Thursday, April 8, 2010

hidup yang sukar

hidup dalam keadaan yang sukar, kalau tak biasa akan merasa keperitannya. tak siapa yang memilih hidup dalam keadaan sukar.

kita akan mengelak dari mendapat kesukaran walau sedikit atau sekejap pun. apa yang kit atahu kesukaran adah perkara yang kita tidak ingini. perkara yang diajar untuk mengelaknya. tidak ada siapa yang mencadangkan kita menerima kesukaran sebagai sebahagian dari hidup kita.

kesukaran adala sebahagian dari hidup kita. tidak ada tempat yang dapat kita lari dari kesukaran. ia akan sentiasa ada dimana mana saja. Allah jadikan manusia ini hidup dalam kesukaran kerana kesenangan itu bukan dibumi ini, tetapi diakhirat.

sebanyak mana kesukaran yang kita hadapi terpulang kepada pengalaman kita atau kedudukan hidup kita. bagi orang yang susah kesukaran tidak menjadi masalah dalam hidup meraka kerana mereka telah susah sejak mengenal hidup ini. mereka hidup dalam susah dan ssah adalah sebahagian dari hidup mereka.

bagaimana mereka yang hidup dalam kesenagan dan jarang menghadapi sukar dan susah. sentiasa selamat dari kesukaran dan sentiasa mengelak dari mendapat kesukaran. tidak kira apa cara sekali pun kesukaran mesti dielak.

yang menjadi persoalan kita sekarang semantap mana kita dapat menghadapi kesukaran dan kesusahan. kesukaran dan kesusahan yang pasti kita tidak dapat mengelaknya jika ia datang kepada kita. sebijak mana kita hadapinya menjadi ukuran hidup kita.

ramai manusia yang tidak faham dengan susah dan sukar ini. ia sebenarnay sebahagian dari hidup kita. ia tidak boleh terpisah dari hidup kita. ia lumrah hidup. apa saja yang kita buat kita akan menghadapi kesukaran sepanjang masa. kita tidak akan selesai dengan susah ini.

janganlah kita mengelak dari susah ini. ia adalah hidup kita. ia sentiasa bersama kita.

terimalah susah itu sebagai hidup kita. belajarlah menghadapinya. belajarlah bagaimana mengharungi susah agar kita biasa dan bersedia dengan susah ini. susah bukan musuh kita tapi susah adalah hidup kita. bila kita susah kita sedang menjalani kehidupan normal.

belajarlah menghadapi susah ini dengan kesabaran dan bijaksana. bila kita dapat menyelami susah ini kita akan aman walau susah itu datang. kita dapat hadapinya dengan kesabaran. lama kelamaan kita tidak sedar bahawa kita sedang dalam kesusahan dan kita menjalani hidup kita dengan aman tanpa ransa kesusahan atau kesukaran itu.


melihat dan memahami sendiri

saya ada berbual dengan rakan yang berkisar kepada politik akar umbi. istilah yang saya kira merujuk kepada mengambilkira pendapat orang bawahan kita.

dalam perbincangn itu kawan saya bertanya bagaimana kita nak membaik pulih sistem pengurusan parti peringkat bawah yang kelihatan berserabut. beliau juga antara orang yang sentiasa memberi laporan kepada pihak atasan. saya pun tidak faham denga tugas beliau dan saya tidak bertanya bagaimana belaiu menjalankan tugasnya,

dalam perbualan itu saya tik menjawab terus apa yang disoalkan itu. saya terfikir kenapa saya yang ditanya nya. saya ni bukan nya tahu apa-apa dalam politik. saya rasa dia pun tahu yang saya bukan arif dan tik terlibat lansung dengan politik. malahan dia telah puluhan tahun dalam politik.

dalam dia bercerita pengalaman politiknya saya tersedar bahawa dia dengan tidak sengaja menceritaka kepincangan pergerakan akar umbi. saya cuba menarik perhatian beliau masalah yang dihadapi peringkat akar umbi adalah dari apa yang diperkatakan tadi.

saya menimbulkan persoalan mengapa peringkat akar umbi gagal memainkan peranan dan ramai tidak mencapai target yang dikehendaki. dia termenung sebentar. cuba mencari jawapan.

saya terus dengan pendapat saya tanpa menunggu jawapan dia. pendapat saya akar umbi tak cukup makan dan mereka mencari nafkah hidup mereka dengan membuat kerja-kerja parti. mereka jalankan tugas mereka bukan kerana jiwa mereka berjuang kerana parti. matlamat penting mereka adalah mendapat habuan sebanyak mengkin.

telah diketahui ramai umno mempunyai peruntukan banyak untuk menggerakkan parti. mereka tahu bos mereka akan mempunyai banyak duit untuk menggerak jentera parti. ini dilihat sebagai peluang untuk cari makan.

perjuangan untuk parti perkara kedua. yang penting berapa banyak kewangan dapat dikumpul masuk poket. tidak penting dari mana bos mereka dapat kewangan yang penting mereka yakin bos mereka akan dapat banyak duit untuk menggerak jentera parti. kalau bos mereka tak dapat peruntukan kewangan atau seorang yang tidak mempunyai duit yang cukup, tak ada siapa yang akan membantu bos ni menjalankan tugasnya atau menggerakkan jentera parti.

setiap tugas yang hendak dibuat perlukan kepada modal. kalau bos tak dapat hulur tak ada kerja yang hendak dibuat. tak ada duit tak ada kerja.

persoalannya sekarang adakah duit yang disalurkan kepada akar umbu itu sampai kepada sasaran yang dikehendaki. kebanyakan cerita yang kita dapat tahu sebelum sampai kepada sasaran sebahagian dari peruntukan itu masuk poket dulu. sebahagian kecil sahaja yang disalur mengikut perancangan asal

sasaran memerhatikan tindak tanduk akar umbi ini buat kerja. sasaran tidak pandai membuat laporan kepada pihak atasan mungkin sebab-sebab tidak pandai atau tidak mahu berkecil hati dengan akar umbi ini. akhirnya sasaran ini hanya berdiam diri dan membuat protes secara diam tidak menyokong.

kenapa akar umbi bertindak begini. kupasan sebenar adalah disini. kebanyakan akar umbi yang buat kerja ini adala dari yang tidak menpunyai pekerjaan tetap dan memerlukan kewangan untuk sara hidup. apa yang meraka nampak adalah kewangan yang akan mereka dapat untuk jalankan kerja nanti.

mereka sudah dapat peruntukan dari bos mereka, maka sebahagian dari peruntukan itu masuk poket dulu. yang penting duit belanja persendirian dulu. sasaran lihat saja berapa banyak lagi yang ada. kalau ada sikit, sikitlah yang akan diberi kepada sasaran.

target sebenar peruntukan kepada sasaran tidak tercapai. menimbulkan rasa tidak puas hati sasaran. sasaran membuat protes secara diam.

bila keputusan pengundian bos ini tidak mencapai keputusan yang baik atau kalah. yang dipersalahkan adalah sasaran yang tidak menyokong dalam pengundian. sasaran ini akan diperlakukan dengan tidak adil dan teraniaya.

sasaran tidak lagi suka dengan bos ini kerana berdendam dengan sasaran yang teraniaya sejak dari awal lagi.

telah jelas dimana kepincangan dalam jentera parti.

saya mencadangkan perubahan perlu bermula dari peringkat akar umbi lagi




Memberi Mendatangkan Hasil

Allah mengajar kita memberi. Memberi itu adalah suatu pendapatan kepada kita. Pemberian itu akan datang kepada kita semula dalam pelbagai bentuk. Jangan mengharap pemberian itu datang semula kepada kita, cuma haraplah keredhaan Allah.

Pemberian akan datang semula adalah dari keredhaan Allah dan pemberian itu datang dari Allah. Berharap kepada Allah adalah kebaikan untuk diri kita. Apa yang ada pada diri kita adala hak Allah. Jangan terfikir kita mempunyai hak dengan apa yang kita pegang.

Kita hanya pemilik bukan pemunya. Kita hanya pemilik sementara yang bila bila masa akan ditarik semula milikan yang kita pegang itu. Jangan bersedih atau tidak senang dengan milikan yang terlepas dari tangan kita kerana itu hak kepunyaan Allah.

Kita akan bersenang hati jika kita faham dan redha dengan apa yang berlaku kepada kita.

banyak perkara yang kita tidak faham akan perjalanan hidup kita ini. terlalu tinggi ilmu Allah hingg kita tidak sedar apa yang kita lakukan. yang pastinya kita tidak akan faham dengan hidup kita, tambahan ilmu kita yang terlalu cetek.

janganlah kita terlalu ego yang kita bijak menjalani hidup kita ini. kita sebenarnya masih jauh dengan semua itu. kita naif dengan ilmu dunia ini. kita tidak bijak menilai apa yang ada didepan kita. keputusan yang kita bua itu belum pasti satu keputusan yang baik.

dari itu jangan lah kita merasa terlalu sukar hidup kita disebabkan milikan kita itu bertukar tangan atau tidak lagi menjadi milik kita.

kita adalah pemegang sementara atau pemilik sementara yang mana kita tidak tahu bila akan kita dapat dan berapa lama ia menjadi milik kita

bersenag hati lah dengan apa yang adapada kita. jangan berkira dengan memberi kepada orang. kita hanya memiliki dengan apa yang ada ini. Allah lah yang pemunya mutlak. dari situlah kita perlu memberi kerana Allah meminta kita memberi kepunyaan Nya.

memberi adalah tugas kita. berapa banyak yang akan kita dapat itu bukan hak kita untuk menghitung nya. kita berilah kepada orang yang kita rasa berhak. Allah melihat dan dengan keilmuan yang maha tinggi itu Allah tahu apa yang akan Dia lakukan kepada kita.

berhenti dulu sekejap