya masih berpegang dengan fahaman bahawa hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang betul betul bertindak memerdekakan Malaysia.
Sehinggalah perdebatan ini hebat di perkatakan dalam blog yang saya ikuti memberitahu dan mengkhabarkan semula bahawa Malaysia masih banyak lagi pejuang kemerdekaan yang tidak ditampilkan dalam buku sejarah sekolah.
Bayangkan tiga puluh tahun saya tinggalkan sekolah dan masih beranggapan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah layak diberi kepada mereka yang kebanyakannya berada dalam parti UMNO.
Akhir akhir ini saja saya mulai sedar bahawa masih ramai lagi malah dikhabarkan beratus lagi pejuang kemerdekaan yang disembunyikan oleh penulis sejarah Malaysia. Malang sungguh saya sebagai anak Malaysia tidak tahu bahawa Malaysia ( Tanah Melayu ) mempunyai pejuang kemerdekaan yang amat ramai dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Diperkatakan juga pejuangan mereka yang tidak timbul dalam buku sejarah sekolah lebih tinggi semangat juang mereka dari mereka yang terpangpang  didada sejarah seperti diberi tahu.
Saya percaya lebih ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa negara kita mempunyai pejuang kemerdekaan tidak seperti yang kita tahu. Pejuang kemerdakaan yang tidak disejarahkan itu adalah pejuang sebenar dan lebih dahuli dari pejuang yang disejarahkan.
Saya yakin mereka yang mentadbir negara sekarang juga tidak sedar bahawa meraka juga diberi fakta yang salah oleh pemerentah dulu dalam penyiaran sejarah tanah air. Mereka berkeyakinan bahawa pejuang kemerdekaan adalah seperti beritahu dalam sejarah.
Saya bersyukur kerana perkara sebegini dapat dibongkar kerana terasa malu untuk barkata bahawa Malaysia merdeka kerana rundingan dengan pihak British. Ada cerita lain yang tidak dipaparkan dalam sejarah sebenar untuk diberitahu kepada rakyat sebagai panduan bahawa kemerdekaan sebenarnya adalah dari perjuangan menumpahkan darah.
Rundingan kemerdekaan itu bukan pokok sebenar Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai adalah desakan oleh pejuang yang berani menumpahkan darah demi tanah air tercinta.
Malang sekali pihak yang mengambil kesempatan atas huru hara yang berlaku tampil kedepan mengaku berjaya mencapai kemerdekaan. Kebenaran sejarah adalah salah dari apa yang diceritakan.
Saya berharap kebenaran sejarah dapat dibongkarkan lagi demi maruah anak bangsa yang cintakan negara. Janganlah sampai dipinggirkan pejuang sebenar dari titipan sejarah. Mereka juga ada hak untuk disanjung sebagai pejuang agung. Malah mereka lebih berani dan berhemah dari pejuang yang dipaparkan dalam buku sejarah sekarang.
Pensejarahan perlu di kaji semula agar anak negara yang akan datang tidak lagi di pesongkan fakta sejarah negara kita yang kita cintai.