Thursday, September 27, 2012

Saman: Mendidik atau punca pendapatan negara


Membahaskan pendidikan rakyat mengguna jalanraya secara berhemah. Pendekatan terbaik digunakan sekarang adalah dengan mendenda pesalah jalan raya. Tindakan paling mudah buat salah akan didenda. Denda paling popular adalah dibayar dengan duit. Semakin kerap kesalahan dilakukan semakin tinggi denda akan dikenakan.

Persoalannya adakan dengan mendenda akan mengubah persepsi pengguna jalanraya akan berubah. Adakan akan terdidik pengguna dengan amaran akan mendenda. Sepanjang sejarah tidak pernah turun jumlah denda dikenakan kepada pesalah jalanraya.
Kerajaan semakin lena dan gembira kerana hasil denda menjadi sebahagian pendapat negara. Dilihat dan diperkatakan bahawa jika kerajaan kesempitan pendapatan punca paling mudah untuk mendapatnya adalah dengan membuat operasi mencari pesalah dan menyaman. Bagi pesalah yang masih tidak mahu membayar saman akan diburu sehingga dikeluarkan perintah waran tangkap. Ada pesalah jalanraya dikutip dirumah ketika sedang nyenyak tidur.

Kutipan dikhabarkan mencecah jutaan ringgit sehingga dianggarkan mampu membayar gaji penjawat awam untuk sebulan. Pengistiharan memburu pesalah jalanraya digunakan bagi menakutkan dan memastikan pesalah jalanraya membayar saman yang telah dikeluarkan.

Malangnya pesalah jalanraya terpaksa memerah poket untuk membayar saman walau masih belum pasti baki yang tinggal cukup untuk makan tengahari. Berhutang dan bergadai. Bagi mengelak dari buru pemerentah terpaksa mencari jalan membayar saman.

Ini sebahagian fenomena yang berlaku kepada pesalah jalanraya. Puncanya kerana penguna jalanraya tidak patuhi undang undang jalan raya. Ada punca lain ? tentu ada kenapa pengguna jalanraya tidak mematuhi undang undang jalanraya.

Persoalan disini adalah kerajaan mengambil inisiatif menggunakan kuasa menyaman sebagai punca pendapatan untuk perbelanjaan kerajaan. Seolah kerajaan lebih gemar bertindak menyaman dan memaksa pengguna jalanraya membayar saman mereka.

Tidak ada sifat mendidik pengguna jalanraya yang telah memebuat kesalahan. Lebih jelas mengambil kesempatan menyaman pesalah jalanraya dan memburu supaya pesalah jalanraya membayar saman. Mengugut dan menggunakan undang undang lebih keras untuk mengutip bayaran saman dari rakyat sendiri.
Tidak kelihatan mendidik rakyat supaya sedar undang undang jalanraya perlu diikuti dan kesedaran keselamatan jalanraya perlu diutamakan.

Ubah sikit


Sifat semulajadi manusia kalau tak suka kepada sesaorang itu apa saja yang dibuat semuanya tidak bagu dan tidak baik. Tidak payah nak kaji samada ianya betul betul tidak baik atau ai lebih baik.

Ini juga kerana sifat manusia tidak dapat terima orang lain ada yang lebih baik dari mereka. Tidak dapat terima orang lain mendapat sokongan pendapat dan kerja yang dilakukan. Selama ini dia sahaja mendapat sokongan tiba tiba orang lain pula mendapat sokongan menjadikan dia tidak dapat terima kenyataan.
Disebabkan marah kerana orang lain mendapat sokongan makan dikatakan bahawa kerja orang lain itu tidak bagus dan mendatangkan mudarat kepada orang yang meyokongnya. Bermcam alasan diberikan bagi menunjukan kerja orang lain itu tidak bagus.

Sehingga memberi ugutan kepada penyokong orang lain itu jika terus menyokong akan mendatangkan mudarat dan kerugian.

Orang yang menyokong tahu bahawa apa yang dibuat itu adalah terbaik dan memberi kepuasa yang tidak dapat dirasa sebelum ini. Kegembiraan dan rasa puas hati ini menjadi iri hati dan perasaan dendam timbul untuk memburukkan dan merancang merosakkan usaha orang lain itu memberi khidmat kepada penyokong tadi.

Sifat ini perlu dikaji semula kerana itu satu sifat yang tidak wajar lagi digunakan dalam zaman pendedahan secara global. Penyokong mudah mendapat maklumat untuk dinilai dan memberi respon. Respon ini akan memberi penilaian sejauh mana penyokong akan menyokong pengusaha tadi.
Sifat terbuka merupakan fenomena terbaru. Perlu bagi setiap pengusaha mengamalkan sifat ini . jangan sampai pengusaha dilihat masih ketinggalan walau telah lama berada dalam bidang pengusahaan. Tidak wajar lagi bercakap belakang dan bertindak secara kasar kerana sifat ini membawa keburukan ketara. Sifat ini sudah tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

Perlu diubah agar kita sama sama maju.

Sunday, July 8, 2012

Ini bukan polis balai, ini polis unit lain

Aku dah lama tak menulis tapi dalam pada itu aku tetap membaca blog yang ditulis blogger pilihan aku. Banyak aku baca sekarang kisah Bersih yang tak habis habis lagi dibincang dalam blog.

Kebanyakan blog yang aku baca membincangkan tentang provokasi polis ketika Bersih 3 dulu. Nampak semakin banyak sasi ditampilkan memberitahu tantang tindakkan polis memulakan tindakkan untuk menaikkan kemarahan para pendemo Bersih.

Aku terfikir balik dengan banyak saksi baru memberi kanyataan mereka tindakan polis yang tidak dilihat sebagai penjaga keamanan malah sebagai agen menimbulkan huru hara dalam demo Bersih itu. Ramai rakyat yang berdemo mendapat kecederaan terpaksa dirawat dihospital.


Kalau dilihat dalam rakaman video aku macam tidak percaya dengan tindakan polis mencetuskan rusuhan bukan mengawal pendemo dari berlaku kemalangan atau tindakan luar batasan undang undang. Dalam video tidak nampak prndemo yang memulakan rusuhan itu tapi kebanyakan bermula dengan polis.

Saya sangsi polis yang bertugas semasa demo Bersih itu bukan bolis yang bertugas dibalai atau polis yang ciasa kita jumpa. Polis yang bertugas semasa demo Bersih itu samada polis simpanan FRU atau polis lain yang tidak pernah terlibat dengan rakyat. Polis ini kebanyakannya terlibat dengan tugasan pencegahan jenayah. 

Tindakan mereka tidak melambangkan kemesraan polis biasa menjalankan tugas malah tidak kekok untuk memebelasah rakyat tanpa ada pertimbangan. Sikap ganas yang ditunjukkan seolah sedang berdepan dengan penjenayah.


Polis ini tidak mempunyai perasaan kesihan belas dengan membelasah rakyat. aku tidak yakin dengan polis yang bertugas semasa demo Bersih itu polis biasa yang kita jumpa di balai. Ini polis lain yang tidak pernah bertugas untuk rakyat. Polis ini hanya diberi kata dua belasah pendemo seramai yang mungkin dan jangan tunjuk belas kasihan.

Kita boleh semak muka muka yang ada dalam rakaman video bertugas diunit mana. Sudah pasti kita tak akan menemui mereka ini bertugas dibalai di Malaysia. Tidak mungkin seramai ini polis balai akan meninggalkan balai untuk datang berdepan dengan rakyat. Tambahan KDN juga tahu sikap polis balai tidak akan mampu bertindak sebegini bila berdepan dengan rakyat.

Kebanyakan polis yang bertugas waktu demo Bersih adalah dari kalangan polis muda dan sikap mereka tidak mesra rakyat. Sikap ganas mereka kita tidak pernah lihat seperti polis balai. Mereka ini memang bersikap begini dan seperti dilatih untuk buat kerja begini.

Kejadian yang menimpa wartawan dan pemerhati tidak mungkin akan berlaku jika polis yang bertugas itu dari kalangan polis balai. Aku begitu yakin polis yang bertugas semasa demo Bersih dulu adalah polis dari unit lain.