Aku hairan bagaimana Sultan Johor dapat berita tentang kenyataan Nizar dalam twetter. Kebanyakan berita atau cerita kenyataan Nizar datang dari kenyataan akhbar. Tidak ada siapa tahu tentang kenyataan Nizar selain membaca dalam akhbar.
Aku yakin Sultan Johor dapat tahu tentang sindiran Nizar dari tulisan dalam akhbar. Tidak ada siapa yang mampu beri bukti kepada Sultan selain dari tulisan Nizar dalam twetter beliau.
Aku juga tidak faham bagaimana Sultan boleh menerima berita dari akhbar sebagai bukti bahawa Nizar menyindir Tuanku. Nizar nak jumpa dikatakan sudah terlambat kerana Tuanku sudah murka.
Aku bimbang dengan keadaan ini akan lebih buruk lagi jika kenyataan Nizar dapat dibuktikan sebagai tidak bersalah dan ini semua adalah salah faham dan kenyataan fitnah dari akhbar.
Rakyat akan faham dengan keadaan sebegini kerana rakyat sekarrang lebih cepat faham tidak seperti dulu. bagaimana nanti jika Nizar menggunakan satu usaha mengeluarkan bukti bahawa beliau tidak memebuat kenyataan memburukkan Sultan dalam tulisan twetter beliau.
Akua yakin bila ini terbukti rakyat akan faham dan akan menyokong Nizar. Sultan akan didesak menerima mohon maaf dari Nizar sebagai tindakan mengakhiri kemelut kemurkaan Tuanku.
Bagi penjahat yang melaga lagakan Tuanku dengan Nizar akan menerima saman dari Nizar kerana cuba mengeruhkan keharmonian negeri Johor sekali gus memalukan Sultan Johor bertindak atas fitnah pihak tertentu.
Bagi Nizar ini bukan suatu yang menyukarkan kerana dia yakin lebih ramai rakyat Johor faham dengan keadaan sebenar. Rakyat johor juga ada yang faham situasi Nizar tidak diberi peluang membela diri akan mendapat simpati dari rakyat Johor yang tidak gelojoh dalam menilai berita dalam akhbar.
Sultan patut sedar bahawa rujukan dalam akhbar adalah satu tindakan tidak cukup bijak untuk seorang Sultan memulakan kemurkaan beliau kepada rakyat.
Dalam hati ini terlalu banyak hendak diperkatakan. Aku curahkan sedikit agar terkurang beban ini. Tulisan ini tidak menggambarkan pandangan ramai hanya pendapat peribadi. Minta Allah jauhkan takbur dan riak dalam diri ini. Terlalu kerdil untuk bermegah dengan kelebihan yang ada.
Thursday, June 14, 2012
Friday, June 8, 2012
Bodoh tak boleh diajar
Kenapa lah kerajaan ni tidak berfikir dulu sebelum ambil keputusan. Aku lihat macam tak ada orang bijak dalam kementerian pengajian tinggi dengan keputusan menggantung pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.
Aku sebagai rakyat biasa ni pun tahu akibat dari tindakan membeku pinjaman kepada pelajar. Siapa tak marah dengan tindakan yang dibuat macam orang bodoh saja. Tak malu ke mereka ni sampai perli pelajar dan keluarga pelajar kerana tak sokong kerajaan.
Dah la sekarang makin ramai rakyat benci kerajaan dibuat pula perangai bodoh begini. Fikir panjang lah kalau tak nak lebih dibenci rakyat. Jangan sampai perkara ini menjadi sebab utama kekalahan dalam pilihanraya nanti.
Aku heran sungguh macam mana perkara ini menjadi agenda pentadbiran mereka. Ini bukan perkara main main. Ini melibatkan kewangan rakyat. Perkara ini boleh menjadi besar sehingga rakyat berpaling tadah tanpa rasa kesal.
Bodoh betul la menteri ni. Tak payah jadi menteri lah bagi je kat orang lain merosakkan parti saja.
Thursday, June 7, 2012
kefahaman Tentang Nafsu
Ada sesuatu yang aku tahu tentang nafsu. Apa yang aku faham tentang nafsu adalah kehendak. Nafsu suatu kehendak untuk kepentingan diri. Nafsu keperluan diri tanpa sempadan. Nafsu juga perbuatan kebanyakannya tidak bersesuaian dengan kehendak Allah.
Itu kefahaman aku. Kesimpulannya nafsu memberi makna perbuatan tidak baik dimana manusia teringin hendak lakukan. Bila nafsu dibincangkan bermakna kita sedang membincangkan satu amalan tidak baik yang dilarang dalam Islam.
Nafsu tidak sehaluan dengan
Islam. Nafsu bertentangan dengan Islam. Bila menyebut perkataan nafsu kita akan
tahu bahawa kita sedang berbincang tentang satu amalan tidak baik dan dilarang
oleh Islam.
Kenapa nafsu ada bersama kita. Kita
sentiasa diberitahu nafsu lebih bahaya dari perang Badar. Perang dengan nafsu
lebih besar dari peperangan Badar. Nabi kita pernah berpesan setelah kita
mendapat kemenangan dalam perang Badar kita masih ada lagi perang yan ebih
besar iaitu memerangi nafsu.
Ini menunjukkan memerangi nafsu
adalah suatu yang besar dan besar. Kita perlukan kekuatan besar untuk memerangi
nafsu yang ada dalam diri kita. Kita perlu faham apa itu nafsu dulu.
Apa itu nafsu ? susah juga nak dihuraikan kerana nafsu itu datang dari diri kita. Ia adalah perbuatan kita dan pilihan kita. Dengan kata lain nafsu adalah keputusan kita buat untuk memilih perbuatan kita.
Nafsu pilihan perbuatan bemula dari kecil. Jika kita suka dengan pilihan perbuatan kita itu ia akan jadi satu amalan kita dan kita akan lakukan setiasa dalam kehidupan kita. Pilihan ini akan berkembang mengikut masa amalan kita. Semakin lama kita amalkan pilhan perbuatan itu ia akan menjadi nafsu kita. Jika pilihan perbuatan itu baik kita tidak gelarkannya nafsu malah amalan soleh tapi jika pilihan amalan kita itu suatu bertentangan dengan Islam ia akan digelar nafsu ( perbuatan menyalahi suruhan Islam ).
Semakin lama kita amalkan
pebuatan pilihan kita itu ( nafsu ) kita tidak lagi merasakan bahawa nafu tu
satu keburukan sehingga ia bertembung dengan hukum Islam dengan tegas melarang
perbuatan yang kita sentiasa amalkan itu.
Sebagai contoh, kita bermula
dalam hidup ini dengan makanan yang kita makan tidak menyalahi dalam Islam tapi
amalan kita itu menjadi salah bila kita melakukan tanpa kawalan dengan makan
tanpa had dan aturan diajar dalam Islam. Sehinggalah Islam memberitahu amalan
makan kita berebihan itu tidak baik untuk kekuatan Islam.
Pertentangan ini memberikan
gambaran bahawa pilihan perbuatan kita itu adalah nafsu yang perlu kita
perangi. Sedangkan pilihan perbuatan kita tu tidaklah menampakkan kesalahan
pada awal sehingga kita tidak sedar bahawa perbuatan atau amalan kita itu telah
terlebih dari saranan dalam islam.
Nafsu datang dari perbuatan kita
tidak boleh dikawal atau diubah dengan serta merta kerana kita telah
mengamalkannya terlalu lama. Untuk masa yang singkat kita tidak mampu mengubah.
Kita akan berperang dengan amalan kita (
nafsu ) untuk mengubah dari kebiasaan kepada diajar oleh Islam.
Terpulang kepada kekuatan kita
untuk mengubah kebiasaan kita mengamalkan pilihan perbuatan kita. Kekuatan ini
datang dari berapa banyak kita dapat menyerapkan ajaran Islam kedalam diri
kita. Semakin banyak kita mendengar ajaran Islam, maka semakin mudahlah kita
berlawan dengan nafsu.
Pembelajaran dalam Islam adalah
satu penilaian yang baik untuk kita menilai berapa banyak nafsu dalam diri kita
sekaligus kita akan tahu sebanyak mana kekuatan kita perlukan untuk menentang
nafsu kita.
Menyemak nafsu dengan mendengar pengajian Islam sebanyak termampu dan kita akan melihat nafsu dalam diri kita. Ditapis dengan ilmu Islam kita dapat melihat nafsu dengan jelas. Bila kita dapat memahami bahawa perbuatan kita itu adalah nafsu kita akan tahu bagaimana untuk menghilangkannya dari amalan hidup kita.
Insyaallah kita sentiasa mendapat
rahmat Allah dan dipermudahkan penentangan nafsu dalam diri kita. Dengan ikhtiar
yang tinggi kita akan mendapat pertolongan Alah. Hanya Allah mampu menolong
kita walau apa kita usahakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)